Friday, August 21, 2009

Ramadhan : Fasa Menambah Pahala..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Maha Suci ALLAH, Tuhan sekalian alam..


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Bertemu lagi kita dengan bulan yang dinanti2, Ramadhan Kareem. Syukur tak terhingga kerana ALLAH masih lagi memberi peluang untuk kita merasai kelebihan2 yang ada dalam bulan Ramadhan yang tidak terdapat dalam bulan-bulan lain.

Dalam keghairahan menyambut Ramadhan, persiapkanlah diri kita untuk menghadapinya. Mungkin sebelum ini dalam setahun, kita sentiasa memenuhkan perut 8 GB dengan juadah yang enak2 tapi dalam bulan Ramadhan ini kita perlu mengikat nafsu kita untuk sebulan. Mungkin sebelum ini, kita hanya bersolat sunat selepas solat Isyak, tapi dalam bulan Ramadhan ini tanamkan niat dan azam untuk istiqamah menunaikan solat terawikh sepanjang bulan mulia ini. Mungkin sebelum ini, mulut kita digunakan untuk menyampaikan umpat dan cakap2 kosong, tanamkan azam untuk sentiasa zikrullah dan khatam al-Quran. Sesungguhnya banyak lagi amal ibadah yang berganda pahanya yang boleh kita lakukan sepanjang kedatangan bulan mulia ini. Subhanallah..

Sesungguhnya ALLAH Maha Penyayang kepada hambanya yang tahu bersyukur.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”

Riwayat Bukhari & Muslim

Buat diri ini, semoga azammu menyinari istiqamah dalam diri. Bulatkan tekad untuk berubah. Mungkin Ramadhan kali ini menjadi agen perubahan untuk kita menjadi lebih baik. ALLAH Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Berdoa dan terus berdoa kepada ALLAH agar dipermudahkan segala urusan.

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dengan meningkatnya ama ibadah kita. Semoga kita semakin hari semakin hampir pada ALLAH sebagai satu persiapan menuju kematian. Jangan sekali2 benarkan syaitan membisikkan sesuatu yang boleh menambah timbangan dosa. Inni Akhafullah.. Sesungguhnya aku takutkan ALLAH..

Jom ramai2 tambahkan amal ibadah dalam fasa menambah pahala..



Wallahua'lam
Moga bermanfaat



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin