Tuesday, December 13, 2011

Stylo tak?


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.



Waktu tu saya dalam kereta kawan saya. Tiba-tiba, ada sebuah motor melintas. Penunggangnya persis seperti gambar di ataslah. Maka tanpa segan silu saya berkata,

“Peh, stylo nye brader tu,” sungguh itu yang terbit dalam hati saya, maka saya terjemah ke mulut.

Maaf cakap, saya memang suka tengok orang-orang stylo macam tu. Saya bayangkan brader stylo tu….. em.. nantilah saya sambung.

Maka, saya sambung keterujaan saya. Saya cerita macam-macam, sampailah cerita zaman sekolah menengah saya pun terbabit sama.

Budak Hip Hop

“Akak suka budak-budak hip hop tau dulu,” ujar saya tanpa segan malu kepada kawan saya.

Saya masih ingat lagi, dahulu kala waktu saya di sekolah menengah saya minat amat dengan budak-budak Hip Hop. Entahlah mengapa, saya tiada jawapan. Kadang-kadang saya berjalan kaki pulang dari sekolah. Dan kadang-kadang saya terpaksa lalu di kawasan tempat melepak budak-budak sebegini. Dan pada satu hari, hanya satu hari itu tiba-tiba saya dengar,

“Hai, baru balik sekolah ke?”

Saya tak pasti soalan tu ditujukan kepada saya ataupun tidak tapi saya mula yakin setelah membuat pengecaman tiada bunyi derapan tapak kasut sekolah yang lain melainkan kasut saya. (perasan kan?) Saya tunduk, tak pula mahu mencari siapakah punya suara itu. Saya cegah diri dari senyum tapi really hati saya sedang tersenyum waktu itu. Eh, tipulah kalau saya tak suka waktu itu. Hei, saya minat budak hip hop, tiba-tiba ada yang menegur sebegitu. Takkan saya tak suka?

"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal-(nya)"

(an-Nazi'at: 40-41)

Kawan saya membalas,

“Tak elok lah kak suka budak melepak tepi jalan macam tu. Diorang bukan budak yang elok,” lebih kurang begitu.

Saya terdiam. Sebetulnya saya mengumpulkan kata-kata untuk menjawab. Saya mahu menjawab bukan atas dasar saya mahu pertahankan apa yang saya suka, lebih kepada saya mahu berkongsi apa yang saya rasa.

Saya rasa

“Awak tahu, setiap kali akak tengok budak-budak yang macam tu. Akak selalu berdoa, mudah-mudahan satu hari nanti dia diberi hidayah oleh Allah,”

“Akak suka orang yang dahulunya dia jahat, tapi bila dia diberi peluang untuk bertaubat, dia bertaubat sungguh-sungguh. Dia insaf akan kesilapan yang pernah dia buat,”

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri.”

(al-Baqarah: 222)

“Sebab akak tahu orang yang macam ni, tentu dia melihat diri dia bila dia lihat orang yang melepak-lepak macam ni. Dan dia tidak akan menghukum orang sembarangan. Sebab, dia pernah berada di tempat tu satu masa dahulu. Dan dia akan mendoakan untuk orang lain. Macam akak, akak pun bukan baik sangat. Sepatutnya akak tahu mereka macam mana,”

“Banding dengan orang yang tak pernah jahat. Kalau dia jenis tak menghukum, it’s ok. Tapi, kalau dia jenis menghukum, seriously tak boleh terima,"

"(yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha luas ampunanNya. dan dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa."

( an-Najm : 32)


Budak Hip Hop Lagi

Kamu tahu, saya ingin bercerita tentang seorang budak Hip Hop. Sebetulnya saya tidak mengenali beliau, beliau apatah lagi.. berganda-ganda tidak mengenali saya.

Mulanya saya kenal beliau, begini ceritanya. Waktu itu di tingkatan 5, setiap kali saya ke sekolah saya akan melalui jalan yang sama. Tiba di simpang tiga itu, maka saya akan nampak kelibatnya bersama sebuah skuter. Boleh dikatakan setiap pagi, di simpang tiga itu, dia masuk simpang, saya keluar simpang.

Oleh kerana selalu sangat terserempak dengannya, maka saya pun naik hairan. Saya mula mencari-cari siapakah dia tapi usaha saya hampa belaka. Entah, mungkin Allah tak izinkan untuk saya mengenali insan itu. Hinggalah pada suatu hari, saya ke kelas tuisyen yang terakhir sebelum SPM. Saya terpandangkannya, memakai baju kemeja-T merah dan skuter itu amat saya kenali. Tak sangka, setelah setahun pergi balik kelas tuisyen, rupa-rupanya kami satu pusat tuisyen yang sama..

Oh oh.. maaf,saya sudah jauh melencong dan melancong. Diringkaskan cerita, selepas SPM saya terjumpa profile friendster nya. Banyak gambarnya menunjukkan aksi break dance nya. Oh, budak hip hop. Maka, saya fikir, sampai situ sahajalah saya mengenali beliau.

"Sesungguhnya Allah membuka tanganNya pada malam hari supaya orang yang melakukan kejahatan pada siang hari bertaubat dan Dia membuka tanganNya di siang hari supaya yang melakukan kejahatan pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat. "

(Riwayat Muslim).

Dan kamu tahu dia siapa sekarang? Oh, dia bukan siapa-siapa pun. Tapi sungguh, bila saya buka profil fb-nye sekarang, saya jadi sayu hati. Dia selalu bercerita tentang Rasulullah, sunnah-sunnahnya, dia berkongsi pasal hadith-hadith nabi, ayat-ayat al-Quran, tazkirah-tazkirah yang dekat dengan realiti remaja sekarang..Oh, terlalu banyak ok? Gambar break dance? dah takdee...

"Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasih tetapi hanya ALLAH akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki,"

(al-Qasas : 56).

Oh, indah kan hidayah Allah itu?

Akhir

Oh, ya. Saya mahu sambung sedikit bayangan saya mengenai brader stylo yang terhenti di atas tadi.

Saya bayangkan brader stylo tu bawak motor laju-laju lepas tu berhenti kat masjid. Dia masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat maghrib. Tiba-tiba para jemaah yang lain menolaknya ke hadapan. Dia menjadi imam solat maghrib dengan alunan bacaan yang cukup fasih dan meruntun hati. Maka, adakah saya terlalu berkhayal?

"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, "

(Ali Imran : 133)


P/s : Ada satu golongan yang amat-amat saya sayangi selepas keluarga dan sahabat sefikrah saya. Golongan yang saya maksudkan ialah mereka-mereka yang bernama gadis, sama ada yang menjadi kawan saya mahupun tidak.

Untuk golongan ini, ketahuilah bahawa saya amat-amat sayangkan kamu semua. Cuma, saya jadi sedih bila kamu semacamnya tidak sayangkan diri sendiri. Cumanya, saya jadi sedih bila ada yang mendedahkan aurat, yang tidak menjaga aurat. Baby, aurat tu Allah kata wajib tutup kan? So, kita kena tutup ok?

Hey, girls. Let us cover our aurah properly, as He mentioned here,

"And tell the believing women to reduce [some] of their vision and guard their private parts and not expose their adornment except that which [necessarily] appears thereof and to wrap [a portion of] their headcovers over their chests and not expose their adornment except to their husbands, their fathers, their husbands' fathers, their sons, their husbands' sons, their brothers, their brothers' sons, their sisters' sons, their women, that which their right hands possess, or those male attendants having no physical desire, or children who are not yet aware of the private aspects of women. And let them not stamp their feet to make known what they conceal of their adornment. And turn to Allah in repentance, all of you, O believers, that you might succeed."

(Surah an-Nur : 31)


ok? I love u, all of you!


Monday, October 24, 2011

5 H.U.R.U.F

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang


Ku padamkan 5 huruf itu
dan ku buang jauh-jauh dari tangkai hati.
5 huruf itu, apa?

S.A.K.I.T??

K.A.S.I.H??

R.I.N.D.U??

C.I.N.T.A??

D.U.N.I.A??

S.E.T.I.A??

K.A.W.A.N??

Itukah? Atau yang bagaimana?
Tapi, sungguh.. Tak mampu untukku ku padamkan 5 huruf yang ini.

A.L.L.A.H

Tanpa Dia, siapalah kita?

Maka, 5 huruf yang ini datang bertandang,
menjenguk rongga hati yang masih kosong..

S.A.B.A.R

Maka, maha benarlah kalam Tuhan,

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)



sekian

Tuesday, October 18, 2011

enam.sepuluh

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

Taraaa!!!

Hari ni berapa haribulan? Oh, sudah 18 haribulan rupanya.

Hari itu waktu 6 Oktober, hari ulangtahun kelahiran saya. Makanya, saya mahu ceritakan sesuatu.

enam.sepuluh

Intro


Saya ke kelas pagi itu. Jam 7.40 saya sudah terpacak di hadapan kelas 3 Jujur. Sungguh, saya sayang mereka. Melihat wajah mereka satu persatu sangat menenangkan hati. Tapi ada kalanya, menggeramkan gak!


عَنْ جَرِيْرِ بِنْ عَبْدِاللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ لاَ يَرْحَمُ النَّاسَ، لاَ يَرْحَمُهُ اللهُ
(مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)

Daripada Jabir Bin Abdullah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Barangsiapa yang tidak menyayangi (mengasihi) sesama manusia, niscaya Allah tidak akan menyayangi (mengasihi)nya.

Selepas mereka mengucapkan salam, saya menjawab dan meminta mereka untuk duduk. Saya letak beg dan buku di atas meja. Lalu saya teringat akan kiriman sms yang belum lagi dibaca.

Ucapan Selamat Hari Lahir

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya" (Ahmad dan al-Hakim)..

Saya senyum-senyum baca memandangkan ianya merupakan ucapan pertama yang saya terima hari itu. Ada juga yang mengingati hari lahir saya rupa-rupanya. Senyum saya tidak berhenti makanya saya menangkap kata-kata ini di pendengaran,

“Cikgu, kenapa cikgu senyum-senyum baca mesej?”

Ah, budak-budak. Apa kamu tahu?


Matematik

Tiba-tiba datang seorang ‘my sayang’ ke meja guru. Namanya Fikri.

“Cikgu, bila birthday cikgu? Dah lepas ke belum?” soalan yang datang dari mulut comel itu begitu mendebarkan. Saya tertanya-tanya.

Dengan tenang saya menjawab, “hari ini,”

“tipu,” spontan dia mencelah.

“Eh, betul lah. Hari ini birthday cikgu,” kita cakap betul-betul, dikatanya kita tipu. Huh!

“Weh, hari ni birthday cikgu la..” khabarnya kepada kawan-kawan. Selepas itu saya lihat mereka membuat sedikit perbincangan yang tak dapat saya kesan agenda-agendanya. Kemudian, saya minta mereka duduk di tempat masing-masing dan saya pun memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Waktu sedang mengajar, saya menyedari perbincangan yang sedari tadi masih belum berkesudahan. Saya tegur mereka supaya senyap, fokus ketika saya mengajar dan jangan mengganggu orang lain.

“Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..”

(Surah An-Nahl: 125)

Tiba-tiba, Fikri bertanya,

“Cikgu, umur cikgu berapa?” eh, waktu sedang belajar pun boleh lagi tanya soalan yang tiada kaitan dengan topic yang dipelajari. Sebagai seorang guru yang sporting, saya menjawab dengan yakin,

“23”

Saya ajar mereka tajuk “Data Handling” hari itu. Memandangkan mereka kelas pertengahan, maka mereka tidaklah sesukar mana untuk memahami tajuk tersebut.


English

Saya masuk semula ke kelas 3 Jujur untuk matapelajaran English selepas mereka rehat waktu pagi. Jam 10 pagi saya sudah masuk ke kelas. Kebiasaannya, selepas waktu rehat sebegini masih ada lagi yang terkedek-kedek menuju ke kelas. Saya mengesan beberapa orang ‘my sayang’ belum masuk ke kelas. Tidak mengapa, saya tunggu sampai mereka datang.

Tunggu punya tunggu, tiba-tiba Aiman Zikri si ketua kelas masuk ke dalam kelas sambil berlari. kencang juga lariannya. Diikuti teman-teman baiknya yang lagi empat orang di belakang.

"Cikgu, nah. untuk cikgu," ucapnya sambil menghulurkan sebuah bungkusan kepada saya.

"Ni cikgu, lagi satu," yang di belakang menambah, cuma saya lupa siapa yang beri kerana saya sebetulnya terkejut, terharu, tak sangka.

Saya tersipu-sipu. Malu tak tahu nak ucap apa.

"Ni untuk apa? terima kasih tau," saya malu-malu keluarkan patah kata. Oh, malunya saya. Entah kenapa..

"Cikgu buka kat rumah tau," saya hanya mengangguk kemudiannya.


Rehat

Waktu rehat, saya mencari mereka di kantin. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan. Saya mencari-cari di kiri dan kanan, maka akhirnya saya jumpa mereka.

Belum sempat saya menyatakan hajat sebenar, Ammar mencelah,

"Ha, Syahmi. Cepatlah bagi," saya berkerut. Bagi apa?

Maka si Syahmi pun mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Belum sempat susuatu itu sampai ke tangan saya, sesuatu itu terjatuh atas meja. Syahmi beri kepada saya seutas gelang tangan. Seperti yang tertera di bawah. Nampak kecil pada mulanya, tapi berjaya juga saya pakai setelah dipaksa-paksa. Hingga sekarang, saya masih pakai gelang ini.


Sebetulnya

Maka, di rumah saya pun membuka hadiah itu. Saya sudah dapat mengagak isi kandungan pemberian istimewa tersebut. Sungguh, sungguh istimewa dalam hati saya.

Sebetulnya mereka lewat ke kelas English hari itu kerana menyiapkan bungkusan pemberian untuk saya. Walaupun tidak sekemas mana, tapi saya betul-betul menghargainya. Saya tahu, mereka kumpul duit ramai-ramai, pergi ke Kedai Buku, membeli hadiah untuk saya beserta pembalutnya sekali. Entah, saya memang terharu.huuuu~

Sebetulnya, pada hari itu mereka ada subjek Pendidikan Seni. Mereka perlu menghasilkan seutas gelang tangan yang diperbuat daripada manik dan tali tangsi. Maka hasil seni yang dihasilkan oleh Syahmi diberikan kepada saya. Sungguh, sungguh istimewa dalam hati saya.

Kata saya,

Saya tak kisah jenis apa pemberian itu, tetapi yang saya kisahkan adalah siapa si pemberi itu. Pemberian dari pemberi yg istimewa sangat2 membuatkan saya tersenyum sepanjang masa.

Saya tak perlukan sesuatu dari orang yang istimewa. Sedikit ucapan dan doa sudah betul2 istimewa. Sebab itu saya tak kisah kalau abang saya tak pernah bagi hadiah kat saya. Sebab setiap tahun, dia akan wish dan kadang2 dia akan nyanyi untuk saya..Kerana itu, dia sungguh istimewa untuk saya.. sorry merepek sikit


p/s : tahniah kepada yang berkenaan. semoga kejayaan sentiasa mengiringi. aminn..

Thursday, October 13, 2011

Teka-Teki


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang
Intro

Kenapa budak-budak suka teki-teki? Waktu saya budak-budak, saya pun suka dengan teki-teki ni. Pantang orang bertanyakan teka-teki, pasti saya akan cuba memerah otak mencari jawapan. Tapi sekarang? Macam tidak je.. Lagi-lagi kalau soalan itu diajukan oleh budak kecil. Lagi malas saya nak jawab..Huhu..

Teka-teki anak murid

My sayang-sayang selalu sahaja ajukan teka-teki untuk saya. Tapi macam biasalah, bila saya tahu, saya akan jawab dengan sungguh-sungguh. Apabila saya tidak tahu, macam-macam alasan saya reka.



My sayang 1 : Cikgu, saya ada teka-teki. Cikgu jawab eh? Banyak-banyak air. air ape yang paling mahal?
Saya : Air terjun ( jawab dengan penuh yakin).
My sayang 1 : Salah (dengan yakin juga)
Dalam hati : Eh, memanglah salah, air terjun air paling berani.. aduhh.. apa jawapan ni?
Saya : Air zam-zam
My sayang 1 : salah jugak.
Saya : eh, betul la. Ape tak betul nye. Air zam-zam kan sampai bila-bila tak kering. mahal la tu!
My sayang 1 : salah la cikgu. cikgu give up?
My sayang 2 : eh, cikgu tau ke give up tu ape? (dengan nada berbisik)
Dalam Hati : Eleh, macam aku tak dengar dia cakap ape..
My sayang 1 : mestila cikgu tahu. cikgu kan cikgu.
Saya : entahlah tak tahu. apa jawapannya?
My sayang 1 : idea la cikgu!
Saya : eh, yeke? (sambil buat muka tak puas hati)


Teka-teki Radio

Lately, saya selalu buka radio IKIM.fm masa on the way pergi sekolah. Kalau segmen Warna Pagi di IKIM.fm akan ada slot teka-teki. One day, saya dengar teka-teki ni.

"Dalam kamus dewan, perkataan apa yang dieja salah?"

Penat jugak saya fikir, apalah jawapannya ya? Takkanlah DBP akan keluarkan perkataan yang salah ejaannya. Bila dia bagitahu jawapannya, perghh.. menyampah kot.. The answer is

SALAH

Teka-teki my friend

Seorang kawan saya bertanyakan teka-teki ini.

"Kenapa manusia lahir sebagai baby dia tak terus berjalan? Kalau haiwan, haiwan akan terus berjalan kan?"

Penat gak fikir. Tapi teka-teki camni bagus jugaklah.. sebab dia akn menguji kita untuk berfikir lebih. Berfikir akan kebesaran ALLAH, keagungan ALLAH. Kalau saya, saya akan terfikir tentang semua tu sebelum jumpa dengan jawapan. Akhirnya, dia pun beritahu jawapan..

"Sebabnya kepala manusia lebih besar dari anggota badan yang lain. So, dia tak balance la if kecil-kecil lagi dan berjalan. Plus, kepala manusia kat atas sekali. Berbanding dengan haiwan yang kepalanya satu aras dengan kaki,"

panjang lebar kot jawapan. Got it my dear?

Teka-teki saya

Teka-teki saya ringkas je. Tapi jawapan payah kot.

"Banyak-banyak manusia kat dunia ni, kenapa awak sorang je yang saya suka?"

jawapan : euwwww....

Akhir

Saya terjumpa video lama. This video is so cute! Waktu saya muda-muda dahulu, saya mengajar mengaji kat rumah orang-orang kaya sekitar Mutiara Bangi. Tergelak saya sorang-sorang tengok video ini..







“Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa-apa yang tidak diketahuinya.”

(al-alaq : 1-5)

Wallahua'lam
Moga bermanfaat

Sunday, September 11, 2011

Haramkah?

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.



"Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta

Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan


Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan


Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin hatiku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin


Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat

Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta





Tuesday, June 21, 2011

bertanam mumbang!


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Andai saja manusia itu tahu getar rasa ini..

cuba-cuba bertanam mumbang,
moga-moga tumbuh kelapa;
cuba-cuba bertanam sayang,
moga-moga menjadi cinta!







Friday, April 8, 2011

enam.empat.sebelas


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang






Enam terasa kosong, sebetulnya Enam merasakan hatinya kosong. Maka, Enam merasakan Enam perlu lakukan sesuatu.

Empat rendah hatinya tapi takdir Ilahi membuatkan Empat menjadi seorang yang dikenali. Sampai bila-bila Empat masih begitu, rendah hati, rendah diri. InsyaALLAH.

Enam mula menanam azam. Enam mula berdoa, “Ya, Allah pertemukanlah aku dengan dia Ya Allah”. Sungguh setiap hari Enam berdoa. Itu doa Enam. Tapi, manakan mungkin Enam yang berada di Selatan boleh bertemu dengan Empat yang berada di Pantai Timur. Enam mula membawa diri ke Tengah.

Enam masih berdoa. Sungguh dia mahu bertemu dengan Empat. Maka Enam berdoa lagi, “Ya Allah pertemukanlah kami di tempat yang Kau redhai, jika itu janji Engkau Ya Allah,”. Tanpa putus asa Enam berdoa. Puas Enam menghadiri seminar-seminar, pelbagai ijtima’, muktamar, rapat umum dan sebagainya. Fikir Enam di situ mungkin akan ditemui Empat. Tapi, takdir Allah siapa tahu. Sungguh begitu usaha Enam, tak ditemui juga Empat di mana-mana.

Enam rasa putus asa. Maka doa yang selalu dibisikkan itu hilang hari demi hari. Ada doa yang lain yang lebih diutamakannya. Tapi, takdir Allah siapa tahu.

Maka benarlah kata-kata ini,

jika Allah makbulkan doa kita, Allah sayangkan kita,

jika Allah lambat makbulkan doa kita Allah sedang menguji kita,

jika Allah tidak memakbulkan doa kita,Allah sedang mengatur yang TERBAIK tuk kita,"


Suatu hari, Enam menanam azam ke suatu tempat. Waktu itu fikiran Enam kosong. Jika dulu, Enam selalu melirik-lirik ke arah sana manakan tahu ada Empat di mana-mana. Tapi, waktu itu Enam tidak kisah siapa yang ada. Jika berjalan, dia menunduk. Jika bercakap dengan A, Enam tidak melihat muka B yang di sebelah A. Maka, langkahan Enam petang itu begitu yakin.

Enam mahu berlalu pergi tetapi ada suara yang memanggil, menanyakan sesuatu. Enam berpaling. Terkejut Enam bukan kepalang. Tak disangka Empat itu berada depan mata. Detak jantung Enam terlalu laju. Terasa seram sejuk seluruh badan. Apakah semua ini Oh Tuhan? Oh, ya. Enam bertemu Empat di Sebelas.

Maka, lengkaplah ceritera Enam.Empat.Sebelas. Sekian..



Saturday, April 2, 2011

Sajak Buat Pencuri Kasutku

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.



“SAJAK BUAT PENCURI KASUTKU” - Zaen Kasturi

suatu malam—ketika aku ingin pulang ke kamar asingku
di pinggir kota, kulihat kasut biruku di tangga masjid
sudah hilang. aku tidak tahu siapa yang mencurinya
kerana aku bukan seorang tuk nujum yang bisa mengenal
wajah sang pencuri, juga tidak ada sebarang isyarat
yang dapat ditangkap oleh mata lahirku untuk mengesan
siapakah gerangannya, tidak mengapa, kasut yang kubeli
sebelum hari raya itu, sudah bisa menghafal segenap
langkahku di lorong-lorong kota Kuala Lumpur. Ia telah
banyak menyimpan rahasia telapak kakiku yang ada
bekas luka ketika main perang di pinggir sungai, zaman kanak
dahulu. Aku tidak sedih kehilangan kasut biru itu. Cuma
aku harap kasutku itu tidak menjadi pelapik lastik
untuk melastik kawanan gagak yang terbang di antara
gedung-gedung pencakar langit. Aku tidak mahu kasut itu
bertukar menjadi merah, semerah warna darah

You know what? Cool!!!

kenal tak siapa zaen kasturi? here you are

Sekian..

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Friday, April 1, 2011

Status

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Bila orang tanya apa status kamu, apa yang kamu akan jawab?
Kalau saya, saya biasa dengar orang jawab macam ni,

"Single"
"Single but not available"
"Pending"
"enggaged"
"married"




hahaha.. Banyak kan pilihan jawapan. Kalau saya, saya jawab, "Oh, It's complicated"

Tapi, tapi tapi..

Saya bukan nak berbicara tentang status yang itu. Saya mahu berbicara tentang status di FACEBOOK. Ya, Facebook!


Beraneka ragam


Semua yang bergelar pemegang akaun facebook sudah tentu punya banyak benda untuk dikongsi dan menjadikannya tatapan umum. Tapi, bagi diri saya sendiri, saya telah lama menjadi ahli facebook yang lelap. Saya kurang update status, saya kurang memberikan komen pada mana-mana status, link mahupun gambar. Entah kenapa saya begitu? Mungkin kemudahan akses internet yang agak mengecewakan membuatkan saya sudah malas atau tidak ada mood untuk mengekalkan keaktikan facebook. Tapi, saya yakin dan percaya, untuk sementara waktu ini. Mungkin selepas ini, saya menjadi pemegang akaun facebook paling aktif. Siapa tahu, kan?


Itulah, facebook ini lubuk rahsia individu paling berkesan . Kalau mahu tahu sesuatu tentang seseorang, dapatkan maklumat mengenai dia, carilah di facebook. Confirm jumpa. Apabila saya online facebook, saya nampak banyak sangat kategori status. Ada beberapa kelas status di facebook sepanjang pemerhatian saya.



1. Status bersifat emosional

" Kenapa kau nak tahu sangat pasal aku ha perempuan? motippp.... Jaga tepi kain sendiri sudahlah"

"Sakit hati aku bila tengok hasil tabungan beberapa bulan hilang begitu sahaja. Aku doakan sapa yang curi tu kena %&*)^#*^%&*"

Nampak tak status tu terlalu emosional. Selain tahu mereka sedang dalam emosi yang kurang baik, kita juga tahu rupa-rupanya duit dia kena curi, rupa-rupanya ada seseorang yang sibuk sangat jaga tepi kain dia. Bagi saya tak perlu untuk kita berkongsi sebarang kemarahan, kesedihan ataupun kegeraman di khalayak ramai.

Tapi kan tak salah untuk kita berkongsi perasaan kita. Kan itu hak kita untuk mengeluarkan sebarang perkataan dari mulut kita. Betul. Tapi kan? Perhaps.. instead of tulis perkara-perkara yang sebegitu why not kita kongsi something yang more neutral kan?

Bagi menggantikan status pertama tu, saya rasa ayat sebegini lagi elok.

"Sesiapa yang menutup aib saudaranya, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat" (Riwayat : Ibnu Majah)

Yang kedua pulak, maybe ini lagi baik,

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (5 : 38)


2. Status petikan kata-kata/ dalil / hadith

“Belajar sambil MENCABAR, Pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, berpengalaman,mencabar DAN terpelajar. Biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar”. -Prof Diraja Ungku Aziz

Saya suka sangat apabila baca status2 yang sebegini. Selain dapat berkongsi dengan para pembaca, mungkin kita dapat membuka hati dan mata mereka yang lain untuk melihat hakikat kehidupan dari sudut yang betul. Kadang-kadang saya suka juga untuk berkongsi status yang sebegini. Tapi status saya lebih kepada bahasa yang berbunga-bunga, bak kata orang dalam hati ada taman.

aku berhenti berharap.. dan menunggu datang gelap..

3. Status isu semasa

"Presiden Kazakhstan menentang pemakaian tudung dan hijab di sekolah & universiti. Beliau bakal menjadi Presiden OIC dalam tempoh terdekat. Sementara itu dalam isu Libya, Pakatan Kuffar dah hantar tentera, OIC just Oh I See? "

Yang ni saya paling suka. Saya sangat suka apabila baca status yang merespon berkaitan isu semasa yang berlaku di dunia. Tapi, nasihat saya apabila mahu berkata-kata tentang sesuatu itu lebih baik kita sertakan hujah yang bernas dan lebih sedap mata memandang apabila sertakan sekali mana-mana link yanng menguatkan hujah tersebut. jangan hanya sekadar bercakap tanpa bukti. Oh, come on. dunia sekarang ni dunia teknologi. macam-macam khabar angin boleh disebarkan. melalui radio, TV, magazine, akhbar, akhar atas talian, macam2. even sekarang ni pun orang boleh sebarkan video lucah palsu kan? so, sebagai pembaca pandai2 la kita fikir mana yang betul mana yang salah, mana yang logik, mana yang tidak. Ohho..

Tutup

Tiba-tiba saya teringat. Sedap-sedap saya membebel tentang status facebook, apa agak-agak2 nye 5 status facebook terakhir saya ye?

Jeng3..

menanti 19 mei 2011..

instead of "jangan memandu ketika mabuk", why not tulis je "jangan mabuk!!"

melihat dari jauh.. wahai angin, terbangkanlah rasa ini bersama..

siapa?

tanya sama hati!!!


Oh, baru saya perasan tentang status2 saya. What a nonsense. lagi satu, jangan tulis status yang merepek sangat macam tu. Contohnya macam status ke 4,

Siapa?

Oh, terlalu merepek!

Nasihat saya, untuk diri sendiri dan semua orang terutama gadis.. hehe.. Gunakanlah medium facebook sebaik-baiknya. Tak perlu untuk berkongsi semua, kongsi yang penting2 je dah cukup. And ingat, jadikan facebook ni medium dakwah kita. Semoga menjadi dai'e yang celik IT untuk melebarkan sayap dakwah di bawah bumbung arus permodenan sekarang.

Sabda Rasulullah s.a.w. dari riwayat Al-Bukhari yang bererti : " Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu juga akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pemimpin, ketua atau imam adalah pemimpin dan ia akan diminta tanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Suami adalah pemimpin di dalam keluarganya, dan dia akan bertanggungjawab tentang apa yang dipimpin. Isteri juga dipimpin, dalam mengendalikan rumahtangga suaminya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya, dan pembantu rumahtangga juga pemimpin dalam mengawasi harta benda majikannya dan dia juga akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin