Tuesday, December 13, 2011

Stylo tak?


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.



Waktu tu saya dalam kereta kawan saya. Tiba-tiba, ada sebuah motor melintas. Penunggangnya persis seperti gambar di ataslah. Maka tanpa segan silu saya berkata,

“Peh, stylo nye brader tu,” sungguh itu yang terbit dalam hati saya, maka saya terjemah ke mulut.

Maaf cakap, saya memang suka tengok orang-orang stylo macam tu. Saya bayangkan brader stylo tu….. em.. nantilah saya sambung.

Maka, saya sambung keterujaan saya. Saya cerita macam-macam, sampailah cerita zaman sekolah menengah saya pun terbabit sama.

Budak Hip Hop

“Akak suka budak-budak hip hop tau dulu,” ujar saya tanpa segan malu kepada kawan saya.

Saya masih ingat lagi, dahulu kala waktu saya di sekolah menengah saya minat amat dengan budak-budak Hip Hop. Entahlah mengapa, saya tiada jawapan. Kadang-kadang saya berjalan kaki pulang dari sekolah. Dan kadang-kadang saya terpaksa lalu di kawasan tempat melepak budak-budak sebegini. Dan pada satu hari, hanya satu hari itu tiba-tiba saya dengar,

“Hai, baru balik sekolah ke?”

Saya tak pasti soalan tu ditujukan kepada saya ataupun tidak tapi saya mula yakin setelah membuat pengecaman tiada bunyi derapan tapak kasut sekolah yang lain melainkan kasut saya. (perasan kan?) Saya tunduk, tak pula mahu mencari siapakah punya suara itu. Saya cegah diri dari senyum tapi really hati saya sedang tersenyum waktu itu. Eh, tipulah kalau saya tak suka waktu itu. Hei, saya minat budak hip hop, tiba-tiba ada yang menegur sebegitu. Takkan saya tak suka?

"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal-(nya)"

(an-Nazi'at: 40-41)

Kawan saya membalas,

“Tak elok lah kak suka budak melepak tepi jalan macam tu. Diorang bukan budak yang elok,” lebih kurang begitu.

Saya terdiam. Sebetulnya saya mengumpulkan kata-kata untuk menjawab. Saya mahu menjawab bukan atas dasar saya mahu pertahankan apa yang saya suka, lebih kepada saya mahu berkongsi apa yang saya rasa.

Saya rasa

“Awak tahu, setiap kali akak tengok budak-budak yang macam tu. Akak selalu berdoa, mudah-mudahan satu hari nanti dia diberi hidayah oleh Allah,”

“Akak suka orang yang dahulunya dia jahat, tapi bila dia diberi peluang untuk bertaubat, dia bertaubat sungguh-sungguh. Dia insaf akan kesilapan yang pernah dia buat,”

“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri.”

(al-Baqarah: 222)

“Sebab akak tahu orang yang macam ni, tentu dia melihat diri dia bila dia lihat orang yang melepak-lepak macam ni. Dan dia tidak akan menghukum orang sembarangan. Sebab, dia pernah berada di tempat tu satu masa dahulu. Dan dia akan mendoakan untuk orang lain. Macam akak, akak pun bukan baik sangat. Sepatutnya akak tahu mereka macam mana,”

“Banding dengan orang yang tak pernah jahat. Kalau dia jenis tak menghukum, it’s ok. Tapi, kalau dia jenis menghukum, seriously tak boleh terima,"

"(yaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha luas ampunanNya. dan dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa."

( an-Najm : 32)


Budak Hip Hop Lagi

Kamu tahu, saya ingin bercerita tentang seorang budak Hip Hop. Sebetulnya saya tidak mengenali beliau, beliau apatah lagi.. berganda-ganda tidak mengenali saya.

Mulanya saya kenal beliau, begini ceritanya. Waktu itu di tingkatan 5, setiap kali saya ke sekolah saya akan melalui jalan yang sama. Tiba di simpang tiga itu, maka saya akan nampak kelibatnya bersama sebuah skuter. Boleh dikatakan setiap pagi, di simpang tiga itu, dia masuk simpang, saya keluar simpang.

Oleh kerana selalu sangat terserempak dengannya, maka saya pun naik hairan. Saya mula mencari-cari siapakah dia tapi usaha saya hampa belaka. Entah, mungkin Allah tak izinkan untuk saya mengenali insan itu. Hinggalah pada suatu hari, saya ke kelas tuisyen yang terakhir sebelum SPM. Saya terpandangkannya, memakai baju kemeja-T merah dan skuter itu amat saya kenali. Tak sangka, setelah setahun pergi balik kelas tuisyen, rupa-rupanya kami satu pusat tuisyen yang sama..

Oh oh.. maaf,saya sudah jauh melencong dan melancong. Diringkaskan cerita, selepas SPM saya terjumpa profile friendster nya. Banyak gambarnya menunjukkan aksi break dance nya. Oh, budak hip hop. Maka, saya fikir, sampai situ sahajalah saya mengenali beliau.

"Sesungguhnya Allah membuka tanganNya pada malam hari supaya orang yang melakukan kejahatan pada siang hari bertaubat dan Dia membuka tanganNya di siang hari supaya yang melakukan kejahatan pada malam hari bertaubat hingga matahari terbit dari barat. "

(Riwayat Muslim).

Dan kamu tahu dia siapa sekarang? Oh, dia bukan siapa-siapa pun. Tapi sungguh, bila saya buka profil fb-nye sekarang, saya jadi sayu hati. Dia selalu bercerita tentang Rasulullah, sunnah-sunnahnya, dia berkongsi pasal hadith-hadith nabi, ayat-ayat al-Quran, tazkirah-tazkirah yang dekat dengan realiti remaja sekarang..Oh, terlalu banyak ok? Gambar break dance? dah takdee...

"Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasih tetapi hanya ALLAH akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki,"

(al-Qasas : 56).

Oh, indah kan hidayah Allah itu?

Akhir

Oh, ya. Saya mahu sambung sedikit bayangan saya mengenai brader stylo yang terhenti di atas tadi.

Saya bayangkan brader stylo tu bawak motor laju-laju lepas tu berhenti kat masjid. Dia masuk ke dalam masjid untuk menunaikan solat maghrib. Tiba-tiba para jemaah yang lain menolaknya ke hadapan. Dia menjadi imam solat maghrib dengan alunan bacaan yang cukup fasih dan meruntun hati. Maka, adakah saya terlalu berkhayal?

"Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, "

(Ali Imran : 133)


P/s : Ada satu golongan yang amat-amat saya sayangi selepas keluarga dan sahabat sefikrah saya. Golongan yang saya maksudkan ialah mereka-mereka yang bernama gadis, sama ada yang menjadi kawan saya mahupun tidak.

Untuk golongan ini, ketahuilah bahawa saya amat-amat sayangkan kamu semua. Cuma, saya jadi sedih bila kamu semacamnya tidak sayangkan diri sendiri. Cumanya, saya jadi sedih bila ada yang mendedahkan aurat, yang tidak menjaga aurat. Baby, aurat tu Allah kata wajib tutup kan? So, kita kena tutup ok?

Hey, girls. Let us cover our aurah properly, as He mentioned here,

"And tell the believing women to reduce [some] of their vision and guard their private parts and not expose their adornment except that which [necessarily] appears thereof and to wrap [a portion of] their headcovers over their chests and not expose their adornment except to their husbands, their fathers, their husbands' fathers, their sons, their husbands' sons, their brothers, their brothers' sons, their sisters' sons, their women, that which their right hands possess, or those male attendants having no physical desire, or children who are not yet aware of the private aspects of women. And let them not stamp their feet to make known what they conceal of their adornment. And turn to Allah in repentance, all of you, O believers, that you might succeed."

(Surah an-Nur : 31)


ok? I love u, all of you!


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin