Tuesday, August 18, 2009

Anda Individu Sukar??

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu..

Pernah tak sahabat2 bertemu dengan seseorang yang susah? Susah nak faham dia, susah nak berinteraksi ngan dia, susah nak bagi dia faham keadaan diri kita. Susah nak bekerja dengannya. Kesimpulannya, segala2nya susah la. Pernah tak? Bukan diri sendiri je rasa dia tu susah, orang lain puin berduyun2 cakap benda yang sama. Pernah tak? Saya? Pernah tak ye saya? Kata saya, jangan mengharap untuk berjumpa dengan orang yang sukar.. Nanti last2 kita yang susah dibuatnya.

Malam tadi ketika sibuk mencari buku di kedai buku, terjumpa satu buku ni. Sahabat saya, M******* dengan tiba2 nya mencadangkan buku tu kat saya. Tajuknya, Menangani Individu Sukar. Buat apa nak bagi kat saya. Bukan ade individu sukar pun saya nk handle. Haha. Kata saya, jangan berlagak. Mungkin kita tak jumpa sekarang, mungkin akan datang, siapa tahu. Mungkin org terdekat dgn kita. Siapa tahu.Kata saya lagi, hati2.


Saya pun tak pernah lagi baca intipati buku tu ( sebab merasakan ianya bukan satu keperluan). tapi bila survey2 kat intenet, terjumpa plak ulasan buku ni. apa yang saya dpt, katanya..

Buku ini ditulis oleh saudara Nordin Jaafar yang merupakan artis utama kumpulan AlarmMe dan Raihan. Secara keseluruhan, buku ini menceritakan tentang bagaimana Nabi Musa a.s berhadapan dengan Bani Israel yang kita tahu merupakan bangsa yang sukar. Segala sejarah diulas supaya dapat kita praktikkan dalam kehidupan pada masa kini. Terdapat 12 teknik yang dikongsikan di dalam buku ini untuk menghadapi individu sukar. Teknik-teknik tersebut ialah:

1. Ikhlas
2. Jika tidak mampu melawan, sertai mereka
3. Hadapinya, bukan lari daripadanya
4. Berikan kesempatan untuk kebaikan
5. Targhib dan Tarhib
6. Ilmu dilengkapi sesuaikan ikut zaman
7. Sabarlah dan jangan marah
8. Mesti berani! Jika undur susunlah strategi
9. Perkataan lemah lembut
10. Bantuan dan alat bantu
11. Practice makes perfect
12. Penyerahan diri kepada Tuhan

Apabila dilihat kembali, buku ini bukan sahaja mengajar tentang bagaimana kita menghadapi individu sukar, tetapi juga mengajar untuk meneliti diri sendiri. Apabila meneliti diri, mungkin kita juga sebenarnyatergolong dalam individu-individu yang sukar.

Tujuan saya bukan untuk promote buku ni. tapi, sesiapa yang berminat. Silalah..
Cuma mungkin kita boleh muhasabah balik. Bila kita rasa seseorang tu sukar. Sahabat kita seorang yang sukar.. Cermin la balik diri kita. Mungkin sebenarnya kita yang sukar. Sukar untuk dihadapi. Mungkin kita yang banyak kerenah, kita yang banyak bunyi dari buat kerja, kita yang banyak buat hati orang lain terguris. Cermin diri kita. Bukankah kita adalah cerminan sahabat, dan sahabat mencerminkan diri kita.

Hadis riwayat Abu Musa ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap. (Shahih Muslim No.4762)

Apapun dalam bersahabat, kita hendaklah menjaga adab2 persahabatan itu sendiri. Sentiasa berlapang dada, berdiplomasi andai terdapat perselisihan, bertolak-ansur, dan amalkan sifat mahmudah dalam kehidupan seharian.

Yang pastinya, dalam menangani orang yang sukar ini kita sepatutnya tidak putus berdoa untuk mengembalikan keserasian tersebut. Bukankah doa itu senjata orang mukmin. Mintalah pertolongan Allah dengan solat dan sabar. InsyaALLAH, segala-galanya akan dipermudahkan.

Wallahua'lam
Moga bermanfaat


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin