Wednesday, March 10, 2010

Header Baru

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah.. maka dengan ini blog yang saya sayangi ini berwajah baru.

Setelah agak lama bertemankan header blog yang agak skema, maka dengan rasminya header blog ini bertukar kepada style baru yang lebih segar. Header blog ini ditukar bagi memberikan nafas baru kepada blog. Apabila header ditukar, background juga hendaklah fresh untuk tontonan umum. Maka, segala2nya bertukar. Semoga mood blog baru ini memberikan kesan positif terutamanya kepada blog. Bak kata orang, hidup ini perlulah menjalani proses2 penambahbaikan dan transformasi yang lebih hebat.


header lama yang menjadi kenang2an


Header lama yang telah dibuang ini nampak agak berserabut kerana tiada penegasan dalam tulisan. Background gambar di belakang menambahkan lagi keserabutan gambar sunting ini. Dan definisi intrepetasi realiti hati ini tidak dapat diterjemah melalui tulisan2 dalam blog ini. Maka, atas beberapa aspek yang dikaji, maka terhasillah header blog yang baru ini.



Header blog yang baru ini berkemungkinan mencetuskan kontroversi kerana gambar latar belakangnya boleh menimbulkan kekeliruan, adakah pemilik blog merupakan seorang lelaki?. Gambar ini diambil ketika program rehlah bersama geng2. Dan gambar ini nampak menarik untuk disunting menggunakan perisian adobe photoshop. Maka, inilah hasilnya.

Tajuk blog yang baru ~Di Atas Sejadah Cinta~ menggantikan "Intrepetasi realiti hati" sememangnya bersesuaian dengan gambar tersebut. Gambar geng2 sedang bersolat jemaah dapat disimbolkan dengan maksud tajuk ~Di Atas Sejadah Cinta~. Walaupun mereka solat tanpa sejadah, tapi itu tidak menghalang mereka untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba. Begitu jugalah kita. Walau di mana kita berada, janganlah sesekali lupa dan lalai akan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Dan cinta yang hakiki milik ALLAH S.W.T

Maka, lahirkanlah rasa cintamu di atas sejadah cinta..

Semoga penulisan di dalam blog ini lebih matang pada hari2 mendatang..

gambar asal sebelum di'edit'

Sunday, March 7, 2010

Episod kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Kisah hidup yang jarang2 kita dengari, yang jarang ingin kita ketahui..

~~~~~~~~


Umairah termenung lagi. Untuk kali yang entah ke berapa. Runsing memikirkan plot kehidupannya sejak kebelakangan ini. Umairah punyai raut wajah yang cukup menenangkan, sekali pandangan jatuh pada wajahnya hati yang resah bisa mengukir tawa. Benar,bukan seorang dua yang mengungkapkannya. Malah, sudah biasa terdengar dari mulut sahabat2 perkataan yang sama. Umairah merupakan gadis daerah pantai barat tanah air dan sedang menuntut di salah sebuah kampus lembah Klang yang hanya mengambil masa lebih kurang sejam dari kampung halamannya.

Dia sudi berkongsi kisah hidupnya. Minggu lepas, Umairah berkesempatan pulang ke rumah keluarganya. Sebagai anak yang baik, dia selalu pulang ke rumah jika terdapat kelapangan di hujung minggu. walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti di kampus, Umairah tidak lupa untuk pulang menziarahi ibu bapa dan adik beradik yang besar bilangannya.

Umairah merupakan anak ke 6 daripada 9 bagi pasangan Haji Kamaruddin dan Hajah Safiah. Ayahnya merupakan seorang jurutera yang berjaya manakala uminya pula seorang guru. Kedua2 ibu bapanya sangat dihormati orang sekelliling dek kerana akhlak mereka yang soleh dan solehah. Umairah sungguh bangga apabila ada yang memuji kedua-dua ibu bapanya. Aurat dipelihara, solat jemaah yang tidak pernah ditinggalkan, menganjurkan aktiviti keagamaan di kawasan mereka, semuanya sudah cukup membahagiakan Umairah. Walaupun ibu dan ayahnya bukan berada dalam bidang agama, tapi ilmu agama mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. Tapi, bila melihatkan deretan adik beradiknya, Umairah mengerutkan muka. Itulah yang merunsingkan fikirannya..

Uniknya mereka kerana anak pertama hingga keenam hanya selang setahun sahaja. Maksudnya, masing2 sudah tentu rapat. Tapi, berbeza sangat2. seolah2 ada kumpulan antara mereka. yang lelaki hanya bergaul dengan lelaki, yang perempuan hanya bergaul dengan perempuan..

Along, abang sulungnya berumur 26 tahun, sudah bekerja dan tinggal berjauhan dengan keluarga. Kerja pun apalah sangat, setakat supervisor di kilang, dek kerana tidak tamat SPM. Dahulu abangnya itu memang nakal, bad boy kata orang. merokok, merempit, mencuri semuanya sudah sebati. Tapi sekarang dia sudah sedikit insaf. Kadang2 solat, kadang2 tidak. ikut mood katanya. Umairah tidak berapa rapat dengan abang sulungnya ini. Sekadar bertanya khabar, itu sudah cukup.

Angah, kakak keduanya masih lagi belajar di kolej berdekatan rumah. Angah akan memandu ke kuliah. Tapi, apabila di hujung minggu, angah akan selalu pulang lewat malam. kata umi, angah buat assignment dgn kawan2. Angah pelik sedikit, jarang mahu keluar bilik dan berbual2 dengan Umairah. Yang Umairah risau setiap kali keluar, Angah kurang meneliti hal pemakaiannya. kadang2 Umairah beristighfar melihat jeans dan baju sendatnya.



Uda, abangnya yang ketiga sedang menuntut dalam peringkat ijazah jurusan pendidikan. bakal guru pendidik bangsa. Tapi, entah kenapa dia kurang bangga dengan abangnya yang seorang ini. Waktu solatnya kurang dijaga, awek keliling pinggang dan ketagihan rokok. Umairah penat berbicara dengan abangnya yang seorang ini. Entahlah, seakan tiada kesudahan..

Alang, abangnya yang keempat baru berusia 23 tahun. Sudah bekerja selepas memperoleh sijil kemahiran. Dek kerana terlalu asyik dengan dunia sendiri, semakin hari Alang semakin hanyut.Walaupun dia tidak kedengaran punya mana2 perempuan, tapi itu bukan hakikat sebenar.

Achik,kakaknya yang kelima, baru berusia 22 tahun. Sudah bekerja tetapi terlalu ramai kawan lelaki. Mungkin Achik lebih selesa bertemankan lelaki berbanding perempuan. Yang jelas, Umairah sungguh rapat dengan Achik kerana mereka sekepala. Achik, selalu pulang lewat, suka berpakaian seksi, bergaul bebas dengan lelaki, semuanya Achik. Solat entah ke mana, itu yang paling dirisaunya...


Dayana, adik perempuan tunggalnya. Dayana bakal menduduki SPM tahun ini. Dia sangat2 mendoakan kejayaan adiknya ini. Dayana sangat baik, menjaga auratnya, menjaga solatnya. selalu membantu umi di dapur dan mengemas rumah. sejuk hati memikirkan adiknya ini

Imran, adiknya yang kelapan. Imran memang nakal, tapi dia baik. Imran selalu ikut ayah ke surau. kadang2 Imran menggantikan bilal, azan di surau. Setiap kali masuk waktu dia takkan terlepas berjemaah di surau. Umairah sayangkan Imran walaupun Imran sememangnya nakal, suka cari gaduh dan suka bertumbuk. yang selalu menjadi mangsa adalah Dayana.

Hilmi, adiknya yang bongsu. Sangat comel dan sungguh mendengar kata. Setiap waktu subuh, dia akan ke surau bersama ayah dan Imran. Sejuk hati Umairah mengenangkan adik2nya.

Masih segar di ingatannya peristiwa malam itu.Sesekali dia mengerling ke arah daun pintu bilik alangnya. Alang yang banyak mendiamkan diri dari bercerita tentang diri. Alang yang semakin hari semakin tidak difahaminya.

Umairah termenung lagi. Seakan susut wajah ceria miliknya yang penuh dengan senyuman suatu ketika dahulu..Jam telah menunjukkan detik 11.25 malam. Tanda-tanda pintu rumah dibuka masih belum kelihatan. Achik masih belum kelihatan. Dia bertambah risau.

Lantas, Umairah mencapai telefon bimbitnya, menekan papan kekunci sekadar perlu.


"Achik, kat mana?Bila nak balik rumah ni?"Pesanan ringkas dari Umairah langsung tidak dibalas. Umairah buntu. Semakin dilayan perasaannya, semakin resah diri. Cuba ditutup matanya rapat-rapat namun semakin galak bayangan resah menjadi tamu di jiwanya.

Benar,Umairah terus menuju ke bilik air, menyucikan diri. Ingin bertemu kekasih hati. Keluar dari bilik air, sepasang mata berlaga dengan empat mata miliknya. Pertemuan tanpa sapaan apatah lagi senyuman. Alang baru pulang.Sudah hampir ke jam 12 malam. Jelingan tajam alang bagai menyiat-nyiat hati lembut Umairah. Masih basah memorinya akan kejadian malam itu...

"Umairah, ko memang *****!! Kau yang bagitau ayah aku pergi clubbing, ko bagitau ayah aku hisap, memang kau kan? Tak guna kau!!" satu tamparan melekat di pipi mulus Umairah. Sumpah,sungguh.. bukan dia. Walaupun dia pernah terjumpa paket2 kecil berisi serbuk putih, berkeping2 CD lucah dan pakaian perempuan di dalam bilik abang-abangnya itu Umairah masih mendiamkan diri. Dia cuba menutup apa yang mampu selagi dia berdaya. Mungkin dia masih boleh mencuba.

Umairah teringat akan abang2nya waktu kecil dahulu, semuanya ke surau apabila tiba waktu solat. Waktu kecil, mereka selalu berkopiah, ada yang berserban. tapi kini, selalu kelihatan mereka berseluar pendek,mendedahkan aurat..



Kakaknya pula, kalau dilihat foto2 sewaktukecil, ayu bertudung bulat. tapikini, entah ke mana tudung mereka. kadang2 ada, kadang2 tiada. Siapa yang mengajar Umairah tentang aurat, siapa yang mengajar Umairah tentang solat qasar dan jamak, siapa yang mengajar Umairah tentang akhlak sewaktu kecil dahulu. Ya,kakak2 nya.

Kenapa kini segalanya berubah. Umi dan ayah sudah terlalu banyak menangis mengenangkan mereka semua. Terasa seakan2 tanggungjawab kini berada dipundak Umairah. Umairah tidak kuat keseorangan. Buntu untuk melafazkan tindakan seterusnya..

Adilkah andai dirinya sibuk di kampus mengulangkaji sedangkan abang dan kakaknya sibk berhibur diluar? Adilkah jika hanya dia seorang meniliti tentang aurat dan batasan pergaulan sedangkan abang dan kakaknya tidak hiraukan semua itu? Adilkah jika dia sibuk ke kuliah agama, usrah dan ceramah menambahkan ilmu agama sedangkan dia membiarkan kakak dan abangnya terkapai2 hanyut dengan tipu daya dunia?



~~~~~~~

kalau sahabat2 jadi Umairah, apa yang sahabat2 buat?




Kak Nab

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapakah, siapakah, bagaimanakah boleh timbulnya entry yang betajuk seperti di atas. Ya, siapakah Kak Nab yang dimaksudkan? adakah ianya hanya satu penyedap tajuk ataupun memang wujudnya insan bernama Kak Nab? Hahaha.. gempak kan?

Zainab bt Harun

Ya, itulah nama yang diberikan kedua ibu ayah si pemunya nama. Siapakah dia? Istimewa benarkah? Biar saya ceritakan satu persatu...
Saya sedang menjalani latihan industri untuk semester ini. Di manakah lokasi saya berkhidmat sekarang, itu tidak penting. Saya bekerja di bawah seliaan pegawai penyelidik yang mengkaji tentang mikrobiologi yang terdapat dalam herba yang tersinar. Maksudnya di sini, herba yang diiridiasi. Dan persoalannya di sini, siapakah Kak Nab? Adakah pegawai penyelidik yang menjadi penyelia saya?? Tidak.. jawapan itu salah. Mari saya terangkan..


Pembantu Makmal

Puan Zainab atau lebih mesra dipanggil Kak Nab merupakan pembantu makmal di tempat saya bekerja sekarang. Sejujurnya saya lebih selesa bertemankan Kak Nab di dalam makmal berbanding mereka yang lain. bagi saya, Kak Nab seorang yang bijak menyusun ayat dan pandai menuturkan kata2 yang baik. Saya begitu sukakan beliau. Begitu juga dengan partner saya, Sheila. I guess. Kami sama-sama menyenangi beliau.

Pernah satu ketika dan beberapa kali, situasinya begini.. Kami sedang melepak2 tanpa kerja yang spesifik dan Kak Nab memerlukan bantuan. Guess what? dialognya begini..

Dua orang gadis sedang duduk di meja masing2 tanpa membuat sebarang kerja sejak waktu bekerja bermula. Tiba2..

Kak Nab : ***** dan *****, bz ke sekarang? Nak mintak tolong kemas lab sekarang boleh tak?
Dua gadis : Boleh Kak Nab. (tersenyum sambil berpandangan sesama sendiri)

Dua gadis tersebut tersenyum sambil tak sudah2 memikirkan kerelevanan kata2 Kak Nab sebentar tadi. Sungguh kedua2nya sedang bersenang lenang, apakah wajar ditanya tentang kesibukan mereka. Mereka berfikir dan berfikir..

Jelaskan? Tutur kata, adab sopannya dijaga. Saya suka itu.


Kelakar

Plus Kak Nab seorang yang kelakar. Saya selalu tersenyum2, tersengih dan tersipu2 andai Kak Nab mengeluarkan lawak yang power itu. mahu tahu lawak power nye? Mari saya khabarkan..

Situasi 1 :

Kami sedang sibuk mengangkat barang. Di dalam kotak tersebut, terdapat barangan kaca. Apabila barangan tersebut diangkat, maka bunyi lagaan antara kaca tersebut kedengaran jelas di pendengaran. Dialognya begini..

Gadis suci 1: ( mengangkat barang sambil muka berkerut marahkan barang kaca yang berbunyi kerana berlaga)
Kak Nab : bunyi ape tu? oh, balang kaca tu berjoget2 ye?

Haha.. kelakar kan? ada lagi

Situasi 2 :

Kami sedang sibuk menyiapkan media agar. Selepas menimbang serbuk agar dan mencampurkan sukatan air suling yang betul, larutan agar hendaklah dipanas dan dikacau di atas hotplate. Pengacauan dibuat dengan menggunakan magnetik. Magnet tersebut hendaklah berada di tempat yang betul begitu juga dengan kadar pengacauan. Mesti semuanya betul. Kami yang baru belajar hanya menunggu arahan dan cuba buat yang terbaik.. dialognya..

Gadis suci 2 : (memasukkan magnet ke dalam botol yang berisi larutan agar dan melaraskan level 'stir' pada hotplate). Cam ni ok Kak Nab?
Kak Nab : Kalau kita nak kacau agar ni kena lagu rancak, tak boleh lagu slow2. (sambil melaraskan kepada kadar yang betul)

Kelakar kan? ada lagi...

Situasi 3 :

Kami ditugaskan untuk memetik daunan herba di ladang tanaman. Sedang asyik sibuk memetik, Kak Nab mula bersuara..

Kak Nab : Banyak meragut? Kenyang dah dapat meragut hari ni?
Gadis suci 1 & 2 : gelak dengan sopan.

Haha. kelakar kan? kambing je kot yang meragut2 ni..

Kemudian,

Kak Nab : Tengok tu *****, peragut yang baik. pandai cari pokok yang subur. (sambil menunjuk ke arah gadis suci 1)
Gadis suci 2 : tersenyum geli hati.

Seterusnya,

Kak Nab yang peramah itu berbual dengan pekerja ladang..

Kak Nab: dah minum pagi?
Akak kerja ladang: belum lagi Kak Nab.
Kak Nab : takpela.. kedai dekat, lompat pagar je. (kedai makan berada di luar kawasan ladang. seberang jalan je)

kelakar kan? ada lagi..

Situasi 4 :

Kerapkali ketika kami sedang melakukan kerja2 makmal, jika kami kelihatan kurang berhati2, dialognya begini..

Kak Nab : Hati2, ***** dan *****, nanti kalau melecur, jatuh saham..

Lucu..Cukup setakat itu. Dan saya menyenangi Kak Nab setakat ini. Dan paling mengharukan apabila berlaku kemalangan di dalam makmal yang tidak melibatkan kemalangan jiwa sewaktu kami sedang menyediakan media agar. cerita lanjut, klik sini.

Dan saat-saat genting itu telah menyaksikan kekalutan dan kecuakan kami lebih2 lagi diri penulis. Kak Nab datang tanpa sebarang emosi marah bahkan terus memberikan kata-kata semangat. Dialognya..

Kak Nab : Biasalah pecah2 ni, nama pun kaca kan.
Kemalangan macam ni memang biasa berlaku, tak payah risau.
Buat apa nak marah, bukan kehendak kita dia nak pecah.

Tak habis2 diulang2 perkataan yang sama, buat tenang hati ini.

Ya, itulah Kak Nab, rakan sekerja yang saya kenali. Dia selalu cakap, tak payah panggil dia dengan nama 'Kak Nab' sebab anak dia pun lagi tua dari kami (senyum), patut panggil Mak Nab je. Tapi kami dah tak biasa nak panggil Mak Nab..


gambar kak nab yang berjaya di'snap'


Banyak saya belajar bila menjalani praktikal ni..

1) berbudi bahasa bila berkomunikasi dengan sesiapapun, walaupun pangkat dia lagi rendah dari kita
2) Jangan sombong dengan sesiapa pun, hulurkan senyuman anda dengan rakan sekerja
3) Usahlah membodek pihak atasan kerana budaya membodek adalah tidak sihat
4) Jangan mendengki sesama sendiri kerana perempuan sememangnya selalu tak puas hati dengan kesenangan orang lain.
5) Jangan menggatal, ada beza antara menggatal dengan berbahasa. haha

banyak lagi sebenarnya yang saya belajar. tapi, malas nk tulis je.. haha.

Setakat itu sahaja. Baru saya tahu kenapa kita perlu bermusafir.. Untuk menambahkan pengalaman dan sosial kita supaya dapat menjadi sahabat yang lebih baik.

Saindina Ali bin Abi Talib pernah berkata,

"Orang yang paling jauh bermusafir adalah mereka yang sedang mencari seorang sahabat yang disukai"

Wallahua'lam
Moga bermanfaat

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin