Thursday, November 18, 2010

s.a.y.a

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Masih belum sempurna..



“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Al-Imran: 185)

Oh, sudah hari khamis. Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua..

Isnin lepas saya terima satu SMS dari seorang sahabat matrik. Maka, kenangan-kenangan di Kolej Matrikulasi Johor menggamit memori saya.

Ditempatkan di Kolej Matrikulasi Johor bukanlah pilihan hati saya. Ianya bukan pilihan kerana saya tidak punya pilihan ketika itu. Kalau tidak ke KMJ, ke mana pula destinasi saya. Sebenarnya, mahu saya ke tempat lain. Matrikulasi UIA PJ, mungkin lebih menggembirakan hati saya apabila berada di situ. Tapi apakan daya saya, bukan semua yang kita mahu itu terbaik buat kita kan?

Berhari-hari di KMJ tanpa hati yang ikhlas hanya membuatkan masa saya terbuang. Ke kuliah dan tutorial hanya mampu membuatkan angan-angan saya semakin panjang. Saya hanya akan tersedar dari lamunan apabila cikgu mula bertanya, " Faham, tak?". Maka saya pun mula tertanya dalam hati, "Eh, apa yang cikgu ajar tadi ek?". Begitulah untuk hari-hari berikutnya..

Tapi, saya masih ingat dan pasti jiwa dan jasad ini hanya betul2 berada di pekan Tangkak itu apabila menjelangnya waktu Maghrib. Ya, lokasi blok saya yang terlalu dekat dengan masjid merupakan alasan terbaik untuk saya menyinggah ke situ setiap hari. Kawan-kawan saya yang berada di Blok E (Al-Biruni) dan Blok F (Al-Khawarizmi) tidak putus asa dan masih tegar berjemaah di masjid, takkanlah saya penghuni Blok C (Al-Jazari) sengaja mereka-reka alasan pula.

Sebenarnya saya tenang apabila berada di masjid. Saya suka berada di masjid, sendirian mengaji usai solat jemaah. Kadang-kadang, saya baca buku yang ada di situ. Di KMJ, saya belajar erti tarbiyyah. Di KMJ, saya sangat berdisiplin dengan ibadah. Saya rindukan saat itu. Saya rindukan saat itu. Saya rindukan saat itu.

Terkadang, ada sesuatu yang menarik minat saya untuk ke masjid. Suatu hari, saya masih ingat lagi. Bacaan imam menuntun hati saya. Walaupun saya tak faham maksud bacaan ayat Al-Quran tersebut, saya jadi sayu hanya kerana suara imam yang mendayu-dayu. Saya suka amat bacaannya. Untuk hari itu, saya masih tidak tahu siapa pemilik suara yang merdu itu. Saya bersabar.

Saya masih ingat lagi, pemilik suara merdu itu mengetuai bacaan surah Ar-Rahman. Ya, saya suka bila dia yang lead. Walaupun saya tak tahu siapa. Saya pernah juga mengintai punya siapa suara merdu itu tapi hampa belaka. Sampai hari ini, saya masih ingat lagi merdu suaranya, lenggok bacaannya. Terkadang saya merasakan, saya hampir meniru cara bacaannya walaupun hakikatnya saya memang tak mampu.

Saya tak tahu bila masanya saya kenal dia. Tapi, saya dah jumpa si pemilik suara yang merdu. Imam yang buatkan hati saya menangis ketika solat, qari yang membuatkan jiwa saya tenang mendengar bacaannya. Orangnya kecil sahaja. Saya jarang terserempak dengannya kerana dia budak fizik. Tapi, kenal orangnya adalah sesuatu yang cukup baik untuk saya. Bertuah si ibu punya anak sepertinya..

Dan untuk hari Isnin lepas, saya menerima berita tentang kematiannya. Pada mulanya saya keliru kerana saya tidak familiar dengan nama tersebut. Bila saya fikir semula, ya saya kenal dia. seseorang yang amat saya kagumi suatu ketika dahulu. Arwah terlibat dengan kemalangan. Saya jadi bingung. Saya terkejut amat sangat. Saya seperti tidak boleh berfikir. Saya beristighfar dalam hati, mudahnya ALLAH nak ambil nyawa hambaNya.


Sejak kebelakangan ini, saya dengar terlalu banyak berita kematian. Sahabat sekampus yang pasti akan saya sapa apabila bertemunya dan sering bertemu di surau kolejnya. Saya tak sangka dia pergi terlalu cepat. Adik kepada seorang sahabat, usia terlalu muda. Terlalu cepat ALLAH menjemputnya. Sahabat, semoga terus tabah!

Kenapa terlalu cepat? Orang yang baik, ALLAH ambil cepat. Tak mahu dia tertipu dengan dunia yang fana ini.. Saya pernah kehilangan. Kehilangan pertama membuatkan saya berhati-hati untuk menyayangi. Andai kasih sayang hanya akan menjadi ujian buat saya, lebih baik saya buang kasih sayang itu jauh-jauh awal-awal lagi. Tapi, bila saya merasai kehilangan untuk kali kedua, saya terus berubah. Orang yang ada di sekeliling kita hendaklah dihargai walau siapa pun kita di matanya..

Al-Fatihah untuk :

Mohamad Zulhilmi Ibrahim
Siti Esah Mohamed
Azrin Nizam Amiruddin

Mereka masih muda. Saya juga masih muda

Mereka sihat sebelumnya. Kemudian, terlibat dengan kemalangan. Allah ambil nyawa mereka.
Saya juga sihat. Walaupun kadang-kadang diuji dengan sakit. Sakit itu selalu mengingatkan saya akan kematian.

Sungguh, bila-bila masa sahaja ALLAH boleh ambil nyawa kita. Walau dengan apa cara sekalipun. Hanya kita yang perlu bersedia. ALLAH, sungguh aku belum bersedia, aku takutkan nerakaMU.. Semoga pengakhiran hidup kita ini dalam keadaan husnul khatimah (pengakhiran yang baik), bukannya su'ul khatimah..

اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”



Saya sayangkan semua. Cuma mulut tidak mampu bertutur dan terkadang tak dapat diterjemah dek tingkah laku. Maaf andai saya pernah berkasar dengan anda. Saya tidak menangis untuk bersedih, saya tidak ketawa untuk gembira dan saya tidak menengking untuk marah. Perasaan saya sangat halus, terkadang apa yang dibuat tidak sama dengan apa yang ada dalam hati.

Hari ini mengingatkan saya tentang sesuatu. tentang hari ini. tentang tarikh yang sama pada tahun lepas. Semoga rohmu dicucuri rahmat Allah. Al-fatihah..

p/s : kenapa tajuk post ni 'saya'? kerana saya dan mati itu terlalu dekat. instead of mati, saya mahu tulis s.a.y.a ...

Tuesday, November 9, 2010

Happy Birthday Sayang !!

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang



Ok. betul, hari ni birthday dia. Cool kan? Nama dia sape?

Muhammad Burhanuddin Helmi

Tapi saya biasa panggil dia Helmi jek. Ada jugak panggilan manja, tapi tak mau la bagitau kat sini. Malu..

Helmi ni sweet. sweet sangat walaupun kadang2 menyakitkan hati. degil tak dengar kata. Kalau saya cakap ape2, bukan dia nak dengar pun. Tapi tu dulu la.. Sekarang better kot.

Saya suka menyakat dia. And kadang2, dia suka amek seat sebelah saya. tapi selalunya saya yang terhegeh2 duduk sebelah dia. Haritu saya tegur dia, pasal gigi dia kuning. Saya cakap la,

"Eii, tak gosok gigi ke? kuningnye.. Uweekkkk.. Busuk pulak tu,"

Then ade ke dia hembus2 nafas dia dekat saya. bukan nafas melalui hidung, ni nafas mulut. Then ade ke patut diaa cakap,

"Eii, gigi dia pun kuning jugak,"

Saya terus jeling dia. Sebokk jek.

Semalam saya dengar dia azan, azan maghrib. Hebat suara dia. sedap. tapi cam ade salah2 sebut sumwhere. Tapi, xpela.. cool la tu kan? kira susah la nak cari ciri2 lelaki idaman cmni sekarang ni..

Helmi, ni lagu birthday untuk awak. Versi upin ipin tau..



Kenapa upin ipin? cool la tu. helmi pun suka tengok upin ipin ape..heeee..xmatang betul..

Nak tengok ke gamba Helmi? Emm.. jap saya fikir, saya ade ke gambar dia ek?Ok, saya tunjuk gambar Helmi k. Dia comel jek orangnye. Taraaa..
















Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ke-7. Adik, kita takde hadiah tau sebab kita malas nak beli. hahaha.. Semoga menjadi anak yang soleh. Buat baik pada umi, ayah, mak, abah..ok?

Dia ni sepupu saya. Saya tahu dia tak baca punya. Kalau dia baca pun mesti merangkak2, then tanya saya itu ini. Sorrylah, saya bosan ni. Sebab tu post benda ni. Bagi, abang2 n kakak2 yang dh lepas birthday tp saya tak wish cmni, sorry k? malas laa.. nanti kembang semangkuk plak.. ataupun menangis2 terharu.. hahahaha

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya" (Ahmad dan al-Hakim)

P/s: sayang helmi!!



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin