Monday, October 24, 2011

5 H.U.R.U.F

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang


Ku padamkan 5 huruf itu
dan ku buang jauh-jauh dari tangkai hati.
5 huruf itu, apa?

S.A.K.I.T??

K.A.S.I.H??

R.I.N.D.U??

C.I.N.T.A??

D.U.N.I.A??

S.E.T.I.A??

K.A.W.A.N??

Itukah? Atau yang bagaimana?
Tapi, sungguh.. Tak mampu untukku ku padamkan 5 huruf yang ini.

A.L.L.A.H

Tanpa Dia, siapalah kita?

Maka, 5 huruf yang ini datang bertandang,
menjenguk rongga hati yang masih kosong..

S.A.B.A.R

Maka, maha benarlah kalam Tuhan,

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)



sekian

Tuesday, October 18, 2011

enam.sepuluh

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

Taraaa!!!

Hari ni berapa haribulan? Oh, sudah 18 haribulan rupanya.

Hari itu waktu 6 Oktober, hari ulangtahun kelahiran saya. Makanya, saya mahu ceritakan sesuatu.

enam.sepuluh

Intro


Saya ke kelas pagi itu. Jam 7.40 saya sudah terpacak di hadapan kelas 3 Jujur. Sungguh, saya sayang mereka. Melihat wajah mereka satu persatu sangat menenangkan hati. Tapi ada kalanya, menggeramkan gak!


عَنْ جَرِيْرِ بِنْ عَبْدِاللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ لاَ يَرْحَمُ النَّاسَ، لاَ يَرْحَمُهُ اللهُ
(مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)

Daripada Jabir Bin Abdullah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Barangsiapa yang tidak menyayangi (mengasihi) sesama manusia, niscaya Allah tidak akan menyayangi (mengasihi)nya.

Selepas mereka mengucapkan salam, saya menjawab dan meminta mereka untuk duduk. Saya letak beg dan buku di atas meja. Lalu saya teringat akan kiriman sms yang belum lagi dibaca.

Ucapan Selamat Hari Lahir

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya" (Ahmad dan al-Hakim)..

Saya senyum-senyum baca memandangkan ianya merupakan ucapan pertama yang saya terima hari itu. Ada juga yang mengingati hari lahir saya rupa-rupanya. Senyum saya tidak berhenti makanya saya menangkap kata-kata ini di pendengaran,

“Cikgu, kenapa cikgu senyum-senyum baca mesej?”

Ah, budak-budak. Apa kamu tahu?


Matematik

Tiba-tiba datang seorang ‘my sayang’ ke meja guru. Namanya Fikri.

“Cikgu, bila birthday cikgu? Dah lepas ke belum?” soalan yang datang dari mulut comel itu begitu mendebarkan. Saya tertanya-tanya.

Dengan tenang saya menjawab, “hari ini,”

“tipu,” spontan dia mencelah.

“Eh, betul lah. Hari ini birthday cikgu,” kita cakap betul-betul, dikatanya kita tipu. Huh!

“Weh, hari ni birthday cikgu la..” khabarnya kepada kawan-kawan. Selepas itu saya lihat mereka membuat sedikit perbincangan yang tak dapat saya kesan agenda-agendanya. Kemudian, saya minta mereka duduk di tempat masing-masing dan saya pun memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Waktu sedang mengajar, saya menyedari perbincangan yang sedari tadi masih belum berkesudahan. Saya tegur mereka supaya senyap, fokus ketika saya mengajar dan jangan mengganggu orang lain.

“Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..”

(Surah An-Nahl: 125)

Tiba-tiba, Fikri bertanya,

“Cikgu, umur cikgu berapa?” eh, waktu sedang belajar pun boleh lagi tanya soalan yang tiada kaitan dengan topic yang dipelajari. Sebagai seorang guru yang sporting, saya menjawab dengan yakin,

“23”

Saya ajar mereka tajuk “Data Handling” hari itu. Memandangkan mereka kelas pertengahan, maka mereka tidaklah sesukar mana untuk memahami tajuk tersebut.


English

Saya masuk semula ke kelas 3 Jujur untuk matapelajaran English selepas mereka rehat waktu pagi. Jam 10 pagi saya sudah masuk ke kelas. Kebiasaannya, selepas waktu rehat sebegini masih ada lagi yang terkedek-kedek menuju ke kelas. Saya mengesan beberapa orang ‘my sayang’ belum masuk ke kelas. Tidak mengapa, saya tunggu sampai mereka datang.

Tunggu punya tunggu, tiba-tiba Aiman Zikri si ketua kelas masuk ke dalam kelas sambil berlari. kencang juga lariannya. Diikuti teman-teman baiknya yang lagi empat orang di belakang.

"Cikgu, nah. untuk cikgu," ucapnya sambil menghulurkan sebuah bungkusan kepada saya.

"Ni cikgu, lagi satu," yang di belakang menambah, cuma saya lupa siapa yang beri kerana saya sebetulnya terkejut, terharu, tak sangka.

Saya tersipu-sipu. Malu tak tahu nak ucap apa.

"Ni untuk apa? terima kasih tau," saya malu-malu keluarkan patah kata. Oh, malunya saya. Entah kenapa..

"Cikgu buka kat rumah tau," saya hanya mengangguk kemudiannya.


Rehat

Waktu rehat, saya mencari mereka di kantin. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan. Saya mencari-cari di kiri dan kanan, maka akhirnya saya jumpa mereka.

Belum sempat saya menyatakan hajat sebenar, Ammar mencelah,

"Ha, Syahmi. Cepatlah bagi," saya berkerut. Bagi apa?

Maka si Syahmi pun mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Belum sempat susuatu itu sampai ke tangan saya, sesuatu itu terjatuh atas meja. Syahmi beri kepada saya seutas gelang tangan. Seperti yang tertera di bawah. Nampak kecil pada mulanya, tapi berjaya juga saya pakai setelah dipaksa-paksa. Hingga sekarang, saya masih pakai gelang ini.


Sebetulnya

Maka, di rumah saya pun membuka hadiah itu. Saya sudah dapat mengagak isi kandungan pemberian istimewa tersebut. Sungguh, sungguh istimewa dalam hati saya.

Sebetulnya mereka lewat ke kelas English hari itu kerana menyiapkan bungkusan pemberian untuk saya. Walaupun tidak sekemas mana, tapi saya betul-betul menghargainya. Saya tahu, mereka kumpul duit ramai-ramai, pergi ke Kedai Buku, membeli hadiah untuk saya beserta pembalutnya sekali. Entah, saya memang terharu.huuuu~

Sebetulnya, pada hari itu mereka ada subjek Pendidikan Seni. Mereka perlu menghasilkan seutas gelang tangan yang diperbuat daripada manik dan tali tangsi. Maka hasil seni yang dihasilkan oleh Syahmi diberikan kepada saya. Sungguh, sungguh istimewa dalam hati saya.

Kata saya,

Saya tak kisah jenis apa pemberian itu, tetapi yang saya kisahkan adalah siapa si pemberi itu. Pemberian dari pemberi yg istimewa sangat2 membuatkan saya tersenyum sepanjang masa.

Saya tak perlukan sesuatu dari orang yang istimewa. Sedikit ucapan dan doa sudah betul2 istimewa. Sebab itu saya tak kisah kalau abang saya tak pernah bagi hadiah kat saya. Sebab setiap tahun, dia akan wish dan kadang2 dia akan nyanyi untuk saya..Kerana itu, dia sungguh istimewa untuk saya.. sorry merepek sikit


p/s : tahniah kepada yang berkenaan. semoga kejayaan sentiasa mengiringi. aminn..

Thursday, October 13, 2011

Teka-Teki


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang
Intro

Kenapa budak-budak suka teki-teki? Waktu saya budak-budak, saya pun suka dengan teki-teki ni. Pantang orang bertanyakan teka-teki, pasti saya akan cuba memerah otak mencari jawapan. Tapi sekarang? Macam tidak je.. Lagi-lagi kalau soalan itu diajukan oleh budak kecil. Lagi malas saya nak jawab..Huhu..

Teka-teki anak murid

My sayang-sayang selalu sahaja ajukan teka-teki untuk saya. Tapi macam biasalah, bila saya tahu, saya akan jawab dengan sungguh-sungguh. Apabila saya tidak tahu, macam-macam alasan saya reka.



My sayang 1 : Cikgu, saya ada teka-teki. Cikgu jawab eh? Banyak-banyak air. air ape yang paling mahal?
Saya : Air terjun ( jawab dengan penuh yakin).
My sayang 1 : Salah (dengan yakin juga)
Dalam hati : Eh, memanglah salah, air terjun air paling berani.. aduhh.. apa jawapan ni?
Saya : Air zam-zam
My sayang 1 : salah jugak.
Saya : eh, betul la. Ape tak betul nye. Air zam-zam kan sampai bila-bila tak kering. mahal la tu!
My sayang 1 : salah la cikgu. cikgu give up?
My sayang 2 : eh, cikgu tau ke give up tu ape? (dengan nada berbisik)
Dalam Hati : Eleh, macam aku tak dengar dia cakap ape..
My sayang 1 : mestila cikgu tahu. cikgu kan cikgu.
Saya : entahlah tak tahu. apa jawapannya?
My sayang 1 : idea la cikgu!
Saya : eh, yeke? (sambil buat muka tak puas hati)


Teka-teki Radio

Lately, saya selalu buka radio IKIM.fm masa on the way pergi sekolah. Kalau segmen Warna Pagi di IKIM.fm akan ada slot teka-teki. One day, saya dengar teka-teki ni.

"Dalam kamus dewan, perkataan apa yang dieja salah?"

Penat jugak saya fikir, apalah jawapannya ya? Takkanlah DBP akan keluarkan perkataan yang salah ejaannya. Bila dia bagitahu jawapannya, perghh.. menyampah kot.. The answer is

SALAH

Teka-teki my friend

Seorang kawan saya bertanyakan teka-teki ini.

"Kenapa manusia lahir sebagai baby dia tak terus berjalan? Kalau haiwan, haiwan akan terus berjalan kan?"

Penat gak fikir. Tapi teka-teki camni bagus jugaklah.. sebab dia akn menguji kita untuk berfikir lebih. Berfikir akan kebesaran ALLAH, keagungan ALLAH. Kalau saya, saya akan terfikir tentang semua tu sebelum jumpa dengan jawapan. Akhirnya, dia pun beritahu jawapan..

"Sebabnya kepala manusia lebih besar dari anggota badan yang lain. So, dia tak balance la if kecil-kecil lagi dan berjalan. Plus, kepala manusia kat atas sekali. Berbanding dengan haiwan yang kepalanya satu aras dengan kaki,"

panjang lebar kot jawapan. Got it my dear?

Teka-teki saya

Teka-teki saya ringkas je. Tapi jawapan payah kot.

"Banyak-banyak manusia kat dunia ni, kenapa awak sorang je yang saya suka?"

jawapan : euwwww....

Akhir

Saya terjumpa video lama. This video is so cute! Waktu saya muda-muda dahulu, saya mengajar mengaji kat rumah orang-orang kaya sekitar Mutiara Bangi. Tergelak saya sorang-sorang tengok video ini..







“Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa-apa yang tidak diketahuinya.”

(al-alaq : 1-5)

Wallahua'lam
Moga bermanfaat

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin