Tuesday, December 22, 2009

Prinsip Cinta??

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.


Prinsip saya tentang cinta :

Saya tidak mahu terlibat dengan cinta mana-mana manusia sehingga saya bertemu dengan cinta Hakiki, Cinta Kepada ALLAH melainkan saya benar2 percaya mana-mana manusia tersebut boleh membawa saya berada lebih dekat dengan ALLAH. Saya tahu amat sukar untuk saya merealisasikan semua ini kerana saya memerlukan mujahadah yang tinggi. Semoga ALLAH mendengar kata hati saya kerana saya yakin dan percaya ALLAH tahu saya sedang mengejar cintaNya. Dan saya juga yakin dan percaya ALLAH amat menyayangi saya dan tak akan biarkan saya terkapai-kapai keseorangan jika saya benar-benar ingin merebut cintaNya.

Saya bersyukur kerana tidak terlibat dengan masalah hati kerana bagi saya ALLAH telah beri ujian yang lebih hebat untuk saya buat masa ini. Mungkin benar kata-kata kawan saya, saya patut rasa beruntung kerana tidak diuji dengan masalah sebegini kerana saya sendiri takut melihat keadaan kawan2 saya. Diuji dengan pelbagai ujian yang saya rasakan berat. Kita berusaha untuk menjaga tapi di pihak lain pula sebaliknya. Saya pun takut untuk bercerita tentang muslimin yang belum pun sah menjadi hak milik kita. Kerana bagi saya, tiada siapa pun dalam dunia ini milik kita. Mungkin, suami kita adalah suami kita tapi dia bukan milik kita. Dia milik ALLAH, ALLAH lebih berhak untuk melakukan apa sahaja keatasnya. Bercerita tentang sesuatu yang belum pasti, semoga saya dijauhkan segalanya.

Bertuahnya saya kerna tidak mengalaminya kerana saya dapat menyaksikannya sebelum saya mengalaminya. Apabila saya menyaksikannya, saya dapat menilai mana yang baik, mana yang buruk. Dan apabila tiba masa itu, saya akan berusaha untuk menjadi orang yang menyimpan rahsia peribadi, orang yang tidak bercerita tentang sesuatu yang belum pasti, orang yang teguh pendirian apabila diuji kerana saya telah menyaksikan sebelum mengalami. Bertuahnya kerana saya lambat diuji. Lambat bererti saya sepatutnya matang apabila tiba ujian saya.

Mungkin saya belum berjumpa dengan apa yang dikatakan cinta. Kerana itu saya tidak punya apa-apa keyakinan. Saya tahu urusan yakin ataupun tidak ditentukan dengan keberadaan kita dengan ALLAH, semakin dekat kita dengan ALLAH semakin yakin kita akan sesuatu. Saya faham. Cuma biarlah untuk ketika ini. Saya tak bersedia untuk berbicara tentang keyakinan terhadap sesuatu yang saya sendiri pun tidak enak untuk berbicara soalnya. Sekarang bukan masanya untuk saya fikir soal itu. Banyak perkara lain yang perlu saya fikirkan. Saya yakin setiap apa yang kita ucapkan akan diuji ALLAH. Semoga saya tidak diberi ujian yang tidak mampu saya tanggung.

Untuk apa saya menulis semua ini? Bukan untuk dicanang kepada semua orang. Apa yang penting, ianya sebagai peringatan kepada diri saya sendiri. Puas sudah saya merungkai definisi cinta tapi akhirnya saya benar-benar percaya bahawa inilah sebenarnya definisi cinta bagi saya. Prinsip saya adalah prinsip saya. Andai ada manfaatnya untuk sahabat2, silakan. Andai kata-kata saya langsung tiada guna, hindarinya. Sekian.


Monday, December 14, 2009

Cuba perhati..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.



Perhatikan 1:35 - 1:52. Apa yang dapat anda perhatikan?


Tuesday, November 10, 2009

Semester yang berlalu..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Segala pujian hanyalah kepada ALLAH yang selayaknya..

Alhamdulillah, peperiksaan akhir semakin jauh meninggalkan pergi. Hanya pergantungan ini kepada ALLAH sahaja tanda tawakal kepadanya setelah berusaha sebaik yang mungkin. Hari ini adalah kertas terakhir bagiku. Menurut kosmet ku, semester inilah yang banyak menggugat kelapangan masa kami. Semester inilah yang memerlukan banyak tumpuan. Rasa terbeban dengan tugasan yang ada. Aku jua begitu, tapi sedih pula hendak meninggalkan semester yang penuh kesibukan ini.

Semakin hari, aku semakin belajar erti kematangan diri. Memikul amanah yang berat dirasakan mengajarku makna pengorbanan. Amanah sebagai hamba ALLAH, amanah sebagai seorang anak, amanah sebagai pelajar dan amanah sebagai khalifah di bumi Tuhan. Beberapa taklifan juga akan dilepaskan dan begitu aku memikirkan sekerat manalah sumbanganku. Memegang amanah dalam Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) bukanlah satu bebanan, bukan jua satu impian. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada rakan seperjuangan.


Kepada YDP, maaf jika tak menjadi pembantu yang terbaik, tentu sahaja YDP selalu menahan rasa dek kerana Align Centersikapku yang satu ini.

Kepada TYDP, mungkin sudah banyak menahan sabar akan kerenah diri ini yang banyak beralasan. Aku tahu kadang kala diri ini mengguris hatimu tapi dek kerana ego aku membiarkan segalanya berlalu pergi.

Untuk sahabat2 MT yang lain, maaf andai diri ini pernah mengasari, selalu menyakiti, seringkali menuntun rasa tidak senang di hati. Hanya ungkapan maaf yang bisa diucapkan.

Kepada adik2 exco yang lain, akak yakin dan percaya akan kredibiliti kalian dalam menguruskan organisasi kesayangan kita semua ini.

Dan yang teristimewa, untuk partner ku :

Terima kasih kerana banyak membantu. tatkala diri ini mengisytiharkan kesibukan diri, kau membantu mempersiapkan segalanya. tanpa membantah, tanpa mengeluh. dan terima kasih kerana sungguh aku menyenangimu. Dirimu partner pertamaku yang tidak tahu istilah perli dalam hidup. sungguh, aku tidak bisa bekerja dengan insan yang kuat memerli. maaf, maaf andai diri ini terlalu banyak mengarah. maaf kerana terlalu banyak membebanimu. Jujur aku cemburu bila ade yg lebih rapat denganmu, bila ade yang mengaku dia kakakmu. sedih kerana tidak dapat menjadi partner dan seorang kakak yang baik..

InsyaALLAH hari ini adalah hari terakhir aku berada di bumi UKM sebelum menuju ke destinasi kampung halaman. Kepada sahabat2, entah bila agaknya akan ku pijak bumi UKM ini lagi memandangkan masih banyak lagi amanah yang belum terlaksana sepenuhnya. Maaf kerana tidak dapat turut serta dalam beberapa program yang dirancang. Kita hanya merancang, ALLAH juga merancang tapi perancangan ALLAH itu yang terbaik. InsyaALLAH, terbaik!! Semoga aku terus kuat. Sahabat2, doakan yang terbaik ye.






~Aku dan mereka berdua~

Sunday, October 25, 2009

Nota buat Hati

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Sejak dua menjak ni, aku selalu sangat diuji. Agak2 diuji dengan apa? Diuji dengan ujianla. Ape lagi? Lagi2 final exam yg dah nak dekat ni. ade 7 ujian semuanya. Ujian, exam, samelatu. (muqaddimah yang mengarut.. lagi)

Selama ni bila diuji, aku akan buat2 cool je. (yeke?). Maksudnya mungkin menangis dgn cool, mengendahkan masalah tersebut dengan gaya yang cool dan menyelesaikan masalah tersebut dengan cool. tapi, kali ini bila dtg je masalah, seolah2 ade something lain yang happened. Maksud?? mesti xpaham kan? Xpe. abaikan je...

Macam tak sopan pulak kalo abaikan je. Mari, meh sini aku bercerita. Maksudnye bila dtg masalah itu, aku akn buat2 cool dgn tidak memikirkannya. Tapi, tup2... bila xfikir tu semua ade je yang ngadu masalah kat aku. Ngadu masalah yang sedang mereka hadapi but at the same time, aku pn hadapi benda yang sama. Lagi kronik.

Contohnya, si A ngadu si polan itu yang 'berfikrah islamiah' sedang bercouple. But at the same time, aku mengalami masalah yang sama. Uppsss... bukan i yang bercouple tu. Maksudnya mengalami masalah berhadapan dengan golongan couple yg phm islam, berada dlm bidang islam sedangkan golongan itu adalah insan yang berada paling hampir dengan aku. Mana peranan aku sebagai seorang **** (malu nak sebut) ???? konflik diri berlaku.

Contoh kedua, si B mengadu menghadapi masalah dalam study. Kadang2 xde semangat nak study sbb banyak buat benda yang x sepatutnya dibuat. kadang2 masalah pengurusan diri yang lemah menjadi punca masalah. Padahal aku pun sama. lagi dahsyat adelah. Tapi, aku telah bertindak cool lagi profesional. konflik diri semakin memuncak

Contoh ketiga, masalah sesama manusia. Aku pun ade juga masalah sesama manusia ni. yang ringan2 ade, yang berat2 pun ade. Kadang2 rasa xlayak diri digelar daie sebabkan sahsiah diri yang teruk sebegini. Rasa nak lari dr kenyataan. Tak sanggup nak pakai topeng hipokrasi. Aduhaiii...

Contoh keempat ni xpayah cakap lah. sebab memang takde mood nak cakap pasal hal ini. Bila ade orang ngadu kat aku, aku jadi serba salah. Aku tak suka nak dengar sebab kononnya tak nak fikir sebab aku pun alami benda yang sama. Konflik diri semakin kronik.


Tiba2 aku teringat kat kata2 seorang sahabat ni. Sahabat seorang ni memang suka bermadah dan aku sukakan madahannya yang berkias indah itu.

NOTA buat da'ei. Apabila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia.


Agak2 nya apa reaksi aku bila ade yang ngadu kat aku masalah yang serupa tapi masalah aku lagi teruk? Aku senyum je??salah2. Aku buat2 cool. Siap bagi nasihat balik kat diorg. Cool kan? profesional sungguh. Tapi, aku pun buat benda yang sama, alami masalah yang sama, nasihatkan mereka tapi aku tak buat pun apa yang aku cakap tu..

" Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
(Surah As-Shaff :2-3)

Ya ALLAH, ampunkan hambaMu ini. berikanlah aku ruang masa untuk memperbaiki diri ini sebelum Kau menjemput aku menemuiMu. Bukakanlah pintu hatiku ini untuk memohon taubat dariMu dalam sisa masa hidupku yang ada ini. Ya ALLAH, kau ampunilah segala dosa-dosaku dan terimalah taubatku. Pimpinlah aku menuju destinasiMu yang abadi.

p/s : tasha, akk suka bahasa awk. So, sbg tanda penghargaan akk letak kt sini. Bleh x?

Wallahua'lam
Moga bermanfaat


Saturday, October 24, 2009

Pakaian Diri

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah S.W.T

Semenjak dua menjak ni, susah sangat nk cari ayat intro. Bila intro payah nak cari, mula la malas nak meneruskan ayat. Tapi, kugagahkan jua jari ini menekan papan kekunci..

Semalam, saya bermalam di rumah seorang sahabat. Best jugak kalau duduk rumah rupenye ye. Tak sure la sem depan nak berteduh di mana. Huhuhu... Time nak tido semalam, tibe2 fikiran melayang jauh. Dan ttbe jugak rasa sedih sebab dah nak habis pengajian kat sini. Tinggal baki setahun setengah je lagi. Semester depan pulak,akan menjalani latihan industri selama satu smester. maka, akan jaranglah berada di bumi UKM tercinta ini. Banyak tanggungjawab yang perlu dibereskan tahun hadapan. Moga-moga ALLAH permudahkan segalanya..

Teringat pulak kat seorang kawan ni yang asyik memberikan kritikan hebat tentang penampilan diri ini. Tudung macam tu la, baju macam baju rayalah, itulah dan inilah. Sebenarnya jauh di sudut hati, saya tak ambil pusing pun tentang itu semua. Saya anggap itu semua gurauan semata2 kerana bagi saya setiap dari mereka yang bergelar kawan saya mempunyai keunikan masing2 dan saya sangat menghargai setiap keunikan kawan2 saya.

Dahulu kala, pernah saya terdengar sahabat saya bercerita tentang dirinya yang diperli kawan baik sendiri. Dialog tersebut lebih kurang begini bunyinya, "tudung kau ni dah macam selimut aku tengok". Dan tanpa disangka2 saya pernah menerima dialog yang hampir sama. Apa nak buat. Senyum sahaja yang dapat diberikan..

Saya terkesan dengan kata-kata itu sebenarnya. Saya lihat kembali foto2 saya ( dengan tujuan ingin membuat penilaian sendiri ). Entahlah, lain manusia lain persepsi. Itu sahaja yang boleh saya perkatakan. Full stop.

Tapi sebenarnya setiap dari kata2 kawan saya tu memberikan saya ruang untuk membuka mata seluas-luasnya. Apa yang ada pada luaran jika dalaman compang camping dengan dosa selautan? saya berfikir lagi. Apalah ada pada harapan jika diri sendiri tak tahu tujuan...

Bagi saya, penampilan diri dan peribadi perlu membangun seiringin. Jika aurat diri sempurna dijaga, sahsiah diri perlu dipelihara. Mulakan langkah permulaan untuk berubah kepada yang lebih baik. Jaga aurat dengan sempurna. Dalam masa yang sama akhlak diri diperbaiki. Berubahlah sedikit demi sedikit, akhirnya penghasilan yang istiqamah. Itu lebih baik.

Itu bagi perempuan, kalau lelaki pula bagaimana? Saya pernah berkata kepada abang saya. Kalau nak tahu fikrah seseorang lelaki itu, tengoklah pada pakaiannya. Abang saya mengerutkan dahi, tanda tak faham dengan apa yang saya perkatakan. Atau lebih tepat sekali tak setuju. Kategori pakaian yang saya maksudkan ini sudah tentu bukannya jubah ataupun baju kemeja. Saya maksudkan di sini kemeja-T. Benar2 maksudkannya. Kalaulah seseorang lelaki itu waras fikirannya, tak mungkin dia akan membeli kemeja-T yang mempunyai lukisan atau tulisan yang bukan2.

Saya pernah tengok rancangan televisyen remaja. Isu yang dikupasnya adalah design kemeja-T. Dan hasil kupasannya mempersetujui bahawa design di kemeja-T melambangkan apa yang sedang berada di fikiran si pemakainya. Tahu apa main point untuk artikel ini? Mari saya beritahu..

Semalam saya pergi ke Hentian Kajang berhajat untuk membeli tiket balik kampung. Ketika mahu memperkir motosikal, saya melihat seorang remaja lelaki berpakaian hitam sedang berdiri, lagaknya seperti menunggu seseorang. Dengan muka tak tahu malu, saya memparkir moto betul2 di sebelahnya. Saya meneruskan langkah ke kaunter tiket yang tidak mendatangkan apa2 hasil. Nampaknya saya tidak berpeluang balik ke rumah minggu ini. Redha jela. Pulang ke motosikal merah saya, eh motosikal merah abang saya, manusia tadi masih tegak berdiri di situ. Saya sempat menjeling nombor plat motosikalnya. bermula dengan huruf J, orang selatan tanah air mungkin. Saya tersenyum. Sekali lagi saya menjeling ke arah tuan punya badan ( baca : jaga mata ye ), saya hanya nampak tulisan di belakang bajunya.

49 : 10

Sedaya upaya saya cuba mangingati nombor tersebut dengan berulang2 kali menyebutnya ketika di atas motor. Sudahnya, saya berangan di atas moto membelah terikan matahari petang itu menuju ke UKM. Dan hari ini, saya kembali mengingati nombor itu. Saya selak helaian kitab suci al-quran. Seakan familiar nombor tersebut. Dan nah... akhirnya jumpa...

"Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. "

(Surah al-Hujurat :10)
Agak2nya apa yang saya nak sampaikan? Simple je. Saya memang tak suka menilai orang dari luaran. Bak kata pepatah Inggeris, Don't judge a book by its cover.Bagi saya, biarlah orang tu nampak sempoi dari luarannya asalkan hati dan imannya dalam redha ALLAH. Jangan pula nilaian manusia padanya cukup tinggi tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa lautan di dunia ini tak dapat menandingi dosanya. Na'uzubillah.. Yang penting nilaian ALLAH, bukan nilaian manusia yang penuh tipu daya.

Tapi, sebagai seorang dai'e kita adalah duta kepada Islam itu sendiri. Jadi, peliharalah penampilan kita sebaiknya. Semoga penampilan kita yang bersih itu sebersih iman di dalam hati.

Apa yang kita pakai, melambangkan diri kita. Kitalah duta ISLAM


Wallahua'lam

Moga bermanfaat

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin