Thursday, June 17, 2010

Kalam Hati Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

“Ana minta maaf kalau selama ini ada tingkah laku ana yang menimbulkan spekulasi dan perspektif yang berbeza-beza dari pelbagai pihak. Oleh itu ingin ana kongsikan apa yang sebenar-benarnya lahir dari hati ana,”


Perlukah penerangan yang panjang lebar diperuntukkan untuk soalan ini? Ah, jawapannya bagaikan artis menjawab gossip yang diajukan wartawan hiburan pula. Mahu atau tidak untuk dia meneruskan? Rasa malu menerjah tiba-tiba, muka kudusnya bertukar rona merah.


Dia mula menjamah satu persatu wajah sahabat-sahabat di sekeliling. Mereka membentuk bulatan, lebih mudah untuk berkomunikasi dengan gaya duduk sebegini. Sebelah kanannya sahabat-sahabat muslimat manakala sebelah kiri sahabat-sahabat muslimin. Majoriti mereka memberi tumpuan penuh, mahu mendengar ayat seterusnya. Benarkah?


Tiba-tiba dia terpandang sahabat muslimat yang berkedudukan betul-betul bertentangan dengannya. Kepala itu menundukkan sedikit, menyembunyikan raut wajahnya. Ya, masih segar lagi dalam ingatannya peristiwa beberapa semester lepas.


“Sumaiyah, kenapa dengan Zulaikha? Ana tengok macam tak sihat je,” ujarnya ketika melewati pintu bilik mesyuarat. Dia gusar benar untuk menegur gadis bertudung biru laut itu. Mungkin Zulaikha tidak mahu diganggu, lantaran itu dia lebih senang bertanyakan Sumaiyah. Dia risau amat andai Zulaikha terbeban dengan kerja-kerja persatuan yang sejak kebelakangan ini semakin menimbun. Tambahan pula, Zulaikha merupakan partnernya. Dia merasakan yang dia perlu mengambil berat akan kebajikan sahabat-sahabatnya.


Sumaiyah mengerutkan dahi demi seribu pertanyaan. Salahkah andai dia mengajukan soalan begitu, atas dasar ingin mengambil berat akan keadaan sahabat? Dia masih lagi menanti jawapan Sumaiyah. Detak hati Sumaiyah sudah tidak bertempo lagi. Pada pemikiran Sumaiyah, soalan itu tidak layak diajukan.


“Dia tak sihat, pening kepala,” lantas Sumaiyah berlalu pergi, begitu juga dengannya. Dia menuju ke kafe dan pulang kembali dengan sebotol air mineral. Sekali lagi dia bertemu dengan Sumaiyah di muka pintu bilik mesyuarat. Sumaiyah berkira-kira untuk keluar tetapi tidak jadi kerana hanya ada Zulaikha di dalam bilik tersebut. Andai Sumaiyah keluar juga, tentu hanya tinggal Zulaikha bersama lelaki ajnabi itu.


“Zulaikha, ni ana belikan panadol,” dia meletakkan dua biji panadol dan sebotol air mineral di atas meja kemudian berlalu pergi. Sebelum keluar, dia sempat menangkap jelingan tajam dari Sumaiyah khas untuk dirinya. Dia bingung, salahkah tindakannya?


“Cepatlah ustaz, kami mahu tahu,” suara Zubaidah mematikan lamunan pendeknya. Ah, adik tahun satu ini benar-benar mahu tahu lagaknya. Dia menganggap Zubaidah ibarat adiknya sendiri walaupun pada awalnya dia sebenarnya kekok untuk bergurau senda begitu.


“untuk pengetahuan semua, ana...


bersambung..





Wednesday, June 9, 2010

Satu Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.



Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia


. ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin