Wednesday, September 15, 2010

Raya Ke-6 dan Puasa Enam

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, sudah 6 hari kita meraikan Syawal. Rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua yang mengenali diri ini. Agak-agaknya kenapa terlalu lambat saya mengucapkan ucapan ini? Yelah, kalau di Johor, hari raya adalah 30 hari full. huhu.. So, tak kisahlah nak ucap bila pun kan? :P

Puasa enam

Di kesempatan ini juga saya ingin menyeru diri saya dan rakan2 sekalian, selamat berpuasa enam. Kira-kira formula matematiknya, begini :

30 hari + 6 hari = 1 tahun

Faham tak? Agak-agaknya nak kena huraikan lebih lanjut ke? Ok begini..

"Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya"

sumber boleh dirujuk di sini

Oh, ye.. Ada jugak yang terkeliru dengan puasa enam ini. Mungkin, boleh baca huraian sikit di sini dan di sini. Ok, kita dah tahu kelebihannya, jadi apa kata kita mulakan langkah pertama. Syabas bagi yang dah mulakan. Saya pula sedang merangka perancangan, memilih tarikh-tarikh sesuai untuk berpuasa di bulan Syawal.

Apa yang boleh saya katakan tentang Ramadhan dan Syawal tahun ini? Mungkin banyak perkara yang mendukacitakan, tak kurang pula yang menggembirakan. Tapi, saya fikir, adalah lebih baik saya berkongsi kisah gembira sahaja. Perkara yang menarik tentang Ramadhan tahun ini adalah apabila berpuasa di bumi Johor. Buka puasa ramai2.. Rasa lain sangat bila bersahur dan berbuka bersama keluarga. Keluarga saya lain sikit sebab kami susah untuk makan bersama-sama. Kadang-kadang kami menunggu turn untuk makan di meja makan. Yang bestnye sahur kat rumah adalah makan nasi. best!!

Maaf, maaf dan maaf

Oh, mungkin Syawal tahun ini tidak semeriah tahun2 sebelum. Maaf andai ada rumah-rumah yang tidak saya kunjungi.. Saya pun tak faham kenapa. Di kesempatan ini saya ingin meminta maaf kepada semua yang mengenali diri saya. Saya bukanlah anak yang baik, adik yang baik, anak sedara yang baik, sepupu yang baik, kawan yang baik. Saya cuna untuk menjadi yang terbaik tetapi saya selalu kalah. Maafkan saya atas kata-kata yang tidak dijaga, rajuk yang lama, marah yang tak semena dan tingkah laku yang menjengkelkan hati. kadang2 tidak tersengaja kadang2 memang disengajakan kadang2 disalahertikan. huhu.. Minta maaf ye semua..

Mati itu pasti

Saya paling banyak dengar berita-berita kematian sejak sebelum puasa, ketika bulan puasa dan semasa raya. Banyak berita yang mengejutkan. Ya, kita pun akan mengikut jejak langkah mereka tapi masanya tidak tahu bila. Antara yang menjadi berita terhangat dari rumah ke rumah sewaktu raya adalah berita kematian jutawan kosmetik, Sosilawati dan kawan-kawannya. Sumber di sini ataupun boleh google sendiri. Kes pembunuhan berprofil tinggi selepas kes pembunuhan Altantuya. oh, Malaysiaku yang satu. Ataupun Oh 1Malaysiaku.. Jadi, marilah kita bersama-sama membuat persiapan menempuh perkara yang pasti ini daripada memikirkan sesuatu yang belum pasti.. Sungguh saya takut detik itu..

Seniwistic

Apabila bercerita tentang raya, seseuatu yang akan saya nantikan adalah iklan raya yang menarik minat saya. untuk tahun ini, tahniah kepada petronas kerana berjaya mencuri hati saya.



dialog paling best : tulah kau. Kenapa kau pilih orang jauh. dekat kan senang

Oh, ye.. Ini untuk tatapan semua. Tahun ini tiada kad raya yang diposkan kepada saya mahupun diposkan oleh saya. maka, terimalah ucapan saya ini dengan hati terbuka. Oh, seniwistic tu ape? itu bahasa kawan saya, Sarah. katanya untuk bahasa = linguistik, maka seni = seniwistic. Hebat bukan ?



p/s : masih terngiang-ngiang lagi dialog tu. "tulah kau. Kenapa kau pilih orang jauh. dekat kan senang". haha..



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin