Friday, January 8, 2010

Lagu Rasmi Pro M Nasional

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Sangat semangat mendengar lagu rasmi Pro M semalam ketika berada di Himpunan Mahasiswa bertempat di parkir motosikal FPI semalam . Sungguh menusuk kalbu.



Bangkitlah pejuang bangkitlah
rapatkan barisan rappatkan
meneruskan langkah perjuangan
suara dan harapan mahasiswa

Kobarkan dirimu kobarkan
Kentalkan jiwamu kentalkan
Takkan pernah usai pertarungan
hingga tertegak kebenaran

Henyahkan rasa takut dan gentar
Robohkan segala kebatilan
Perjuangan harapan bersama
Untukmu varsiti tercinta


Friday, January 1, 2010

Nostalgia lama : Imam Shahrul dan Imam Saiful

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.


Semalam saya tidak dapat tidur. hanya apabila jarum jam menunjukkan hampir pukul 6, barulah mata ini dapat dipejamkan. Terdengar azan subuh yang mendayu-dayu dalam keadaan mata yang hampir tidak boleh dibuka. Ternyata subuh saya dalam keadaan yang amat mengantuk. Puas saya paksa diri untuk tidur malam tadi, pelbagai posisi tidur ditukar ganti namun tidak dapat melelapkan mata. Demam yang hampir kebah, namun kepala masih lagi berat. Hanya bisa terbaring dan tidak mampu untuk duduk dalam jangka masa yang lama.

Sepanjang menunggu mata yang tidak dapat terlelap, pelbagai perkara menerjah masuk ke minda. Dan yang menarik perhatian, dua nama ini sentiasa berlegar-legar di fikiran. IMAM SHAHRUL dan IMAM SAIFUL. Siapakah mereka berdua ini? Biar saya ceritakan.

Sedari kecil saya dekat dengan masjid. Rumah saya berdekatan dengan masjid atau lebih tepat lagi di dalam kawasan masjid. Arwah ayah saya bekerja sebagai bilal masjid di Masjid Dato' Bendara Luar Batu Pahat. Tempat yang tidak mungkin saya lupakan. Andai ditanya, di manakah tempat yang paling best untuk didiami, saya akan jawab di rumah saya itulah.

Masjid Dato' Bentara Luar, Batu Pahat

Pernah satu ketika, pada tahun 1997 jika tidak silap, saya berpindah jauh sedikit kira-kira 150 meter dari kawasan masjid. Ini kerana rumah yang saya diami itu terpaksa dirobohkan dan diganti dengan kuarters baru. Hampir tiga tahun menunggu rumah baru untuk siap. Apabila saya berpindah ke kampung, rumah saya dekat dengan masjid juga. Ketika belajar di matrikulasi, saya ditempatkan di blok yang paling hampir dengan masjid. Di UKM juga, pada tahun pertama saya ditempatkan di Kolej D, kolej yang hampir dengan masjid UKM. Hanya apabila melangkah ke tahun dua dan tiga, saya sudah mula jauh dengan masjid. Entah kenapa..

Zaman kecil saya, saya berjiran dengan anak-anak imam, bilal dan noja. Saya paling rapat dengan anak pak Imam Saip. Anak Imam Saip ada 6 orang. seorang perempuan dan selebihnya lelaki. Saya suka berkawan dengan akak (anak perempuan Imam Saip) tapi disebabkan akak lebih tua beberapa tahun dari saya, saya lebih banyak bergaul dan bermain dengan adik-adik lelakinya yang hampir sebaya. Juga anak-anak Pak Thomin ( noja ) yang kesemuanya ada 6 orang, 3 lelaki dan 3 perempuan. Saya juga agaknya lebih rapat dengan anak kembar lelaki Pak Thomin. Saya tidak berapa ingat kenangan semasa kecil tetapi apabila menelek kembali foto lama, banyak gambar-gambar saya dengan mereka. Hanya saya seorang saja budak perempuan dan selebihnya abang bersama jiran-jiran lelaki saya dalam foto-foto tersebut. Tidak sangka, saya punya ramai kawan lelaki sewaktu kecil.

Saya ingin berterima kasih kepada Facebook kerana telah menemukan saya kepada jiran-jiran lama saya ini. Saya suka kenangan zaman kecil dulu. Saya mula menjadi kurang rapat dengan mereka apabila masing-masing berpindah untuk memberi laluan membangunkan kuarters baru. Jiran-jiran lain berpindah dalam kawasan masjid itu juga tetapi saya berpindah agak jauh sedikit, kira2 150 meter dari kawasan itu. Di sini, saya bertemu jiran baru. Tidak silap saya jiran saya seorang guru, namanya cikgu Nafisah. Dia mempunyai 3 orang anak lelaki. Seingat saya nama anak sulungnya Nabil Zaki. dan yang bongsu Qayyum. Cuma anak kedua langsung saya lupa namanya. Yang saya ingat dia seorang yang pendiam dan pemalu. full stop.

Apabila saya berpindah semula ke kawasan masjid, saya bertemu dengan jiran-jiran baru. Di sinilah saya mengenali Imam Saiful dan Imam Shahrul. Apabila teringatkan imam berdua ini, saya mula menyingkap memori bersama jiran2 saya sejak kecil. Imam Saiful, hensem wajahnya, muda dan bersusuk tubuh tinggi. Kusangkakan bujang tetapi telah pun berkahwin. jujur saya mengagumi kecantikan isterinya, kak Amaliah. Cantik sangat. Kak Lia merupakan cikgu sekolah agama. Dan ketika saya di tingkatan 2, pasangan itu telah mempunyai 2 orang anak lelaki. Imam Saiful kemudiannya ditukarkan ke masjid lain dan diganti dengan Imam Shahrul. Saya terlupa langsung nama penuh Imam Shahrul sedangkan dahulu saya selalu skodeng kereta Gen2 nya. Dalam keretanya, ada kad kerja yang digantung terpampang wajah, nama dan i/c nya. Ketika itu saya hafal nama penuh dan i/c nya. Sekarang sudah tentu saya lupa. Imam Shahrul ni agak hensem orangnya, yelah kan orang muka suci ni sejuk je mata memandang. Ramah pulak tu, bila kami berselisih mesti dia senyum ke arah saya. malu saya dibuatnya. Hahaha. Dan jangan terkejut, imam shahrul pun sudah bernikah. Isterinya juga sangat cantik. Kak huda namanya, cantik dan peramah. Serius. Kak Huda pun cikgu sekolah agama juga. Ketika saya di tingkatan 5, anaknya baru seorang. baby girl, ain namanya. sangat cute. serius.

Dan seorang imam yang sangat-sangat-sangat saya kagumi. Imam Musa bin Muda al-hafiz. Jangan terkejut saya ingat nama penuhnya. Huhu.
Imam Musa tidaklah terlalu muda seperti Imam Shahrul mahupun Imam Saiful. Imam Musa ni Imam daerah. Setiap daerah di Johor akan ada seorang Imam hafiz. Ketika itu, Imam Musa menjadi imam daerah batu pahat sebelum diganti dengan adiknya Imam Nazri. Saya sangat2 kagum dengan imam Musa. Dan ada satu perkara yang menyebabkan saya kagum dengan dia. tapi, biarlah kekaguman itu menjadi rahsia.Haha. Yang paling saya ingat, kalo imam Musa jadi imam solat terawikh, dia akan baca surah-surah ikut loghat yang banyak2 tu n dia akan terangkan kat para jemaah tentang asal loghat tersebut dan sebagainya. Sungguh, saya sangat kagum dengan dia. Dan isterinya kak aini, juga seorang guru sekolah agama. Abang saya sungguh suka dengan kak aini, katanya kak aini paling cantik kat situ. watever lah... Dan kenapa ye? Kenapa isteri-isteri pak imam ni semuanya cikgu sekolah agama. kalau camtu, nak jadi cikgu sekolah agama jugak lah. Nak jadi isteri imam muda. Boley???

Saya juga berjiran dengan kadi daerah. kadi daerah akan bertukar 4 tahun sekali kot. Entah berapa tahun sebetulnya, tapi yang pasti akan bertukar2 la. Antara banyak2 kadi, Kadi yang paling saya ingat ialah tuan kadi haji Abu Bakar Watak. Kalau kat Johor, femes sungguh tuan kadi ni. Sekarang dah tak jadi tuan kadi lagi. Dah naik pangkat, jadi pe ntah. Saya sangat baik dengan anak2 perempuan dia. Saya tidak tahu berapa ramai anaknya tapi yang pasti saya rapat dengan 2 orang anak perempuannya, asma' dan aisyah. Sedapkan nama diorang Asma' binti abu bakar dan aisyah binti abu bakar? suka2. serius. Saya berkawan dengan mereka ketika umur saya 5-6 tahun mungkin. Asma' dan Aisyah belajar mengaji dengan arwah ibu saya. Mereka berdua akan datang ke rumah saya. Saya suka sangat dengan mereka. cantik, baik hati pulak tu. Kalau mereka datang rumah, mesti bertudung dan baju mereka berdua mesti sama. cantik. Asma' setahun lebih tua dari saya dam aisyah mungkin 1/2 tahun lebih tua. Antara aisyah dan asma', saya lebih suka asma'. Saya tidak pasti kenapa saya lebih suka asma', tapi sungguh Asma' comel dan aisyah pulak cantik sangat. Asma' pernah menghadiahkan saya drawing book, dan dia tulis " Buku ni untuk ***a (nama panggilan saya), jangan bagi pada abang as (abang saya)". Cute kan? Kalau Aisyah jumpa saya, dia ingat lagi tak kat saya?

Kadi2 selepas itu tidak berapa saya kenal. Apa yang saya tahu, isteri 2 orang kadi selepas tu adalah cikgu sekolah menengah. dan kedua-duanya mengajar di High School Batu Pahat. Tuan kadi selepas itu tidak saya kenali kerana saya telah berpindah ke kampung.

Banyak lagi kisah-kisah jiran saya yang tidak saya sebutkan di sini. Saya sungguh suka berjiran dengan mereka.
Cuma saya benar-benar tidak suka berjiran dengan orang bujang. Kenapa? Saya ada alasan tersendiri. Huhu. Saya suka berjiran dengan mereka yang majoritinya bertudung labuh, berjiran dengan mereka yang tidak tinggal solat jemaah di masjid, berjiran dengan mereka yang punya raut wajah yang tenang dan menyejukkan mata. Sungguh saya suka. Persis Keluarga Sakinah, motto iklan yang selalu diwar2kan oleh Jabatan Agama Islam Johor. Suasana yang tidak dapat saya gambarkan. Sehinggakan pernah saya tetapkan dalam hati satu hari nanti, saya mesti mempunyai keluarga yang persis seperti ini. Saya sungguh suka melihat keluarga yang menjaga hak ALLAH, mempasakkan ALLAH sebagai tujuan hidup dan saya dapat lihat dari mereka-mereka ini. Saya juga yakin, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Saya nampak sendiri melalui pengalaman hidup saya yang baru setahun jagung ni. Dan saya sungguh percaya seorang suami itu sangat besar tanggungjawabnya dan seorang isteri sangat besar peranannya. Isteri yang baik akan menjadikan seorang suami bertambah soleh dan isteri yang kurang baik boleh menyebabkan suami menjadi kurang baik hanya kerana mulutnya, kerana sifat buruknya dan pelbagai lagi. Dan dari ibu dan ayah yang baik akan lahirlah anak2 yang solehah. Semoga diri ini menjadi hamba yang solehah dan secebis kebaikan yang dilakukan dihadiahkan untuk kedua-dua arwah ibu dan ayah. Semoga roh mereka tenang di sana.

Sungguh benarlah kalam ALLAH :

" Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh Karena Allah Telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan Karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. sebab itu Maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh Karena Allah Telah memelihara (mereka)..."

( An-nisaa' : 34 )


Sehingga bertemu lagi di lain masa.

gambo sape kawen ni. tahla. Tapi pak imam yang nikahkah pengantin tu la imam shahrul namanya. Saya jumpa gamba ni kat intenet. saya takde kaitan pn dgn gamba ni. tp npe imam pakai bj same kale ngan pengantin. kompius i mne stu pengantin

p/s : saya teringin untuk bercerita tentang sekolah agama di johor. kalau ade masa, saya ceritakan.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin