Showing posts with label sahabat. Show all posts
Showing posts with label sahabat. Show all posts

Tuesday, August 18, 2009

Anda Individu Sukar??

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu..

Pernah tak sahabat2 bertemu dengan seseorang yang susah? Susah nak faham dia, susah nak berinteraksi ngan dia, susah nak bagi dia faham keadaan diri kita. Susah nak bekerja dengannya. Kesimpulannya, segala2nya susah la. Pernah tak? Bukan diri sendiri je rasa dia tu susah, orang lain puin berduyun2 cakap benda yang sama. Pernah tak? Saya? Pernah tak ye saya? Kata saya, jangan mengharap untuk berjumpa dengan orang yang sukar.. Nanti last2 kita yang susah dibuatnya.

Malam tadi ketika sibuk mencari buku di kedai buku, terjumpa satu buku ni. Sahabat saya, M******* dengan tiba2 nya mencadangkan buku tu kat saya. Tajuknya, Menangani Individu Sukar. Buat apa nak bagi kat saya. Bukan ade individu sukar pun saya nk handle. Haha. Kata saya, jangan berlagak. Mungkin kita tak jumpa sekarang, mungkin akan datang, siapa tahu. Mungkin org terdekat dgn kita. Siapa tahu.Kata saya lagi, hati2.


Saya pun tak pernah lagi baca intipati buku tu ( sebab merasakan ianya bukan satu keperluan). tapi bila survey2 kat intenet, terjumpa plak ulasan buku ni. apa yang saya dpt, katanya..

Buku ini ditulis oleh saudara Nordin Jaafar yang merupakan artis utama kumpulan AlarmMe dan Raihan. Secara keseluruhan, buku ini menceritakan tentang bagaimana Nabi Musa a.s berhadapan dengan Bani Israel yang kita tahu merupakan bangsa yang sukar. Segala sejarah diulas supaya dapat kita praktikkan dalam kehidupan pada masa kini. Terdapat 12 teknik yang dikongsikan di dalam buku ini untuk menghadapi individu sukar. Teknik-teknik tersebut ialah:

1. Ikhlas
2. Jika tidak mampu melawan, sertai mereka
3. Hadapinya, bukan lari daripadanya
4. Berikan kesempatan untuk kebaikan
5. Targhib dan Tarhib
6. Ilmu dilengkapi sesuaikan ikut zaman
7. Sabarlah dan jangan marah
8. Mesti berani! Jika undur susunlah strategi
9. Perkataan lemah lembut
10. Bantuan dan alat bantu
11. Practice makes perfect
12. Penyerahan diri kepada Tuhan

Apabila dilihat kembali, buku ini bukan sahaja mengajar tentang bagaimana kita menghadapi individu sukar, tetapi juga mengajar untuk meneliti diri sendiri. Apabila meneliti diri, mungkin kita juga sebenarnyatergolong dalam individu-individu yang sukar.

Tujuan saya bukan untuk promote buku ni. tapi, sesiapa yang berminat. Silalah..
Cuma mungkin kita boleh muhasabah balik. Bila kita rasa seseorang tu sukar. Sahabat kita seorang yang sukar.. Cermin la balik diri kita. Mungkin sebenarnya kita yang sukar. Sukar untuk dihadapi. Mungkin kita yang banyak kerenah, kita yang banyak bunyi dari buat kerja, kita yang banyak buat hati orang lain terguris. Cermin diri kita. Bukankah kita adalah cerminan sahabat, dan sahabat mencerminkan diri kita.

Hadis riwayat Abu Musa ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap. (Shahih Muslim No.4762)

Apapun dalam bersahabat, kita hendaklah menjaga adab2 persahabatan itu sendiri. Sentiasa berlapang dada, berdiplomasi andai terdapat perselisihan, bertolak-ansur, dan amalkan sifat mahmudah dalam kehidupan seharian.

Yang pastinya, dalam menangani orang yang sukar ini kita sepatutnya tidak putus berdoa untuk mengembalikan keserasian tersebut. Bukankah doa itu senjata orang mukmin. Mintalah pertolongan Allah dengan solat dan sabar. InsyaALLAH, segala-galanya akan dipermudahkan.

Wallahua'lam
Moga bermanfaat


Friday, May 1, 2009

Wajah Baru

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Petang tadi saya baru sahaja selesai menempuh peperangan yang dahsat. Bak kata orang, "killer subject". Memang bisa membunuh. Uhh... Saya serahkan segala urusan kepada ALLAH. Dia yang selayaknya menilai dan menentukan. Semoga saya menjadi insan yang lebih tabah.

Perasan tak wajah baru blog ni? Saya bukanlah peminat warna biru. Tapi, macam tersuka pulak dgn template baru ni. Dan kalau ade yang perasan, background ni nak dekat2 sme dgn seseorang. Sape ye? Opss...Kebetulan!

Berbaki satu sahaja lagi paper, saya ingin menujukan seeklusif penghargaan buat tiga insan yang sebenarnya boleh dikira banyak membantu saya sepanjang minggu exam ini. Insan tersebut adalah rakan2 saya. Ms A, Ms N dan Ms S.

To Ms A - terima kasih kerana sudi mendengar perkabaran diri ini. Teruskan menjadi sahabat yang mengambil berat akan sahabatmu yang lain. Semoga ALLAH menbalas semua kebaikanmu. Maaf andai tercipta jarak antara kita. Dengan adanya jarak itu, putiklah rindu di hati.

To Ms N - As I said, ajakan kita ke jalanNya dalam kita tak sedar kemungkinan menjadi perantara terbukanya pintu hidayah. I'm appreciate it very much, Thanks a lot to be there. Kadang2 kita tak perlu membuka mulut untuk melahirkan rasa hati.

To Ms S (sape?Syamila ke?) - Terima Kasih banyak2. sebab jadi coursemate terbaik. Saat diri ini dalam keadaan kritikal tidak terkata, Ms S hadir dengan jayanya. Semoga ALLAH jua yang membalasnya. Doakan kejayaan bersama.

Tak tahulah kenapa suka sangat beri kata penghargaan kat sini. kat mulut tak terkeluar pulak. Dats y la... Ape2 pun selamat ber"exam" kepada yang sedang dan bakal menempuhi exam. Jangan lupa panjatkan pengharapan yang tinggi kepadaNya. Sesungguhnya Dialah yang menentukan adanya kita di sini saat ini.


Sunday, January 25, 2009

SaHaBaT2Ku...

Berpijak di bumi UKM mengajar aku banyak perkara. Jangan katakan ianya pengalaman selagi aku tidak menempuhinya. Jangan katakan aku belajar semua ini sendirian kalau bukan dengan bantuan sahabat. Ya, benar. Aku benar2 menghargai orang yang berada di sekelilingku. Aku sayangkan temanku. Bagiku setiap seorang yang menjadi kenalanku masing2 mempunyai keunikannya tersendiri. Aku begitu membantah jika ada yang berkata, “ tak kawan dengan dia, ramai lagi orang yang boleh dijadikan kawan,”. Aku sangat tak bersetuju. Setiap insan di bumi ini dianugerahkan kelebihan dan kekurangan. Disitulah terselitnya keunikan masing2.

Atas dasar penghargaan kepada keunikan sahabat2ku, izinkan untuk aku menghuraikan satu persatu keunikan sahabat2 yang begitu aku sayangi ini. 11 orang kesemuanya. Opppsss.. 12 orang. Baru tambah bilangannya. Percayalah sahabat2, diri ini begitu menghargai kalian. Seringkali air mata insan yang ego ini menitis dek kerana mengenangkan pengorbanan sahabat2, dek kerana dirasakan sahabat2 terlalu memahami diri yang sering membebankan ini, dek kerana hati ini kecewa atas harapan yang terlalu besar diletakkan di atas pundak sahabat2 sekalian. Oleh kerana mahu menjadikan kata2 penghargaan ini sesuatu yang begitu eksklusif dan unik, biarlah nama2 sahabat tersorok di sebalik symbol nombor. Kerana biarlah insan yang bergelar aku ini yang menyimpan segala2nya.



Insan bernombor satu 1 bukanlah melambangkan jaraknya denganku 1 cm 1 inci ataupun 1 hasta. Kerana aku gemar untuk melabelkan dia dengan nombor 1. Itu sahaja. Dia banyak mengajarku erti kesederhanaan. Walaupun dirinya dilahirkan sungguh bertuah, tapi dia begitu banyak pengalaman hidup dalam kesederhanaan. Sahabat, aku mengagumi gaya sederhanamu. Kau mengajar aku untuk menahan nafsu makanku walaupun perutku ini berkapasiti 2 GB. Keunikanmu terserlah disebalik sifatmu yang merendah diri, tidak suka menunjuk2, dan sederhana. Aku kaitkan 1 dengan sederhana.



Insan nombor 2 banyak mendewasakan aku. Aku banyak belajar daripadanya dengan hanya menggunakan lirikan mata ini. tiada ilmu yang tercurah dari mulutmu sahabat, Cuma gayamu membuatkan aku banyak berfikir, aku terdorong untuk mencontohi akhlakmu. Kerana kau menggunakan mulutmu hanya untuk waktu tertentu. Aku mengagumi gayamu. Kau menyedarkan aku tentang tanggungjawab aku sebagai seorang siswi. Serius aku menghargai jasamu itu. Aku kaitkan nombor 2 dengan keunikan intelek.



Insan no 3 mengajar aku tentang ketegasan, masa dan idea. Dia begitu tegas dengan pendiriannya sehinggakan ketegasan itu diterjemah di wajahnya. Pada mulanya aku seperti ingin menyerahkan kekalahan. Aku fikir aku tak dapat bersahabat denganmu hanya kerana sifatmu yang begitu. Tapi aku silap sahabat. Deraian tawa menyatukan kita. Kau berkongsi denganku tentang masa yang berharga itu, tentang ilmu yang bernilai itu. Terima kasih sahabat, aku kaitkan 3 dengan ketegasan.



Insan nombor 4 mengajar aku tentang ukhwah. Aku sayangkan ukhwah ini sahabat. Aku baru belajar erti kemanisan ukhwah sejak bertemu denganmu. Aku menangis keranamu, kau menangis keranaku. Aku rindukan masa2 lalu kita. Kau sangat mengajar aku melalui teguranmu. Terkadang insan ego ini ingin menafikan kata2mu tapi akhirnya aku akur dengan kata2mu. Kau nampak begitu matang dengan hidup ini memandangkan hidupmu yang penuh cabaran itu. Aku kaitkan 4 dengan kematangan.



Insan nombor 5 mengajar aku tentang kebahagiaan. Entah kenapa aku bahagia memandang wajahmu, setiap kali. Wajahmu indah tatkala senyuman itu terukir di wajahmu. Tapi terkadang, payah untuk sepasang mata ini melihat senyummu. Aku hairan denganmu sahabat. Kau dilanda masalah? Aku tidak bisa merungkainya. Cuma aku senang melihat kau senang, aku senang melihat kau tenang. Sungguhpun hidupmu dipenuhi dengan amanah, kau berjaya melangsaikan semua itu dengan bijaknya. Kau tabah mengharungi hidupmu dengan deraian air mata. Aku menganjungimu sahabat. Aku kaitkan 5 dengan kebahagiaan.



Insan nombor 6 mengajar aku erti ketenangan. Seraut wajah yang tenang untuk perilaku yang tenang. Kau tenang menyusun segalanya milikmu. Kau tenang menyusun hidupmu supaya kelihatan lebih terurus. Jujur, aku mencemburui keterurusan hidupmu. Bilakah masanya bisa aku menjadi sepertimu? Kau disenangi semua kerana ketenangan milikmu itu. Kau tidak mudah melatah apabila hidupmu diuji dengan pelbagai ujian. Kerana kau tahu disebalikmu ada Tuhan yang amat menyayangi hamba2Nya. Teguhkan pasakmu sahabatku. Aku kaitkan nombor 6 dengan ketenangan.



Insan nombor 7 dan cabaran. Hidupmu penuh
dengan cabaran, sahabat. Sesuai benarlah dengan kemampuanmu. Kerana ALLAH lebih tahu kemampuanmu di mana. Kau tidak mudah melatah dengan cabaran. Kau menangkis cabaran2mu itu dengan akhlakmu yang tersusun rapi itu. Kau memiliki sesuatu yang berharga tapi kau menyimpannya dengan rapi kerana aku tahu prinsipmu tidak suka menunjuk2. Aku hargai itu sahabat. Dalam kelembutanmu, terselit akhlak dan ilmu yang tidak bisa aku gambarkan. Aku kaitkan 7 dengan cabaran hidup



Insan nombor 8 mengajar aku tentang kekuatan. Kuat hatimu dengan ujian yang melanda. Aku tahu disebalik wajahmu yang seakan bermasalah, di sebalik matamu yang merah basah, di sebalik mulutmu yang terkunci rapat itu, aku yakin kau kuat untuk menghadapi dugaan hidup ini. aku tahu kau kuat. Kuatnya dirimu kerana diuji dengan pelbagai ujian yang aku sendiri tak mampu untuk menghadapinya. Aku tahu kau sedang mengumpulkan kekuatan di saat kau diam seribu bahasa. Kekuatan itulah perlu kau kongsi bersama sahabat2 yang lain. Aku kaitkan 8 dengan kekuatan.



Insan nombor 9. cukup menyayangi dan bertindak seperti seorang ibu yang penyayang. rase dihargai. kadang2 sifatnya yang suka mengenakan orang membuatkan aku tiada alasan untuk bermuka muram pada hari itu. tabah dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. ramai yang sukakan cara kerjanya dan bagiku, aku senang bekerja, berbicara dan berkongsi dengannya. aku kaitkan nombor 9 dengan adaptasi diri.





Insan nombor 10 yang best. seorang yang sangat hiperaktif dari sudut mulutnya. tambah2 lagi dengan berkawan denagn aku, senang2 je dapat title baru. dan aku mengekalkan tradisi title tersebut dari sekolah lagi. susah nak ubah. idea yang keluar dari medula oblongata, sereblum dan serebrumnya sangatlah bernas dan tidak dapat dipertikaikan. aku kaitkan insan nombor 10 ini dengan Owen sebab Owen pakai jersi nombor 10. hahahaha. gurau je. aku kaitkannya dengan semangat inkuiri yang positif.





Insan nombor 11 mengajar aku tentang motivasi dan positif. Kau seorang yang bersemangat dan tak mudah untuk berputus asa. Kau akan cuba sedaya upayamu untuk bangkit setelah kau rasakan kuntum2 goyah mewarnai hidupmu. Aku sukakan semangat survival itu. Kau berusaha untuk memulihkan dan menjernihkan kembali kekeruhan yang bertandang. Motivasi dan pemikiran positif memang tidak lekang dari hidupmu. Keunikan itu mendekatkan dirimu dengan diriku. Aku kaitkan 11 dengan positif.



Insan nombor 12 dan hijau. Masih hijau usia perkenalan kita. Aku baru mengenali hidupmu. Semoga perkenalan ini membuahkan kuntuman ukhwah yang mewangi. Aku mengharapkan keselesaan pada wajahmu sewaktu menggabungkan diri dengan diri ini. aku berharap dengan sangat. Aku mula untuk menguntum kasih pada dirimu. Izinkan kuntuman ini membunga dengan suburnya, sahabat. Aku kaitkan 12 dengan kehijauan.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin