Sunday, February 14, 2010

Mahu jadi Genius???

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Tentu anda semua sudah familiar akan kata-kata manusia genius, Thomas Edison yang berbunyi, " Genius is one percent inspiration and ninety percent perspiration". Thomas Edison merupakan manusia pertama yang mencipta mentol setelah hampir seratus kali percubaannya gagal.

Dan jika benarlah kata-kata Thomas Edison tersebut, kita sebenarnya mempunyai peluang yang besar untuk menjadi seorang genius. Terdapat saintis yang mengatakan genius seperti Thomas Edison dan Albert Einstein hanya menggunakan 10% daripada otak mereka. See!!

Saya ada terbaca dalam majalah Solusi isu 14,tulisan jutawan internet terkenal Irfan Khairi dalam tajuk artikelnye "Geniuskah anda?". Ingin saya kongsikan serba sedikit tentang tulisan beliau dalam artikel tersebut.

Dapat disimpulkan bahawa untuk menjadi seorang yang genius, terdapat 3 perwatakan si genius yang harus dicontohi. Tiga perwatakan yang digariskan dalam artikel ini secara ringkas :

Mempunyai daya fokus yang tinggi terhadap sesuatu masalah/isu
Mempunyai kaedah yang sistematik dalam menguruskan masalah/isu
Mempunyai keterbukaan minda dan sedia untuk menerima sebarang idea yang baru.

Daya fokus yang tinggi

Cubalah anda perhatikan cara seorang yang genuis berhadapan dengan sesuatu perkara. Sebagai contoh rakan anda sekuliah yang sering menerima anugerah dekan, bagaimana prestasinya dalam dewan kuliah. Benar, mereka fokus terhadap ilmu yang diterima, terlalu fokus akan setiap bait kata dan fakta yang diucapkan oleh pensyarah. Mereka yang genius begini tentu sekali sukar untuk dilihat melayan usikan mahupun perbualan rakan di sebelah. Dan lihat sahajalah di mana tempat duduknya si genius ini. Pasti di barisan paling hadapan.

Saya ingin benar menyeru diri saya dan ahli gerakan kampus yang lain supaya menjaga prinsip yang satu ini. Fokus dalam dewan kuliah. Mungkin kita sukar untuk memberikan tumpuan yang tinggi dalam kelas dek kerana terlalu letih melakukan gerak kerja pada malamnya. Inilah yang perlu kita ubah bermula saat ini. It's all about mind setting.

Satu soalan yang pernah saya tanyakan kepada salah seorang rakan seperjuangan, bagaimana untuk fokus dalam dewan kuliah?. Jawapan yang banyak membuatkan saya berfikir panjang, " pastikan solat dengan khusyuk.barulah dapat buat segala kerja lain dengan penuhkonsentrasi".

Kaedah yang sistematik dalam pengurusan

Pengurusan diri yang sistematik sangatlah perlu bagi seseorang yang menggelarkan dirinya mukmin profesional. Dalam apa jua keadaan, kita hendaklah menpunyai perancangan yang rapi. Contohnya dalam satu hari, bermula dengan bangun dari tidur kita hendaklah merancang di mana subuh kita, dengan siapa. Kemudian apabila pergi ke pejabat mahupun kuliah, kita merancang lagi di manakah solat dhuha kita dan jam berapa. Apabila sampai waktu rehat tengah hari, di manakah solat zuhur kita dan siapakah menjadi imam/makmum kita. Manusia yang beriman, bertaqwa dan sentiasa mengingati ALLAH akan bertanya di manakah aku solat zuhur hari ini bukannya di manakah aku nak lunch hari ni. teguran buat diri.

Dalam kehidupan seharian pula, banyak perkara yang perlu kita rancang. Urusan kewangan, masa, ibadah, pemakanan, adalah anatra contoh aspek-aspek yang perlu kita rancang. Bagaimana kita mahu menggunakan wang untuk minggu ini, bulan ini. Untuk perbelanjaan makanan, hutang, pengangkutan dan lain-lain. Bagaimana kita uruskan? Kita seharusnya sudah mampu merancang sejak dari sekarang. Jika anda masih bujang,mulakan sekarang sebelum anda berkeluarga. Jika anda sudah berkeluarga, mulakan sekarang sebelum bilangan ahli keuarga bertambah dan perbelanjaan bertambah. Jika anda sudah berkeluarga dan tidak akan bertambah ahli keluarga lagi, rancanglah sekarang sekiranya belum pernah merancang untuk kegunaan masa hadapan. It's better late than never.

Dalam menguruskan sesuatu masalah, ambillah pen dan kertas serta ambillah masa untuk duduk seketika membuat perancangan. Tuliskan satu persatu masalah anda, kemungkinan yang akan berlaku, bagaimana untuk mengatasi, dan akibat yang akan berlaku. Pokoknya, tulis dan tulis. rancang dan rancang. Dan bertindaklah seperti apa yang telah dirancang. Jangan biarkan rancangan menjadi rancangan semata-mata.

Keterbukaan minda

Mari kita terbangkan diri kita ke zaman kanak-kanak dahulu. Sudah tentu masing-masing dikalangan anda semua kerap bertanya itu dan ini. Benar bukan? Tanp adisedari sifat suka bertanya ini membuatkan kanak-kanak suka berfikir. Dan sebagai ibu bapa (juga bagi mereka yang bakal bergelar ibu dan ayah) seharusnya tidak menyekat sifat ingin tahu anak-anak dengan membiarkan soalan mereka tidak berjawab. Support them!! Apabila sifat suka berfikir ini dipergiatkan lagi, maka akan lahirlah generasi yang krestif,kuat berfikir dan mampu membuahkan idea-idea yang bernas. See!! lagi sekali.

Apabila disebut keterbukaan minda,kita hendaklah bersifat sentiasa terbuka dalam menerima idea orang lain. Jangan terlalu jumud dengan idea sendiri sehingga tidak langsung menerima cetusan pendapat orang lain lebih-lebih lagi dari mereka yang dirasakan lebih rendah tarafnya. Mungkin idea-idea tersebut boleh dimanipulasikan menjadi sebuat inovasi yang bombastik.

Konklusi

Saya menerima bulat-bulat apa yang disampaikan saudara Irfan. Saya menghuraikannya mengikut konteks pemahaman saya. Belum sampai tahap saya mempertikaikan idea mana-mana individu.

Wallahua'lam
Moga bermanfaat

Saturday, February 13, 2010

Kepanasan & Gangguan..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Aku tak mahu memanjanglebarkan post ini.

Panas

Dunia semakin panas.
Bila aku balik dari tempat kerja, aku akan masuk bilik air dulu. Sebab terlalu panas. Kenapa? Aku seorang je ke yang rasa? Bila siap mandi, aku pakai baju,aku rasa baju aku tu panas. Panas lagi.

Panas dunia tak sama dengan panas api neraka.

Aku takut masa aku akan tiba. Aku tahu ia akan datang, akan tiba. Tapi, aku mohon pada ALLAH, berilah aku peluang. Aku mahu mencari cinta-Mu. Aku mahu mengenal-Mu..

Gangguan

Aku tak mahu diganggu. Kalau diganggu, aku rasa tumpuan aku pada ibadah akan berkurang. Aku dah lama tahu. Tolong jangan ganggu aku. Aku tahu aku lemah,jadi tolong jangan ganggu aku.

ALLAH mahu uji aku. Aku tahu, tapi ... Aku juga tahu aku tak kuat.Oleh itu ya ALLAH,berilah aku kekuatan untuk menepis gurauan dan usikan mereka. Jika gangguan mereka mendekatkan aku kepadaMU, aku rela. Tapi, jika gangguan itu menjauhkan aku dengan-Mu, Kau bantula aku Ya ALLAH..


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin