Showing posts with label study. Show all posts
Showing posts with label study. Show all posts

Friday, June 12, 2009

BI sebagai syarat lulus SPM

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Sejak kebelakangan ini saya berminat dengan isu2 pendidkan di Malaysia. Kredit kepada saya di atas perubahan yang berlaku ini. Sangat membanggakan. Hehe. Dan isu yang mendapat tempat di hati saya ialah Lulus Bahasa Inggeris sebagai Syarat Lulus SPM. Pelbagai persoalan yang terlintas di benak fikiran saya. Sebagai seorang yang penyayang dan amat sayangkan adik2, saya terpaksa berfikir dua kali. Isu PPSMI saya bantah habis2an. Bagaimana pula dengan isu ini?


Ada yang menyokong cadangan Menteri Pelajaran Malaysia yang merupakan TPM Malaysia,
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan dengan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM dan tidak kurang pula yang membantah.

Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) antara yang menyokong penuh cadangan Kementrian Pelajaran itu. Difahamkan Presiden PPBMM Profesor Madya Dr Hashim Othman berkata PPBMM berpendapat bahasa Inggeris sesuai dikuasai sebagai bahasa komunikasi tetapi bukan sebagai bahasa ilmu sebagaimana yang dilakukan dalam dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekarang.

Tidak dinafikan syarat lulus BI untuk pelajar SPM dapat menaikkan semangat dan motivasi adik2 dalam mendalami matapelajaran tersebut. Tetapi, bagaimana pula dengan mereka yang sejak azalinya merasakan tidak serasi dengan matapelajaran ini. Bagaimana pula dengan mereka yang mengharap hanya kepada guru di sekolah tanpa mampu menanggung kos kelas tambahan sekiranya mereka tidak dapat memahami dengan baik pengajaran guru di sekolah?

Natijahnya,ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus. Benar, golongan sebegini yang diharapkan oleh keluarga di kampung untuk merubah masa depan keluarga bakal memusnahkan harapan orang tua mereka sendiri. Tidak mustahil, mereka patah semangat dan mengambil keputusan untuk terus tidak melanjutkan pelajaran atau kata mudah 'berhenti sekolah' kerana tahu usaha mereka hanya sia-sia belaka.

Difahamkan juga, hampir 70 peratus pelajar lulus bahasa Inggeris di peringkat SPM setiap tahun. Jumlah ini tidak boleh dibanggakan sangat. Ke mana haluan 30 peratus yang lain seterusnya setelah tamat SPM? Anak Melayu hendak lulus Nahasa Melayu pun ramai yang terkial-kial, inikan pula Bahasa Inggeris? Bukankah dunia sekarang persaingannya semakin sengit? Apakah nasib adik-adikku nanti?

Orang ramai digalakkan mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui saluran telefon di talian 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my.

Semoga keputusan terbaik dapat dicapai dan diteliti melalui pelbagai aspek demi melahirkan generasi intelek pada masa hadapan.


Friday, April 17, 2009

Best Of Luck...


Semua warga pimpinan PMFST UKM ingin mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir Semester 2 08/09. Semoga Kejayaan milik kita bersama. Jangan lupa panjatkan pengharapan yang tulus ikhlas buat Rabbul Izzati kerana Dialah kita semua berada di sini..
BittaufiQ wannajah

Friday, March 27, 2009

Aku bukan Anti-Bio

~kena ubah mind setting ni...~

tensennye blaja BIOKIMIA. Rasa macam nak muntah n pitam n segala2nya jela bila sebut biokimia. huhuhu. Haritu masuk kelas, fikiran melayang mengenangkan result yang entah apa2 tu. dah aku ckp dah, aku xde bakat dlm subjek2 yg ade bunyi bio ni. contohnya, biologi, biokimia, mikrobiologi, lagi2 bioteknologi. naseb baik la.....

tak tahu nak buat macam mana lagi dgn subjek kebio-bioan ni. pesimis sangat2. entah apa la yang boleh mengubah mind setting ni. kalau dulu kat sekolah, subjek bio la yang paling merimaskan. tapi blaja jugak. time kat matrik dulu, ingatkan taknak dah amek hayat tapi dpt tu jugak. dapat yang tak nak tu jugak. seperti yang termaktub dalam al-Quran...

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui"

(Al-Baqarah : 216)
Kena sedar yang sebenarnya Allah yang maha mengetahui segala2 yang terbaik untuk hamba2Nya. siapalah kita untuk mengatakan itu dan ini sedangkan kita hanya mampu merancang tapi ALLAH Maha membuat rancangan dan perancangan ALLAH yang terbaik.

aku pun amek keputusan untuk teruskan jugak berada di kelas hayat memandangkan kelas fizikal dimajoritikan (sesuka hati je buat ayat) oleh kaum lelaki. mula2 sem tu, result bio la paling teruk, bak kata orang menghampehkan. aku terduduk sayu. entah ape la yang aku dah buat untuk paper bio. naik je sem 2 kat matrik, aku pun buat strategi n perancangan baru. nota kuliah pun wat style baru n mcm2 lagi la perancangan yang baru. nk dikatakan sem2 lagi rajin, tak dok pun. sme je rsenya. tapi, ku gagahkan jua untuk menempuhi sem tersebut. taram jela, alang2 dah masuk sem2 buat jela yang mampu. pulak tu blaja bio dengan cikgu yang tak pernah bagi peluang kat anak murid dia utk salin. blaja pasal kingdom2 plak tu. entah ape entah, aku tak ingat dah. ala, yang blaja ade 5 kingdom tu. fungi, animalia, dan lain2 tu fikir sendiri la(sesuka hati aku je wat fakta baru). lagila rse makin menyampah nak blaja bio. aku pun main sebat je time jawab exam bio final kat matrik tu. bantai jela apa yang patut. lepas dariapada exam tu, aku rajin banyak. aku tak lupa untuk mintak ALLAH berikan kejayaan kepada diri ini.

tup..tup..dengan kuasa ALLAH, result aku diluar jangkaan (tp xdelah best sgt, untuk aku yg entan pape ni op kos la best. syukur). dan yg berada di luar kotak jangkaan, of kos la BIOLOGI. X sangka Biologi aku setarap dengan math. Yang penting, jangan lupa panjangkan pergantungan dengan ALLAH S.W.T. Kuasa ALLAH. aku dapat senyum je time tu sambil hati ini tak putus2 ucap syukur. ish, aku cte ni macam best je, macam dapat 5.0 flat je. sebenarnya cte ni xbest pun. salah mengayat rsenya aku ni.

cuma sebenarnya bila mengingatkan kondisi Biokimia aku yang semakin teruk dan merudum ni, membuatkan aku tercari2 kembali fail memori kabinet otakku yang usang ini. apa agaknya rahsia aku blaja kat matrik dulu? ikhlas kot...

~AKU BUKAN ANTI-BIO~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin