Friday, June 12, 2009

BI sebagai syarat lulus SPM

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Sejak kebelakangan ini saya berminat dengan isu2 pendidkan di Malaysia. Kredit kepada saya di atas perubahan yang berlaku ini. Sangat membanggakan. Hehe. Dan isu yang mendapat tempat di hati saya ialah Lulus Bahasa Inggeris sebagai Syarat Lulus SPM. Pelbagai persoalan yang terlintas di benak fikiran saya. Sebagai seorang yang penyayang dan amat sayangkan adik2, saya terpaksa berfikir dua kali. Isu PPSMI saya bantah habis2an. Bagaimana pula dengan isu ini?


Ada yang menyokong cadangan Menteri Pelajaran Malaysia yang merupakan TPM Malaysia,
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan dengan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM dan tidak kurang pula yang membantah.

Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) antara yang menyokong penuh cadangan Kementrian Pelajaran itu. Difahamkan Presiden PPBMM Profesor Madya Dr Hashim Othman berkata PPBMM berpendapat bahasa Inggeris sesuai dikuasai sebagai bahasa komunikasi tetapi bukan sebagai bahasa ilmu sebagaimana yang dilakukan dalam dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekarang.

Tidak dinafikan syarat lulus BI untuk pelajar SPM dapat menaikkan semangat dan motivasi adik2 dalam mendalami matapelajaran tersebut. Tetapi, bagaimana pula dengan mereka yang sejak azalinya merasakan tidak serasi dengan matapelajaran ini. Bagaimana pula dengan mereka yang mengharap hanya kepada guru di sekolah tanpa mampu menanggung kos kelas tambahan sekiranya mereka tidak dapat memahami dengan baik pengajaran guru di sekolah?

Natijahnya,ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus. Benar, golongan sebegini yang diharapkan oleh keluarga di kampung untuk merubah masa depan keluarga bakal memusnahkan harapan orang tua mereka sendiri. Tidak mustahil, mereka patah semangat dan mengambil keputusan untuk terus tidak melanjutkan pelajaran atau kata mudah 'berhenti sekolah' kerana tahu usaha mereka hanya sia-sia belaka.

Difahamkan juga, hampir 70 peratus pelajar lulus bahasa Inggeris di peringkat SPM setiap tahun. Jumlah ini tidak boleh dibanggakan sangat. Ke mana haluan 30 peratus yang lain seterusnya setelah tamat SPM? Anak Melayu hendak lulus Nahasa Melayu pun ramai yang terkial-kial, inikan pula Bahasa Inggeris? Bukankah dunia sekarang persaingannya semakin sengit? Apakah nasib adik-adikku nanti?

Orang ramai digalakkan mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui saluran telefon di talian 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my.

Semoga keputusan terbaik dapat dicapai dan diteliti melalui pelbagai aspek demi melahirkan generasi intelek pada masa hadapan.


Jaga Ikhtilat??

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Saya terjumpa satu artikel yang sangat best utk di baca. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang dikira bermanfaat. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W juga menganjurkan umatnya supaya bersederhana dalam pelbagai perkara. Dan pernah dalam satu buku yang saya baca suatu ketika dulu Golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah memperincikan di antara golongan mereka yang tercicir ini ialah mereka yang berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara. Kalau dulunya dialah yang anti dan ekstrim dlm mencegah golongan 'couple' contohnya, tapi pada hari ini dialah yang berkepit sana sini dengan perempuan mahupun lelaki ajnabi.

Tajuk artikel tersebut ialah Thiqah, But no Courtesy?

"Salam. Effy. Bole belikan Vitacid tak kat Farmasi? Nak cepat tau. Kalau dah beli nanti miskol, jumpa kat bawah."

I looked at my watch. It was almost 5 p.m. That means Maghrib is just around the corner. No wonder this friend of mine asked me to buy her some Vitamin C, since it's kinda odd or not too safe for a girl to be going out by herself at times like this. At least here in Cairo. So i thought, naah. Why not...

So after buying the Vit C she wanted from a pharmacy nearby, i gave her a call telling that i'll be waiting at the groundfloor to pass that thing she asked me to buy. 2 minutes after, she came down from the girl's building and came to me. But the most unacceptable thing happened. After paying me for the Vit C, guess what.. She just walked away.. and yes, without even looking at my face, let alone say thank you!

*****

Back when i was in Matriculation Center of IIUM, PJ, we had this amazing English lecturer.. But she's not a muslim though.. She's Sikh. There was this girl from my class, whose essay paper hadn't been marked yet. So our lecturer asked me to mark her paper n find any grammatical errors for her. Sitting like 10 meters away from me, she just handed her paper to the person next to her and asked that person to pass her paper to me.

"No no. Give that paper back to her. I want her to personally hand over that paper to Effy. You are asking him for help, aren't you?" my lecturer said.

So she stood up, come over to where i sat, and handed over her paper to me with rolling eyes! And guess what... She didn't even look at my face too! Let alone say 'please' or 'thank you'.

**********

What do these two people have in common? I'd say that they both are religious n pious.. That Vit C gal is studying in Al-Azhar University and that eyes-roller gal graduated from Darul Quran JAKIM..

But until now, i'm still wondering.. Does Islam encourage you to be that thiqah? Too thiqah that you don't even have the courtesy to say 'thank you' or at least smile at people from whom u asked help?

**********

Back in 2001.. when i was in form 3 in Sek Men Agama Kerajaan Johor.. We were decorating our class for some function (i forgot what function it was) when i accidentally touched one of my classmates' hand (and of course, she's a she).. After saying sorry and telling her that that was totally an accident, i continued my work.. Until the girls in my class gathered around and looked at me, saying, "Kau la ni Effy punya pasal.."

I was shocked. "Kenapa ni?" i asked.

"Ko terpegang tangan dia kan tadi. Kan dia dah menangis."

I was like, "Laa,bukannye sengaja.. Kenapa pulak nak nangis.."

And guess what.. 5 years later, i saw her in Friendster.com taking picture with a boy side by side touching legs after playing bowling together!

Can u imagine that???!?

http://www.effysaiful.com/


Setelah habis membaca artikel ini, saya termenung panjang. Kalau dahulunya tatkala menimba ilmu di sekolah menengah, saya antara golongan yang tak perlu risau dengan ikhtilat dengan muslimin. Kerana apa? Yes, I'm from girls' school. Dan ketika itu saya fikir, saya boleh hidup bahagia dengan cara mengelak untuk berkomunikasi dengan insan yang bernama lelaki.

Mungkin teori itu saya boleh gunakan untuk beberapa ketika sahaja. Alhamdulillah, menapak ke alam matrikulasi dan universiti mengajar saya erti hidup berorganisasi. Dan dalam berorganisasi, kita bakal berjumpa dengan manusia pelbagai ragam. Jelas, teori yang saya gunakan tadi memang valid untuk beberapa detik. Dan seterusnya bermulalah hidup baru saya berorganisasi dengan pelbagai jenis manusia.

Saya antara golongan 'bertuah' kerana dapat bekerja dengan orang2 yang sangat berpengalaman dalam bekerja. Of course, rasa rendah diri ketika itu memang tidak dapat dielakkan. Tapi, saya tepis segala perasaan negatif itu ibarat menepis nyamuk-nyamuk di senja hari. Kadang-kadang bila bekerja, kita kena berkomunikasi dengan lelaki. Itu yang payah sangat untuk saya lakukan.

Saya lebih dan amat selesa bekerja dengan golongan yang profesional, perkataan ini yang paling sesuai mungkin. Dari pengamatan saya, kadang2, ada sesetengah daripada mereka yang bernama lelaki yang suka sangat bercakap pedas dengan perempuan. Entah apa untungnya bercakap pedas dengan perempuan? Tak profesional langsung!! Dan perempuan pulak bercakap kasar dengan lelaki (sayakah? haha) Teringat pulak artikel dalam saifulislam.com yang saya 'qoute'kan di sini...

“Macam mana cara orang melawan cinta?”, saya bertanya.

Peserta tersenyum-senyum. Begitu juga dengan penyoal.

“Bercakap kasar dengan lelaki atau bercakap pedas dengan perempuan?”, saya mengemukakan cadangan tentang cara biasa melawan cinta.

MELAWAN CINTA

Biasa benar saya bertemu dengan muslimat yang mahu melawan cinta, bercakap dengan lelaki seperti seorang askar bertitah kepada anak buahnya. Kalau sekali pun al-Quran menganjurkan perempuan supaya jangan melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi, tidak pula sekali-kali al-Quran mengajar alternatifnya begitu.

Cakap biasa sudahlah.

Jika sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kerana kononnya sedang memerangi cinta, lama-lama sudah bercinta dengan suami pun masih terbiasa bercakap kasar. Itu penangan melawan cinta.

Sama juga dengan yang lelaki.

Kalau melawan cinta itu caranya ialah dengan me’laser’ perempuan, bercakap yang pedas-pedas hingga teresak-esak setiap perempuan yang berurusan dengannya, hati-hati! Jangan pula selepas berkahwin nanti pun, bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.


Mungkinkah mereka yang suka bercakap kasar dengan lelaki mahupun suka me'laser' dengan perempuan sebenarnya mereka sedang melawan cinta? kata saya , hati-hati!!

Saya tidak selesa apabila dalam urusan bekerja, amalan profesionalisme tidak diamalkan. Bukan tidak pernah saya ditegur oleh sahabat saya. Katanya, "Jangan biarkan emosi mengatasi profesionalisme". Saya pegang kata-katanya hingga kini. Terima kasih sahabat...

Saya lebih suka bekerja dengan orang yang tahu erti adab sopan dan tatasusila dengan mengucapkan salam dan terima kasih ketika gagang telefon hampir diletak setelah satu2 komunikasi berlangsung daripada talian terputus tanpa saya sedari. Tanpa ucapan salam langsung, apatah lagi terima kasih mahupun tahniah. Saya bukan mengharap orang untuk mengucapkan terima kasih tapi kita semua kena sedar kita bukan bekerja dengan robot mahupun mesin tapi kita bekerja dengan manusia yang punya hati dan perasaan.

Perasaan ringkas seperti "Salam. Maaf ganggu. Ana nak mntak tlg..." mungkin jauh lebih baik daripada "tolong buat ini dan itu...". Seperti yang saya katakan.. Profesional. Dan bercakap tentang pesanan ringkas, SMS. Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan inilah medium perhubungan terpenting pada zaman ini. Setiap SMS yang dihantar untuk tujuan kerja rasanya memang patut dibalas. Ini tentunya bagi mengelakkan si penghantar mesej berfikir yang bukan2 atau lebih tepat lagi su'u zhon angkara mesej yang tidak berbalas tersebut. Kalau kita merasakan SMS bukanlah cara terbaik, mungkin panggilan telefon lebih efisien teruskanlah. Pendapat kita berbeza, berlapang dadalah.

Saya lebih selesa bekerja dengan orang yang melayan semua orang disekelilingnya sama rata. Diulangi sama rata. Mungkin tak perlu ulas lebih lanjut. Ulas mengikut kefahaman anda masing-masing.

Walau apa pun caranya, kita mesti wujudkan keserasian dalam bekerja. Sifat berlapang dada, sabar dan sentiasa ingin men'top up' satu sama lain, mesti kena ada. barulah kerja tersebut dapat dilakukan smooth and silky. Dan dalam keghairan (mungkin) mewujudkan keserasian itu, jagalah batasan yang perlu dipelihara. Sebagai orang islam, kita adalah duta kepada agama islam itu sendiri. Jangan hancurkan persepsi baik daripada masyarakat sekeliling tentang islam hanya kerana sifat kita yang berlebih-lebih dalam beberapa perkara. Bak kata pujangga, Besederhanalah dalam semua perkara!!! (pujangga mana?)

Sebenarnya dalam situasi ini, sayalah yang paling tidak profesional dalam bekerja. Semua situasi di atas mengena batang hidung sendiri. Haha. Tapi, setiap hari adalah setiap masa untuk saya berusaha berubah kepada yang lebih baik. Tak best la hidup ni kalau takde kesilapan teknikal yang berlaku. Dan lagi tak best kalau kesilapan teknikal tersebut tak dikoreksikan dengan baik. Memetik kata PM Malaysia ke6, Rakyat Didahulukan Prestasi Diutamakan. Best2!!

Pesanan ringkas yang terakhir, mulakan hidup baru kita dengan bekerja secara profesional!!

AJA AJA FIGHTING!!


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin