Sunday, January 25, 2009

SaHaBaT2Ku...

Berpijak di bumi UKM mengajar aku banyak perkara. Jangan katakan ianya pengalaman selagi aku tidak menempuhinya. Jangan katakan aku belajar semua ini sendirian kalau bukan dengan bantuan sahabat. Ya, benar. Aku benar2 menghargai orang yang berada di sekelilingku. Aku sayangkan temanku. Bagiku setiap seorang yang menjadi kenalanku masing2 mempunyai keunikannya tersendiri. Aku begitu membantah jika ada yang berkata, “ tak kawan dengan dia, ramai lagi orang yang boleh dijadikan kawan,”. Aku sangat tak bersetuju. Setiap insan di bumi ini dianugerahkan kelebihan dan kekurangan. Disitulah terselitnya keunikan masing2.

Atas dasar penghargaan kepada keunikan sahabat2ku, izinkan untuk aku menghuraikan satu persatu keunikan sahabat2 yang begitu aku sayangi ini. 11 orang kesemuanya. Opppsss.. 12 orang. Baru tambah bilangannya. Percayalah sahabat2, diri ini begitu menghargai kalian. Seringkali air mata insan yang ego ini menitis dek kerana mengenangkan pengorbanan sahabat2, dek kerana dirasakan sahabat2 terlalu memahami diri yang sering membebankan ini, dek kerana hati ini kecewa atas harapan yang terlalu besar diletakkan di atas pundak sahabat2 sekalian. Oleh kerana mahu menjadikan kata2 penghargaan ini sesuatu yang begitu eksklusif dan unik, biarlah nama2 sahabat tersorok di sebalik symbol nombor. Kerana biarlah insan yang bergelar aku ini yang menyimpan segala2nya.



Insan bernombor satu 1 bukanlah melambangkan jaraknya denganku 1 cm 1 inci ataupun 1 hasta. Kerana aku gemar untuk melabelkan dia dengan nombor 1. Itu sahaja. Dia banyak mengajarku erti kesederhanaan. Walaupun dirinya dilahirkan sungguh bertuah, tapi dia begitu banyak pengalaman hidup dalam kesederhanaan. Sahabat, aku mengagumi gaya sederhanamu. Kau mengajar aku untuk menahan nafsu makanku walaupun perutku ini berkapasiti 2 GB. Keunikanmu terserlah disebalik sifatmu yang merendah diri, tidak suka menunjuk2, dan sederhana. Aku kaitkan 1 dengan sederhana.



Insan nombor 2 banyak mendewasakan aku. Aku banyak belajar daripadanya dengan hanya menggunakan lirikan mata ini. tiada ilmu yang tercurah dari mulutmu sahabat, Cuma gayamu membuatkan aku banyak berfikir, aku terdorong untuk mencontohi akhlakmu. Kerana kau menggunakan mulutmu hanya untuk waktu tertentu. Aku mengagumi gayamu. Kau menyedarkan aku tentang tanggungjawab aku sebagai seorang siswi. Serius aku menghargai jasamu itu. Aku kaitkan nombor 2 dengan keunikan intelek.



Insan no 3 mengajar aku tentang ketegasan, masa dan idea. Dia begitu tegas dengan pendiriannya sehinggakan ketegasan itu diterjemah di wajahnya. Pada mulanya aku seperti ingin menyerahkan kekalahan. Aku fikir aku tak dapat bersahabat denganmu hanya kerana sifatmu yang begitu. Tapi aku silap sahabat. Deraian tawa menyatukan kita. Kau berkongsi denganku tentang masa yang berharga itu, tentang ilmu yang bernilai itu. Terima kasih sahabat, aku kaitkan 3 dengan ketegasan.



Insan nombor 4 mengajar aku tentang ukhwah. Aku sayangkan ukhwah ini sahabat. Aku baru belajar erti kemanisan ukhwah sejak bertemu denganmu. Aku menangis keranamu, kau menangis keranaku. Aku rindukan masa2 lalu kita. Kau sangat mengajar aku melalui teguranmu. Terkadang insan ego ini ingin menafikan kata2mu tapi akhirnya aku akur dengan kata2mu. Kau nampak begitu matang dengan hidup ini memandangkan hidupmu yang penuh cabaran itu. Aku kaitkan 4 dengan kematangan.



Insan nombor 5 mengajar aku tentang kebahagiaan. Entah kenapa aku bahagia memandang wajahmu, setiap kali. Wajahmu indah tatkala senyuman itu terukir di wajahmu. Tapi terkadang, payah untuk sepasang mata ini melihat senyummu. Aku hairan denganmu sahabat. Kau dilanda masalah? Aku tidak bisa merungkainya. Cuma aku senang melihat kau senang, aku senang melihat kau tenang. Sungguhpun hidupmu dipenuhi dengan amanah, kau berjaya melangsaikan semua itu dengan bijaknya. Kau tabah mengharungi hidupmu dengan deraian air mata. Aku menganjungimu sahabat. Aku kaitkan 5 dengan kebahagiaan.



Insan nombor 6 mengajar aku erti ketenangan. Seraut wajah yang tenang untuk perilaku yang tenang. Kau tenang menyusun segalanya milikmu. Kau tenang menyusun hidupmu supaya kelihatan lebih terurus. Jujur, aku mencemburui keterurusan hidupmu. Bilakah masanya bisa aku menjadi sepertimu? Kau disenangi semua kerana ketenangan milikmu itu. Kau tidak mudah melatah apabila hidupmu diuji dengan pelbagai ujian. Kerana kau tahu disebalikmu ada Tuhan yang amat menyayangi hamba2Nya. Teguhkan pasakmu sahabatku. Aku kaitkan nombor 6 dengan ketenangan.



Insan nombor 7 dan cabaran. Hidupmu penuh
dengan cabaran, sahabat. Sesuai benarlah dengan kemampuanmu. Kerana ALLAH lebih tahu kemampuanmu di mana. Kau tidak mudah melatah dengan cabaran. Kau menangkis cabaran2mu itu dengan akhlakmu yang tersusun rapi itu. Kau memiliki sesuatu yang berharga tapi kau menyimpannya dengan rapi kerana aku tahu prinsipmu tidak suka menunjuk2. Aku hargai itu sahabat. Dalam kelembutanmu, terselit akhlak dan ilmu yang tidak bisa aku gambarkan. Aku kaitkan 7 dengan cabaran hidup



Insan nombor 8 mengajar aku tentang kekuatan. Kuat hatimu dengan ujian yang melanda. Aku tahu disebalik wajahmu yang seakan bermasalah, di sebalik matamu yang merah basah, di sebalik mulutmu yang terkunci rapat itu, aku yakin kau kuat untuk menghadapi dugaan hidup ini. aku tahu kau kuat. Kuatnya dirimu kerana diuji dengan pelbagai ujian yang aku sendiri tak mampu untuk menghadapinya. Aku tahu kau sedang mengumpulkan kekuatan di saat kau diam seribu bahasa. Kekuatan itulah perlu kau kongsi bersama sahabat2 yang lain. Aku kaitkan 8 dengan kekuatan.



Insan nombor 9. cukup menyayangi dan bertindak seperti seorang ibu yang penyayang. rase dihargai. kadang2 sifatnya yang suka mengenakan orang membuatkan aku tiada alasan untuk bermuka muram pada hari itu. tabah dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. ramai yang sukakan cara kerjanya dan bagiku, aku senang bekerja, berbicara dan berkongsi dengannya. aku kaitkan nombor 9 dengan adaptasi diri.





Insan nombor 10 yang best. seorang yang sangat hiperaktif dari sudut mulutnya. tambah2 lagi dengan berkawan denagn aku, senang2 je dapat title baru. dan aku mengekalkan tradisi title tersebut dari sekolah lagi. susah nak ubah. idea yang keluar dari medula oblongata, sereblum dan serebrumnya sangatlah bernas dan tidak dapat dipertikaikan. aku kaitkan insan nombor 10 ini dengan Owen sebab Owen pakai jersi nombor 10. hahahaha. gurau je. aku kaitkannya dengan semangat inkuiri yang positif.





Insan nombor 11 mengajar aku tentang motivasi dan positif. Kau seorang yang bersemangat dan tak mudah untuk berputus asa. Kau akan cuba sedaya upayamu untuk bangkit setelah kau rasakan kuntum2 goyah mewarnai hidupmu. Aku sukakan semangat survival itu. Kau berusaha untuk memulihkan dan menjernihkan kembali kekeruhan yang bertandang. Motivasi dan pemikiran positif memang tidak lekang dari hidupmu. Keunikan itu mendekatkan dirimu dengan diriku. Aku kaitkan 11 dengan positif.



Insan nombor 12 dan hijau. Masih hijau usia perkenalan kita. Aku baru mengenali hidupmu. Semoga perkenalan ini membuahkan kuntuman ukhwah yang mewangi. Aku mengharapkan keselesaan pada wajahmu sewaktu menggabungkan diri dengan diri ini. aku berharap dengan sangat. Aku mula untuk menguntum kasih pada dirimu. Izinkan kuntuman ini membunga dengan suburnya, sahabat. Aku kaitkan 12 dengan kehijauan.

TAPAI PULUT vs TAPAI UBI

Dari kecil lagi saya memang dah set kat otak saya apa yang saya suka makan dan apa yang saya tak suka makan. Sampai sekarang apa yang saya suka dan apa yang saya tak suka memang saya tentukan sejak kecil lagi. Saya tak berapa suka sangat makan tapai. Sebab saya takut tapai tu jadi tuak. Entah kenapa entah saya ni fikir advance sangat. Tapai tu tapai la. Ape kena mengena dengan tuak pulak?



Dahulu memang saya tak minat dan tak suka pun segala jenis makanan berfermentasi baik tapai, tempe, mahupun belacan apatah lagi budu (first time makan di usia saya 20 tahun). Sebab saya tak tahu apa2 pasal tapai menapai ni. Sampailah saya belajar kat dewan kuliah. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Agak2nya kamu semua tahu tak ape agaknya proses yang berlaku disebalik tapai yang enak dimakan ni.



Tapai melalui satu proses yang dinamakan fermentasi. Fermentasi adalah satu proses dimana makanan atau bahan makanan yang dihasilkan daripada tindakan mikroorganisma seperti bakteria, kulat dan yis dalam pengubahsuaian bahan mentah sama ada dari haiwan atau tumbuhan yang asli.Terdapat dua jenis proses fermentasi. Fermentasi pertama adalah fermentasi dengan starter culture seperti tapai, tempe, dan Fermentasi kedua adalah fermentasi tanpa starter culture seperti budu, belacan dan cincalok. Antara kelebihan fermentation adalah kita dapat


  • meningkatkan kepelbagaian dalam makanan

  • memperbaharui dan memperbaiki bahan makanan

  • memperbaiki kualiti pemakanan

  • pengawetan dan

  • detoksifikasi bahan mentah.

Hari tu time raya haji ramai sedara mara balik rumah atok. Sebelum saya balik rumah atok lagi, ayah dah buat tapai ubi kat rumah. Ayah offer tapi saya tolak mentah2. Saya mana suka makan tapai ubi. Saya suka makan tapai pulut jelah. Eh, yeke? Saya suka makan tapai pulut ke tapai ubi? Tak sure tapi yang penting saya menolak salah satu daripada duanya. And for sure saya tak makan tapai yang ayah buat tu. Lepas tu bila sampai rumah atok, semua orang offer saya makan tapai ubi. Kenapa ramai sangat buat tapai ubi ye?



Mula2 memang saya tak makan sebab saya kan tak makan tapai ubi. Entah macam mana hari tu sebab nak penuhkan perut berkapasiti 2 GB ni, saya ambil piring dan isi tapai ubi tu ke dalam piring tersebut. Mula2 makan satu, lepas tu dua, lepas tu tiga. Eh, banyaknya saya makan (nampak gaya macam berselera benar je ye). Kata tak suka. Saya jadi pelik. Tapai ape sebenarnya yang saya tak makan? Sampai sekarang saya masih fikir lagi tapai apa yang saya tak suka? Tapai pulut ke tapai ubi? Apa ekk??




p/s : geng fud sc, kalau ade fakta yang salah dalam artikel ni tlg betulkan eh. TQ

Monday, January 5, 2009

Misi Perjuangan..Berjuangla!!!

Salam perjuangan..

Aku buntu..aku ada cita-cita. Cita-cita yang menggunung tapi aku tak mampu. Hati kecilku mahukannya tapi aku rasa tak mampu jugak. Aku memang seorang insan yang suka memberi peluang kepada diriku sendiri. Entahlah…

Aku kena yakin aku ada perancangan yang sitematik. Sesungguhnya.. benar.. merancang kerja.. lagu motivasi aku. Lalala… semoga aku termotivasi lepas ni.

MERANCANG KERJA

Rancang dengan apa yang ada di tangan

Bukan yang kita angan2kan

Kita membina cita dan harapan

Bukan mimpi dan igauan

Perancangan perlu diperhati

Agar tertib rapi dan teliti

Matlamat dan caranya selari

Masa pun harus diambil kira

Puncak mana yang mahu didaki

Lurah mana yang mahu dituruni

Semuanya telah pun terbukti

Pasti rancangan akan berjaya

Tenaga dan kemampuan diperhitungkan

Berjuanglah dalam satu barisan

Umpama batu teratur menjulang ke awan

Itulah tunggak dalam merancang

Jangan malas2 lagi ye syamila lepas ni. Merancangla secara sistematik semua kerjamu lepas ni

Salam Bloggers... Intrepetasi Diri...


Ligat jugak otak ini berfikir nak bagi title ape untuk blog ni. Sebagai seorang yang sukakan keunikan, saya mengambil keputusan untuk memberikan tajuk yang menggabungkan perkataan yang bombastic dengan sumting yang bersifat bahasa jiwa. Maka terbitlah perkataan, Kronolgi Sang Pencinta Damai. Hahahaha. Saya tergelak besar. Lucu lah pulak dengan title tersebut. Setelah berfikir berulang kali, banyak juga kontra yang diperolehi. Panjang sangat, nampak kelakar, dan tidak mencerminkan diri ini sepenuhnya, lebih tepat lagi, tak seperti apa yang saya kehendaki. Saya berfikir lagi. Apa sebenarnya kehendak saya? Saya mahukan sumting yang bersifat syumul (menyeluruh). Menyeluruh mengintepretasikan diri ini. Tiba-tiba, ilham dari Allah hinggap di minda ini. AKU HAMBA TUHAN. Ya, benar. Nampak ringkas tapi betul2 bermakna untuk diri ini. AKU HAMBA TUHAN merangkumi sagala-galanya.



Diciptakan manusia ini untuk 3 perkara. Pertama, sebagai ABID untuk mengabdikan diri kepada ALLAH S.W.T. Kedua, sebagai DAI’E untuk berdakwah kepada yang lain, amar makruf nahi mungkar. Dan ketiga, sebagai KHALIFAH untuk mentadbir bumi ini. Lengkap 3 prinsip penciptaan manusia ini dalam konteks AKU HAMBA TUHAN tersebut. Saya tersenyum puas. Akhirnya ALLAH berikan juga ilham untuk diri ini. Terus terang saya katakan dahulu saya agak mudah untuk menerima ilham dari ALLAH. Sebagai seorang yang dikategorikan sebagai ‘orang seni’ (haha) saya kerap mendapat ilham untuk menulis. Tapi disebabkan kekangan dari aspek masa, saya banyak mengabaikan ilham dari ALLAH ini. Apabila datangnya ilham, saya nafikan ilham tersebut untuk terus menerobos berkeliaran dalam otak ini. Natijahnya, sukar untuk saya memperoleh ilham itu kini. Saya tetap bersyukur. Semoga akan datang saya tahu bagaimana untuk mensyukuri nikmat ilham yang dikurniakan ALLAH. Tak semua memperoleh nikmat ilham dan tahu untuk mensyukuri nikmat ini. Tapi, otak ini tetap menggerakkan enjinnya. Kenapa AKU HAMBA TUHAN? Kenapa tidak AKU HAMBA ALLAH? Lebih tepat lagi kan? Entahlah.. saya tak dapat bagi jawapan yang tepat. Cuma apa yang boleh saya katakan ialah AKU HAMBA TUHAN ini ada sejarahnya tersendiri.



Sebenarnya AKU HAMBA TUHAN merupakan title lagu salah seorang sahabat saya yang bergelar anak seni. Lagu nasyidnya yang berunsur nasihat. Beliau pernah memperdengarkan demo lagu tersebut di telinga ini. Dengan sekali pendengaran, saya terpikat dengan lagu tersebut. Indah bait lagunya. Begitu terkesan dalam hati ini. Cuma, saya berpeluang untuk mendengarnya sekali sahaja. Dapatkah saya mendengarnya untuk kali kedua? Entah. Tiada jawapan kerana beliau telah pun berubah haluan. Tidak lagi mendendangkan lagu berunsur nasihat. Kenapa? Saya tidak menjalankan tanggungjawabku sebaiknya untuk menjadi seorang dai’e. Dapatkah diri ini untuk menyedarkan insan itu supaya sedar akan apa yang dilakukannya kini. Hanya doa yang mengiringi semangatmu..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin