Sunday, May 31, 2009

Zainab Al-Ghazali

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.


http://cheekylulu.files.wordpress.com/2008/06/zainab-al-ghazali.jpg

Ada sebuah kisah menarik yang pernah terjadi di suatu negeri pada tahun 1965. Peristiwa ini, perlulah dijadikan pengajaran terutamanya untuk kaum muslimat. Di waktu itu, hiduplah seorang aktivis muslimah yang menyeru manusia kepada Allah SWT. Namanya Zainab Al-Ghazali.

Dia adalah seorang da'ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya. Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dia memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu.

Zainab Al-Ghazali pun telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meremang bulu roma di saat mendengar kisahnya. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar. Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu.

Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, "Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu." Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24. Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara:

"Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, "Bismillah As-salamu'alaikum." Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, "Ya Allah, Ya Allah..." Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo'a kepada Allah swt. dengan mengatakan, "Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"

Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7)

Ini adalah peristiwa nyata yang terjadi semasa kekejaman pemerintahan. Peristiwa itu merupakan pertolongan yang diberikan Allah kepada Zainab Al-Ghazali, wanita muslimah tersebut. Mereka tidak berhenti melakukan penyiksaan kepada wanita muslimah ini. Hari demi hari berganti, bulan demi bulan teru berjalan dan tahun-tahun pun berganti. Namun, Zainab tetap terkurung didalam penjara dan menerima berbagai macam penyiksaan, tanpa kesalahan yang jelas.

Wahai saudaraku muslimah yang mulia, ini adalah realiti yang dialami oleh sebahagian saudarimu seaqidah yang tersebar di berbagai belahan bumi. Meski demikian, Zainab Al-Ghazali tetap bersabar dan mengharap pahala dari Allah, Dzat Yang Maha tinggi dan Maha kuasa. Ia selalu tegar kerana sangat yakin bahawa pertolongan Allah swt. pasti datang. Demikianlah, kekuatan iman itu dapat menimbulkan berbagai hal yang menakjubkan, sulit untuk dicerna oleh pemikiran manusia.

Mencari Calon Isteri dan Suami

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.

Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.

Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com. Antara yang menarik tulisan berikut:

Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.

Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.

Apa tujuan berumahtangga?

Begin with the end in mind“, adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.

Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.

Berkahwin kerana harta?

Harta bukan sumber bahagia. Donald Trump yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell,

“aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku”

Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.

Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.

Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU. Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?

Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.

“Maka pilihlah yang memiliki agama… nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.

Benar sekali, pilihlah yang beragama.

“Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!”, kata seorang pelajar ‘bidang bukan agama’.

PENYAKIT “TIDAK JELAS”

Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar, menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit “tidak jelas”, apabila tiba kepada soal beragama.

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?

Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.

Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?

Sejauh mana gred ‘A’ yang digarap dalam subjek “PengeTAHUan Agama Islam” menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?

“Yang memiliki agama” itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal
MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan “jenama TAHU agama” tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang ‘teachable“.

HANYA ‘BERAGAMA’?

Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.

Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.

Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.

Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..

Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.

Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh… atas nama berkahwin kerana beragama.

Saturday, May 30, 2009

HARAKAH ISLAMIAH : Satu Pengenalan Ringkas.

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.


Selepas kejatuhan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah tanggal 03 Mac 1924 hasil pengkhianatan Musatafa Kamal Attaturk dengan bantuan dari pelbagai negara-negara Barat , maka muncullah satu demi satu gerakan Islam di beberapa buah negara khasnya negara-negara yang pernah menjadi wilayah pemerintahan Uthmaniyyah. Dengan berbekalkan satu matlamat yang sangat besar iaitu untuk mengembalikan semula sistem khilafah ini yang telah mengangkat darjat serta kemuliaan ummah , maka beberapa individu dikalangan ulama’-ulama’ yang sedar memulakan langkah kearah pembentukan semula rasa cinta terhadap agama dikalangan ummat Islam yang telah diserang badai jahiliyah Sekular yang sangat dahsyat.
Berikut adalah beberapa Harakah Islamiah yang ditubuhkan selepas kejatuhan Khilafah :
1924 – Nama : Jama’ah An-Nur
Pengasas : Sheikh Bediuzzaman Said An-Nursi.
Tahun / Tarikh : 1924 ( selepas kejatuhan Khilafah )
Negara : Turki.
Bertahan selama 9 bulan sahaja dan diharamkan.
1928 – Nama : Ikhwanul Muslimin
Pengasas : As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.
Tahun / Tarikh : 1928Tempat : Ismailiyah.
Negara : Mesir.
Rangkaian : Jordan, Syria, Lubnan, Sudan, Afrika Utara, Iraq dan lain-lain.
1941 - Nama : Jama’ah Islami
Pengasas : Sayyid Abul A’la Al-Maududi
Tahun / Tarikh : 26 Ogos 1941
Tempat : LahoreNegara : Pakistan
Rangkaian : Benua India – Sri Lanka, Bangladesh, Afganistan, India ( 1947 – Syah Waliyullah Ad-Dahlawi ).
1944 - Nama : Parti Al-Ummah
Pengasas : Sadiq Al-MahdiTahun / Tarikh : 1944
Tempat : Khartoum
Negara : Sudan· Sekarang Ikhwanul Muslimin – Dr.Hasan Turabi.
1945 - Nama : Majlis Syura Muslimin ( Masyumi )
Pengasas : Haji Mohammad Natsir ( Pak Natsir )
Tahun / Tarikh : 08 November 1945
Tempat : YogjakartaNegara : Indonesia
Diharamkan : 17 Ogos 1960
1947 - Nama : Al-Jamahir Syabiyah
Pengasas : Ust Muhammad Mahmud As-Sawaf
Tahun / Tarikh : 1947Tempat : Baghdad
Negara : Iraq
Diharamkan : 1952·
Sekarang Ikhwanul Muslimin
1948 - Nama : Hizbul Muslimin
Pengasas : Ust Hj Abu Bakar Al-Baqir
Tahun / Tarikh : 14 Mac 1948
Tempat : Gunung Semanggol, Perak Darul Ridzuan
Negara : MalaysiaDiharamkan : Jun 1948
1951 - Nama : Parti Islam Se-Malaysia ( PAS )
Pengasas / Pimpinan : Haji Ahmad Fuad
Tahun / Tarikh : 24 November 1951
Tempat : Bagan Tuan Kecil, Pulau Pinang
Negara : Malaysia
1987 - Nama : Harakatul Muqawwamatil Islamiah ( HAMAS )
Pengasas : As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin
Tahun / Tarikh : 08 Disember 1987
Tempat : Ghazzah ( Gaza )
Negara : Palestin·
Lanjutan dari Ikhwanul Muslimin Palestin – 1948
1989 - Nama : Front Islamic Salvation ( FIS )
Pengasas / Pimpinan : Prof Abbas Madani dan Sheikh Ali Benhaj
Tahun / Tarikh : 18 Februari 1949
Negara : Algeria
Diharamkan : 09 Februari 1992
1998 - Nama : Partai Keadilan Sejahtera ( PKS )
Pengasas / Pimpinan : Dr.Ir Nurmahmudi Ismail dan Dr.Hidayat Nurwahid
Tahun / Tarikh : 20 Julai 1998
Tempat : Jakarta
Negara : Indonesia
2001 - Nama : Parti Keadilan & Pembangunan Turki ( AK Party )
Pengasas / Pimpinan : Recep Tayyip Erdogan
Tahun / Tarikh : 14 Ogos 2001
Negara : Turki· Lanjutan dari Parti Refah – Prof Nejmuddin Erbakan· Lanjutan dari Parti Milli Salamat.

Friday, May 1, 2009

Wajah Baru

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Petang tadi saya baru sahaja selesai menempuh peperangan yang dahsat. Bak kata orang, "killer subject". Memang bisa membunuh. Uhh... Saya serahkan segala urusan kepada ALLAH. Dia yang selayaknya menilai dan menentukan. Semoga saya menjadi insan yang lebih tabah.

Perasan tak wajah baru blog ni? Saya bukanlah peminat warna biru. Tapi, macam tersuka pulak dgn template baru ni. Dan kalau ade yang perasan, background ni nak dekat2 sme dgn seseorang. Sape ye? Opss...Kebetulan!

Berbaki satu sahaja lagi paper, saya ingin menujukan seeklusif penghargaan buat tiga insan yang sebenarnya boleh dikira banyak membantu saya sepanjang minggu exam ini. Insan tersebut adalah rakan2 saya. Ms A, Ms N dan Ms S.

To Ms A - terima kasih kerana sudi mendengar perkabaran diri ini. Teruskan menjadi sahabat yang mengambil berat akan sahabatmu yang lain. Semoga ALLAH menbalas semua kebaikanmu. Maaf andai tercipta jarak antara kita. Dengan adanya jarak itu, putiklah rindu di hati.

To Ms N - As I said, ajakan kita ke jalanNya dalam kita tak sedar kemungkinan menjadi perantara terbukanya pintu hidayah. I'm appreciate it very much, Thanks a lot to be there. Kadang2 kita tak perlu membuka mulut untuk melahirkan rasa hati.

To Ms S (sape?Syamila ke?) - Terima Kasih banyak2. sebab jadi coursemate terbaik. Saat diri ini dalam keadaan kritikal tidak terkata, Ms S hadir dengan jayanya. Semoga ALLAH jua yang membalasnya. Doakan kejayaan bersama.

Tak tahulah kenapa suka sangat beri kata penghargaan kat sini. kat mulut tak terkeluar pulak. Dats y la... Ape2 pun selamat ber"exam" kepada yang sedang dan bakal menempuhi exam. Jangan lupa panjatkan pengharapan yang tinggi kepadaNya. Sesungguhnya Dialah yang menentukan adanya kita di sini saat ini.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin