Tuesday, December 22, 2009

Prinsip Cinta??

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.


Prinsip saya tentang cinta :

Saya tidak mahu terlibat dengan cinta mana-mana manusia sehingga saya bertemu dengan cinta Hakiki, Cinta Kepada ALLAH melainkan saya benar2 percaya mana-mana manusia tersebut boleh membawa saya berada lebih dekat dengan ALLAH. Saya tahu amat sukar untuk saya merealisasikan semua ini kerana saya memerlukan mujahadah yang tinggi. Semoga ALLAH mendengar kata hati saya kerana saya yakin dan percaya ALLAH tahu saya sedang mengejar cintaNya. Dan saya juga yakin dan percaya ALLAH amat menyayangi saya dan tak akan biarkan saya terkapai-kapai keseorangan jika saya benar-benar ingin merebut cintaNya.

Saya bersyukur kerana tidak terlibat dengan masalah hati kerana bagi saya ALLAH telah beri ujian yang lebih hebat untuk saya buat masa ini. Mungkin benar kata-kata kawan saya, saya patut rasa beruntung kerana tidak diuji dengan masalah sebegini kerana saya sendiri takut melihat keadaan kawan2 saya. Diuji dengan pelbagai ujian yang saya rasakan berat. Kita berusaha untuk menjaga tapi di pihak lain pula sebaliknya. Saya pun takut untuk bercerita tentang muslimin yang belum pun sah menjadi hak milik kita. Kerana bagi saya, tiada siapa pun dalam dunia ini milik kita. Mungkin, suami kita adalah suami kita tapi dia bukan milik kita. Dia milik ALLAH, ALLAH lebih berhak untuk melakukan apa sahaja keatasnya. Bercerita tentang sesuatu yang belum pasti, semoga saya dijauhkan segalanya.

Bertuahnya saya kerna tidak mengalaminya kerana saya dapat menyaksikannya sebelum saya mengalaminya. Apabila saya menyaksikannya, saya dapat menilai mana yang baik, mana yang buruk. Dan apabila tiba masa itu, saya akan berusaha untuk menjadi orang yang menyimpan rahsia peribadi, orang yang tidak bercerita tentang sesuatu yang belum pasti, orang yang teguh pendirian apabila diuji kerana saya telah menyaksikan sebelum mengalami. Bertuahnya kerana saya lambat diuji. Lambat bererti saya sepatutnya matang apabila tiba ujian saya.

Mungkin saya belum berjumpa dengan apa yang dikatakan cinta. Kerana itu saya tidak punya apa-apa keyakinan. Saya tahu urusan yakin ataupun tidak ditentukan dengan keberadaan kita dengan ALLAH, semakin dekat kita dengan ALLAH semakin yakin kita akan sesuatu. Saya faham. Cuma biarlah untuk ketika ini. Saya tak bersedia untuk berbicara tentang keyakinan terhadap sesuatu yang saya sendiri pun tidak enak untuk berbicara soalnya. Sekarang bukan masanya untuk saya fikir soal itu. Banyak perkara lain yang perlu saya fikirkan. Saya yakin setiap apa yang kita ucapkan akan diuji ALLAH. Semoga saya tidak diberi ujian yang tidak mampu saya tanggung.

Untuk apa saya menulis semua ini? Bukan untuk dicanang kepada semua orang. Apa yang penting, ianya sebagai peringatan kepada diri saya sendiri. Puas sudah saya merungkai definisi cinta tapi akhirnya saya benar-benar percaya bahawa inilah sebenarnya definisi cinta bagi saya. Prinsip saya adalah prinsip saya. Andai ada manfaatnya untuk sahabat2, silakan. Andai kata-kata saya langsung tiada guna, hindarinya. Sekian.


Monday, December 14, 2009

Cuba perhati..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.



Perhatikan 1:35 - 1:52. Apa yang dapat anda perhatikan?


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin