Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Merdeka!!

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang




Oh, sudah 53 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Tarikh 31 Ogos memang tidak lekang dari minda saya apabila mengingatkan Hari Kemerdekaan negara kita ini. Dan apa yang menarik minat saya berkaitan hari kemerdekaan pada tahun ini adalah tema Hari Kemerdekaan.

1 Malaysia Menjana Transformasi

Wow!! hebat bunyinya. ala-ala tema ISIUKM pada tahun ini, Islam memimpin transformasi Ummah. Saya fikir, tema tahun ini lebih sedap disebut berbanding tema pada tahun lepas, 1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Wah, tidak lekang perkataan 1Malaysia tersebut.

Meraikan Sambutan Kemerdekaan

Sejak dari kecil lagi, saya kerapkali mengunjungi majlis sambutan kemerdekaan setiap tahun. Ini kerana, saya hanya perlu menapak beberapa tapak untuk ke Stadium Batu Pahat. Satu peluang yang sukar untuk dilepaskan. menyaksikan perbarisan dan laungan keramat merdeka amatlah saya nanti-nantikan. Tapi, sejak kebelakangan ini semangat saya itu semakin pudar.

Saya tidak betah merajinkan diri saya untuk melangkah ke sambutan ambang merdeka mahupun majlis sambutan kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos. Bukannya apa, hari kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada bulan Ramadhan. Mungkin akan terjejas puasa saya. Mungkin! Ah, saya bukan tidak pernah hadir ke tempat-tempat begitu.

Menyokong tindakan

Saya dengan ini menyokong tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang tidak membuat sebarang sambutan ambang merdeka dek kerana menghormati bulan Ramadhan. Satu tindakan yang bijak saya fikir. Sumber lanjut.

Cukup-cukuplah dengan aktiviti perhambaan hedonisme ini. Saya sudah muak. Sedih saya melihat anak-anak gadis berkepit dengan lelaki yang bukan mahramnya. Ah, saya sudah melihatnya dari saya kecil, tolong hentikan boleh?

Penantian

Pada tahun ini, saya sambut kemerdekaan dengan cara yang paling sederhana. Bersama geng2 GMUKM, kami berkumpul dan mengelilingi kawasan UKM sambil mengedarkan bendera kepada warga kampus. Sungguh Cool!! Pengalaman yang pasti tidak dapat saya lupakan. Apapun, dalam kita menyambut hari Kemerdekaan ini, janganlah kita terlalu berlebih-lebihan. lebh-lebih lagi sewaktu bulan puasa yang mulia ini.

"Wahai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan"
(Surah al-A'raf, 7: 31)


Apa yang lebih penting, bagaimana kita menghayati erti kemerdekaan itu sendiri. Adakah kita benar-benar sudah merdeka ataupun kita merdeka dari sudut fizikal sahaja tetapi pemikiran kita masih dijajah oleh negara barat? melihatkan warga kampus di UKM, saya berani mengatakan mahasiswa kini belum lagi merdeka dari sudut pemikiran. Islam tidak dijadikan tunjang apabila menilai dan membuat sesuatu perkara. Padahal sudah jelas ALLAH berikan kepada kita al-Quran dan hadith sebagai petunjuk.

Perkara yang paling saya nanti-nantikan menjelang hari kemerdekaan adalah Iklan Petronas. Iklan Petronas Merdeka tahun ini, apa yang boleh saya perkatakan...So Cool!!




Akhir

Saya sayang Malaysia!!

p/s : Selamat hari ulangtahun buat Siti Nor Syahidah Ismail dan Nurul Izati Abd Samad. sayang kamu~!! Anak merdeka!!


. ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin