Sunday, August 29, 2010

Orang Bukan Islam Masuk Masjid?

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.


Nampaknya isu yang agak panas ketika ini adalah isu orang bukan islam masuk ke surau atau masjid dan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat? ape pendapat saya? oh, saya bukan ingin mengeluarkan apa-apa kenyataan di sini, cuma saya mahu mengajak pembaca-pembaca mengkaji isu ini.

Saya akui saya dilahirkan bukan sebagai penganalisis, tapi saya dilahirkan sebagai seorang pemerhati. Saya suka perhatikan sesuatu hingga apabila saya rasakan saya perlu katakan sesuatu, maka saya akan perkatakan. Jika, saya rasakan tidak perlu berkata-kata, maka lebih baik saya diam. Dan sampai bila saya mahu menjadi pemerhati? memerhati dan terus memerhati? mungkin ini langkah pertama. Mengkaji.

Kisahnya begini. menurut laporan dari sebuah laman web yang dijamin kesahihannya mengatakan,

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah mengunjungi surau al-Huda pada Ahad, 22hb Ogos yang dengan tujuan menghulurkan bantuan kewangan sumbangan kerajaan negeri Selangor bagi memperbaiki pagar surau dan juga sumbangan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau. Teo dengan ikhlas selaku wakil rakyat memberikan sepatah dua kata dan juga sedikit penerangan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor. Malangnya ucapan beliau itu telah disalahtafsirkan sebagai tazkirah.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak yang berkepentingan yang cuba mempolitikkan lawatannya itu. Akibatnya, MAIS bertindak tegas dengan mengambil alih surau itu dan menguruskan pentadbirannya dengan serta merta.

Boleh rujuk di sini dan di sini

Respon


Terlalu banyak respon yang diterima berkaitan isu ini. Saya fikir, ia lebih kepada eksploitasi politik.

Si A : bukan islam tak boleh masuk ke masjid/surau untuk beri tazkirah.
Si B : bukan bagi tazkirah pun. Habis tu yang dah terang2 islam, selamber jek masuk surau/
masjid tak tutup aurat

Jadi, di mana silapnya? kurangnya ilmu pengetahuan, ataupun isu ini sengaja dipolitikkan?

Memetik kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat,


“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid”,

untuk sumber lanjut, sila klik

See? maksudnya apa? salahkah orang bukan islam memasuki masjid? saya pernah melahirkan rasa kesal apabila berhenti solat di masjid Putrajaya, kesal dek kerana kurang selesa dengan kunjungan pelancong asing. Saya fikir, kemuliaan masjid sedikit tercemar dengan kehadiran mereka. Tapi ketika itu, saya hampir terlupa bahawa besarnya pahala seseorang muslim itu apabila berjaya membawa seorang yang bukan islam memeluk agama islam. Mungkin atas kunjungannya ke masjid ketika itu, Allah kurniakan hidayah untuknya memeluk agama suci ini. Ah, ceteknya ilmu ketika itu.


Fatwa Kebangsaan mengenai hukum orang bukan Islam memasuki masjid dan ruang solat utama di dalam masjid :

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walau bagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.


Keterangan/Hujah:
Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya.
Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

sumber boleh dirujuk di sini

Solusi

Saya cuma ingin katakan di sini. berilah penilaian yang terbaik. Kaji dengan mendalam sesuatu isu. Tidak perlu menjadi lalang untuk mengangguk setuju. Kita punya pendapat kita sendiri setelah kita tahu dengan jelas dan terperinci sesuatu isu. Kita punya Al-Quran dan hadith yang ditinggalkan Rasulullah sebagai panduan setelah kewafatan baginda. Kita boleh selidik sirah nabi dan sahabat-sahabat terdahulu. Dan kita punya ulama dan mufti untuk merujuk segala persoalan hukum.

Jangankan kerana malu dengan aib sendiri, kita mula mencanangnya aib orang lain. Kerana ingin menutup malu kita, kita hebohkan perkara yang tidak perlu diperbesar-besarkan. Teringat saya ketika menghadiri sebuah bengkel anjuran GAMIS suatu ketika dahulu. Seorang penceramah jemputan ada mengatakan

"tak perlu untuk kita merespon semua isu. Jika isu itu tidak membawa apa-apa kemudaratan kepada semua, abaikan. Fokus kepada isu yang lebih besar"

lebih kurang begitu menurut pemahaman saya. Benar, kadangkala dalam menilai politik saya terfikir, sesetengah isu sengaja diketengahkan untuk menutup isu yang lebih besar. Sepertimana yang berlaku di negara tercinta kita. Jika tidak respon, mungkin sesetengah orang yang bersifat 'neitral' hanya akan menganggukkan kepala kepada satu pihak lantaran tiada penjelasan daripada sebelah pihak lagi. Ah, politik. Politk bukan kotor tapi ahli politik yang mengotorkannya.

Mengkaji dan terus mengkaji. agar satu hari nanti boleh kita analisis sesuatu isu dengan lebih mudah.

Tuntas

Akhir sekali, bolehkah kita bezakan gambar ini



dengan yang ini



dengan yang ini

Wallahua'lam

Allah Maha Mengetahui Segalanya

ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin