Sunday, January 25, 2009

SaHaBaT2Ku...

Berpijak di bumi UKM mengajar aku banyak perkara. Jangan katakan ianya pengalaman selagi aku tidak menempuhinya. Jangan katakan aku belajar semua ini sendirian kalau bukan dengan bantuan sahabat. Ya, benar. Aku benar2 menghargai orang yang berada di sekelilingku. Aku sayangkan temanku. Bagiku setiap seorang yang menjadi kenalanku masing2 mempunyai keunikannya tersendiri. Aku begitu membantah jika ada yang berkata, “ tak kawan dengan dia, ramai lagi orang yang boleh dijadikan kawan,”. Aku sangat tak bersetuju. Setiap insan di bumi ini dianugerahkan kelebihan dan kekurangan. Disitulah terselitnya keunikan masing2.

Atas dasar penghargaan kepada keunikan sahabat2ku, izinkan untuk aku menghuraikan satu persatu keunikan sahabat2 yang begitu aku sayangi ini. 11 orang kesemuanya. Opppsss.. 12 orang. Baru tambah bilangannya. Percayalah sahabat2, diri ini begitu menghargai kalian. Seringkali air mata insan yang ego ini menitis dek kerana mengenangkan pengorbanan sahabat2, dek kerana dirasakan sahabat2 terlalu memahami diri yang sering membebankan ini, dek kerana hati ini kecewa atas harapan yang terlalu besar diletakkan di atas pundak sahabat2 sekalian. Oleh kerana mahu menjadikan kata2 penghargaan ini sesuatu yang begitu eksklusif dan unik, biarlah nama2 sahabat tersorok di sebalik symbol nombor. Kerana biarlah insan yang bergelar aku ini yang menyimpan segala2nya.



Insan bernombor satu 1 bukanlah melambangkan jaraknya denganku 1 cm 1 inci ataupun 1 hasta. Kerana aku gemar untuk melabelkan dia dengan nombor 1. Itu sahaja. Dia banyak mengajarku erti kesederhanaan. Walaupun dirinya dilahirkan sungguh bertuah, tapi dia begitu banyak pengalaman hidup dalam kesederhanaan. Sahabat, aku mengagumi gaya sederhanamu. Kau mengajar aku untuk menahan nafsu makanku walaupun perutku ini berkapasiti 2 GB. Keunikanmu terserlah disebalik sifatmu yang merendah diri, tidak suka menunjuk2, dan sederhana. Aku kaitkan 1 dengan sederhana.



Insan nombor 2 banyak mendewasakan aku. Aku banyak belajar daripadanya dengan hanya menggunakan lirikan mata ini. tiada ilmu yang tercurah dari mulutmu sahabat, Cuma gayamu membuatkan aku banyak berfikir, aku terdorong untuk mencontohi akhlakmu. Kerana kau menggunakan mulutmu hanya untuk waktu tertentu. Aku mengagumi gayamu. Kau menyedarkan aku tentang tanggungjawab aku sebagai seorang siswi. Serius aku menghargai jasamu itu. Aku kaitkan nombor 2 dengan keunikan intelek.



Insan no 3 mengajar aku tentang ketegasan, masa dan idea. Dia begitu tegas dengan pendiriannya sehinggakan ketegasan itu diterjemah di wajahnya. Pada mulanya aku seperti ingin menyerahkan kekalahan. Aku fikir aku tak dapat bersahabat denganmu hanya kerana sifatmu yang begitu. Tapi aku silap sahabat. Deraian tawa menyatukan kita. Kau berkongsi denganku tentang masa yang berharga itu, tentang ilmu yang bernilai itu. Terima kasih sahabat, aku kaitkan 3 dengan ketegasan.



Insan nombor 4 mengajar aku tentang ukhwah. Aku sayangkan ukhwah ini sahabat. Aku baru belajar erti kemanisan ukhwah sejak bertemu denganmu. Aku menangis keranamu, kau menangis keranaku. Aku rindukan masa2 lalu kita. Kau sangat mengajar aku melalui teguranmu. Terkadang insan ego ini ingin menafikan kata2mu tapi akhirnya aku akur dengan kata2mu. Kau nampak begitu matang dengan hidup ini memandangkan hidupmu yang penuh cabaran itu. Aku kaitkan 4 dengan kematangan.



Insan nombor 5 mengajar aku tentang kebahagiaan. Entah kenapa aku bahagia memandang wajahmu, setiap kali. Wajahmu indah tatkala senyuman itu terukir di wajahmu. Tapi terkadang, payah untuk sepasang mata ini melihat senyummu. Aku hairan denganmu sahabat. Kau dilanda masalah? Aku tidak bisa merungkainya. Cuma aku senang melihat kau senang, aku senang melihat kau tenang. Sungguhpun hidupmu dipenuhi dengan amanah, kau berjaya melangsaikan semua itu dengan bijaknya. Kau tabah mengharungi hidupmu dengan deraian air mata. Aku menganjungimu sahabat. Aku kaitkan 5 dengan kebahagiaan.



Insan nombor 6 mengajar aku erti ketenangan. Seraut wajah yang tenang untuk perilaku yang tenang. Kau tenang menyusun segalanya milikmu. Kau tenang menyusun hidupmu supaya kelihatan lebih terurus. Jujur, aku mencemburui keterurusan hidupmu. Bilakah masanya bisa aku menjadi sepertimu? Kau disenangi semua kerana ketenangan milikmu itu. Kau tidak mudah melatah apabila hidupmu diuji dengan pelbagai ujian. Kerana kau tahu disebalikmu ada Tuhan yang amat menyayangi hamba2Nya. Teguhkan pasakmu sahabatku. Aku kaitkan nombor 6 dengan ketenangan.



Insan nombor 7 dan cabaran. Hidupmu penuh
dengan cabaran, sahabat. Sesuai benarlah dengan kemampuanmu. Kerana ALLAH lebih tahu kemampuanmu di mana. Kau tidak mudah melatah dengan cabaran. Kau menangkis cabaran2mu itu dengan akhlakmu yang tersusun rapi itu. Kau memiliki sesuatu yang berharga tapi kau menyimpannya dengan rapi kerana aku tahu prinsipmu tidak suka menunjuk2. Aku hargai itu sahabat. Dalam kelembutanmu, terselit akhlak dan ilmu yang tidak bisa aku gambarkan. Aku kaitkan 7 dengan cabaran hidup



Insan nombor 8 mengajar aku tentang kekuatan. Kuat hatimu dengan ujian yang melanda. Aku tahu disebalik wajahmu yang seakan bermasalah, di sebalik matamu yang merah basah, di sebalik mulutmu yang terkunci rapat itu, aku yakin kau kuat untuk menghadapi dugaan hidup ini. aku tahu kau kuat. Kuatnya dirimu kerana diuji dengan pelbagai ujian yang aku sendiri tak mampu untuk menghadapinya. Aku tahu kau sedang mengumpulkan kekuatan di saat kau diam seribu bahasa. Kekuatan itulah perlu kau kongsi bersama sahabat2 yang lain. Aku kaitkan 8 dengan kekuatan.



Insan nombor 9. cukup menyayangi dan bertindak seperti seorang ibu yang penyayang. rase dihargai. kadang2 sifatnya yang suka mengenakan orang membuatkan aku tiada alasan untuk bermuka muram pada hari itu. tabah dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. ramai yang sukakan cara kerjanya dan bagiku, aku senang bekerja, berbicara dan berkongsi dengannya. aku kaitkan nombor 9 dengan adaptasi diri.





Insan nombor 10 yang best. seorang yang sangat hiperaktif dari sudut mulutnya. tambah2 lagi dengan berkawan denagn aku, senang2 je dapat title baru. dan aku mengekalkan tradisi title tersebut dari sekolah lagi. susah nak ubah. idea yang keluar dari medula oblongata, sereblum dan serebrumnya sangatlah bernas dan tidak dapat dipertikaikan. aku kaitkan insan nombor 10 ini dengan Owen sebab Owen pakai jersi nombor 10. hahahaha. gurau je. aku kaitkannya dengan semangat inkuiri yang positif.





Insan nombor 11 mengajar aku tentang motivasi dan positif. Kau seorang yang bersemangat dan tak mudah untuk berputus asa. Kau akan cuba sedaya upayamu untuk bangkit setelah kau rasakan kuntum2 goyah mewarnai hidupmu. Aku sukakan semangat survival itu. Kau berusaha untuk memulihkan dan menjernihkan kembali kekeruhan yang bertandang. Motivasi dan pemikiran positif memang tidak lekang dari hidupmu. Keunikan itu mendekatkan dirimu dengan diriku. Aku kaitkan 11 dengan positif.



Insan nombor 12 dan hijau. Masih hijau usia perkenalan kita. Aku baru mengenali hidupmu. Semoga perkenalan ini membuahkan kuntuman ukhwah yang mewangi. Aku mengharapkan keselesaan pada wajahmu sewaktu menggabungkan diri dengan diri ini. aku berharap dengan sangat. Aku mula untuk menguntum kasih pada dirimu. Izinkan kuntuman ini membunga dengan suburnya, sahabat. Aku kaitkan 12 dengan kehijauan.

1 comment:

Tasneem said...

salam ziarah...
wah... sape sahabat2 awak tu?untungnye mereka punye sorg shbt yg amat mhargai shbt...
tahniah, keep up the good works!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin