Monday, January 5, 2009

Salam Bloggers... Intrepetasi Diri...


Ligat jugak otak ini berfikir nak bagi title ape untuk blog ni. Sebagai seorang yang sukakan keunikan, saya mengambil keputusan untuk memberikan tajuk yang menggabungkan perkataan yang bombastic dengan sumting yang bersifat bahasa jiwa. Maka terbitlah perkataan, Kronolgi Sang Pencinta Damai. Hahahaha. Saya tergelak besar. Lucu lah pulak dengan title tersebut. Setelah berfikir berulang kali, banyak juga kontra yang diperolehi. Panjang sangat, nampak kelakar, dan tidak mencerminkan diri ini sepenuhnya, lebih tepat lagi, tak seperti apa yang saya kehendaki. Saya berfikir lagi. Apa sebenarnya kehendak saya? Saya mahukan sumting yang bersifat syumul (menyeluruh). Menyeluruh mengintepretasikan diri ini. Tiba-tiba, ilham dari Allah hinggap di minda ini. AKU HAMBA TUHAN. Ya, benar. Nampak ringkas tapi betul2 bermakna untuk diri ini. AKU HAMBA TUHAN merangkumi sagala-galanya.



Diciptakan manusia ini untuk 3 perkara. Pertama, sebagai ABID untuk mengabdikan diri kepada ALLAH S.W.T. Kedua, sebagai DAI’E untuk berdakwah kepada yang lain, amar makruf nahi mungkar. Dan ketiga, sebagai KHALIFAH untuk mentadbir bumi ini. Lengkap 3 prinsip penciptaan manusia ini dalam konteks AKU HAMBA TUHAN tersebut. Saya tersenyum puas. Akhirnya ALLAH berikan juga ilham untuk diri ini. Terus terang saya katakan dahulu saya agak mudah untuk menerima ilham dari ALLAH. Sebagai seorang yang dikategorikan sebagai ‘orang seni’ (haha) saya kerap mendapat ilham untuk menulis. Tapi disebabkan kekangan dari aspek masa, saya banyak mengabaikan ilham dari ALLAH ini. Apabila datangnya ilham, saya nafikan ilham tersebut untuk terus menerobos berkeliaran dalam otak ini. Natijahnya, sukar untuk saya memperoleh ilham itu kini. Saya tetap bersyukur. Semoga akan datang saya tahu bagaimana untuk mensyukuri nikmat ilham yang dikurniakan ALLAH. Tak semua memperoleh nikmat ilham dan tahu untuk mensyukuri nikmat ini. Tapi, otak ini tetap menggerakkan enjinnya. Kenapa AKU HAMBA TUHAN? Kenapa tidak AKU HAMBA ALLAH? Lebih tepat lagi kan? Entahlah.. saya tak dapat bagi jawapan yang tepat. Cuma apa yang boleh saya katakan ialah AKU HAMBA TUHAN ini ada sejarahnya tersendiri.



Sebenarnya AKU HAMBA TUHAN merupakan title lagu salah seorang sahabat saya yang bergelar anak seni. Lagu nasyidnya yang berunsur nasihat. Beliau pernah memperdengarkan demo lagu tersebut di telinga ini. Dengan sekali pendengaran, saya terpikat dengan lagu tersebut. Indah bait lagunya. Begitu terkesan dalam hati ini. Cuma, saya berpeluang untuk mendengarnya sekali sahaja. Dapatkah saya mendengarnya untuk kali kedua? Entah. Tiada jawapan kerana beliau telah pun berubah haluan. Tidak lagi mendendangkan lagu berunsur nasihat. Kenapa? Saya tidak menjalankan tanggungjawabku sebaiknya untuk menjadi seorang dai’e. Dapatkah diri ini untuk menyedarkan insan itu supaya sedar akan apa yang dilakukannya kini. Hanya doa yang mengiringi semangatmu..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin