Friday, March 27, 2009

Aku bukan Anti-Bio

~kena ubah mind setting ni...~

tensennye blaja BIOKIMIA. Rasa macam nak muntah n pitam n segala2nya jela bila sebut biokimia. huhuhu. Haritu masuk kelas, fikiran melayang mengenangkan result yang entah apa2 tu. dah aku ckp dah, aku xde bakat dlm subjek2 yg ade bunyi bio ni. contohnya, biologi, biokimia, mikrobiologi, lagi2 bioteknologi. naseb baik la.....

tak tahu nak buat macam mana lagi dgn subjek kebio-bioan ni. pesimis sangat2. entah apa la yang boleh mengubah mind setting ni. kalau dulu kat sekolah, subjek bio la yang paling merimaskan. tapi blaja jugak. time kat matrik dulu, ingatkan taknak dah amek hayat tapi dpt tu jugak. dapat yang tak nak tu jugak. seperti yang termaktub dalam al-Quran...

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui"

(Al-Baqarah : 216)
Kena sedar yang sebenarnya Allah yang maha mengetahui segala2 yang terbaik untuk hamba2Nya. siapalah kita untuk mengatakan itu dan ini sedangkan kita hanya mampu merancang tapi ALLAH Maha membuat rancangan dan perancangan ALLAH yang terbaik.

aku pun amek keputusan untuk teruskan jugak berada di kelas hayat memandangkan kelas fizikal dimajoritikan (sesuka hati je buat ayat) oleh kaum lelaki. mula2 sem tu, result bio la paling teruk, bak kata orang menghampehkan. aku terduduk sayu. entah ape la yang aku dah buat untuk paper bio. naik je sem 2 kat matrik, aku pun buat strategi n perancangan baru. nota kuliah pun wat style baru n mcm2 lagi la perancangan yang baru. nk dikatakan sem2 lagi rajin, tak dok pun. sme je rsenya. tapi, ku gagahkan jua untuk menempuhi sem tersebut. taram jela, alang2 dah masuk sem2 buat jela yang mampu. pulak tu blaja bio dengan cikgu yang tak pernah bagi peluang kat anak murid dia utk salin. blaja pasal kingdom2 plak tu. entah ape entah, aku tak ingat dah. ala, yang blaja ade 5 kingdom tu. fungi, animalia, dan lain2 tu fikir sendiri la(sesuka hati aku je wat fakta baru). lagila rse makin menyampah nak blaja bio. aku pun main sebat je time jawab exam bio final kat matrik tu. bantai jela apa yang patut. lepas dariapada exam tu, aku rajin banyak. aku tak lupa untuk mintak ALLAH berikan kejayaan kepada diri ini.

tup..tup..dengan kuasa ALLAH, result aku diluar jangkaan (tp xdelah best sgt, untuk aku yg entan pape ni op kos la best. syukur). dan yg berada di luar kotak jangkaan, of kos la BIOLOGI. X sangka Biologi aku setarap dengan math. Yang penting, jangan lupa panjangkan pergantungan dengan ALLAH S.W.T. Kuasa ALLAH. aku dapat senyum je time tu sambil hati ini tak putus2 ucap syukur. ish, aku cte ni macam best je, macam dapat 5.0 flat je. sebenarnya cte ni xbest pun. salah mengayat rsenya aku ni.

cuma sebenarnya bila mengingatkan kondisi Biokimia aku yang semakin teruk dan merudum ni, membuatkan aku tercari2 kembali fail memori kabinet otakku yang usang ini. apa agaknya rahsia aku blaja kat matrik dulu? ikhlas kot...

~AKU BUKAN ANTI-BIO~

Tuesday, March 10, 2009

Johor yang kusayangi...

~sayangkan bumi Johor~

entah kali ke berapa aku menyebutnya. di hadapan rakan-rakan, sudah tentu hinggakan mungkin ada yang panas telinga mendengarnya. aku terkesan dengan program yang aku attend petang tadi. rasa seronok walaupun kehadiran aku tidak menyumbang apa-apa. kalau ingin dibandingkan Johor dengan negeri-negeri lain, apa lebihnya. aku hanya mampu menggaru kepala mungkin. ada ke tempat peranginan yang sesuai dijadikan destinasi pelancongan seisi keluarga? mungkin tiada lebih2 lagi di daerah kelahiranku. pantai yang tak berapa nak bersih tu jugak tempat kami pergi. bukan best pun...




aku punya azam sebenarnya.. untuk melihat bumi Johor ini berubah dari apa yang sedia ada sekarang. aku harap ada yang dapat membantu. mungkin dalam dua tahun lagi aku mulakan misi aku ni. lama lagi tu tapi sebenarnya pejam celik pejam celik rasa sekejap je.. aku tak tahula apa yang akan berlaku pada aku lepas graduate nnt. kat universiti berkobar2 semangat, tapi bila pulang ke kampung halaman masing2 apa yang aku buat. silap2 down sendiri. sekarang ni pun aku selalu buat perkara yang tak dek pekdah. xde motivasi langsung.

aku baru sedar aku ni spesies apa. aku tak pandai nak zahirkan isi hati aku. sebenarnya bukan ni yang aku nak tulis dalam blog. bila baca balik apa yang aku dah taip aku rasa tak sama dengan apa yang ada dalam hati aku. sebab tu la orang tak paham aku. masalah besar ni. mungkin kurang idea. aku bukan macam kat sekolah dulu. bila buat karangan je, ade je benda yang melintas kat kepala otak aku. banyak dosa kot. susah ALLAH nk bagi ilham..

rase takde mood pulak nak teruskan post ni. jumpa lagi lain kali..

Sunday, February 22, 2009

Ironi Kasih


“Daniel, kau suka kat Zulaikha ke?” soalan yang tidak disangka-sangka terbit dari mulut Adam Najih benar-benar membuatkan Ahmad Daniel tersedak. Terasa seolah-olah ada batu besar menghempap dadanya. Sesak.

“Eh, kenapa Abang Adam tanya macam tu? ” jawapan yang terpaksa dibuat-buat. Kononnya tenang.

“Abang tengok kau dengan Zulaikha tu kalau jumpa masing-masing pandang satu sama lain. Pandangan yang luar biasa pulak tu. Korang ni ada apa-apa ke? Korang bercinta dalam senyap eh?” Daniel tergelak dalam hati. Lucu. Lucu yang amat.

“Mana ada, bang. Merepek jelah abang ni. Tapi, kalau saya dengan kak Zulaikha tu ok ke?” Daniel berseloroh lagi. Sengaja mahu melihat reaksi Adam Najih.

“Silakan..” jawab Adam Najih acuh tak acuh.

“Abang Adam, nak tanya sikit. Abang dengan Kak Zulaikha tu bergaduh ke? Saya tengok abang kalau nampak dia macam tak suka je. Kak Zulaikha tu pun sama. Kenapa bang?” Daniel merenung mata Adam Najih dalam-dalam.

“Perempuan dan lelaki ni adalah spesies yang amat berbeza. Mereka saling tak memahami antara satu sama lain. Macam mana nak satukan dua individu yang berbeza ni? Ya, komunikasilah jawapannya. Dulu kitorang pernah bekerjasama. Antara kami, tiada komunikasi. Komunikasi kitorang tak berkesan. Kalau ada tak puas hati, sepatutnya bawa berbincang. Ini tidak, simpan dalam hati lepas tu mengata kat belakang. Tu sebab utama kami tak sebulu. Dia tu ego, berlagak. Macam bagus sangat je. Dia ingat dia je yang betul. Banyak sangat main dengan emosi. Tak professional langsung. Kalau ikut hati abang, dah lama dah..” Ucapan Adam Najih terhenti di situ. Daniel sakit hati. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menumbuk lebam muka lelaki yang berada di hadapannya.


*******************************

Daniel memandang mata bundar itu dengan ekor matanya. Takut. Itulah perkataan terbaik. Mata bundar itu memandang tajam ke arahnya. Daniel tak faham atas kesalahan apa dia diperlakukan sebegitu. Mungkin disebabkan perbualan telefon seminggu lalu.

“Daniel, kan angah dah bagitahu. Jangan rapat dengan Adam tu. Daniel tak faham ke?” suara berintonasi marah kedengaran di corong telefon. Daniel kaget.

“Tapi angah, kenapa tak boleh Daniel nak berkawan dengan Abang Adam tu? Dia tu baik ape. Handsome, warak, pandai. Mana tahu kalau nasib baik, dia boleh jadi abang ipar Daniel,” Daniel sengaja berseloroh.

“Hei, kau jangan nak merepek Daniel. Dia tak mungkin kahwin dengan angah. Sekali lagi kau merepek macam ni, angah sepak kau. Faham?” Daniel terdiam. Tak pernah kakaknya itu menggunakan bahasa kasar ketika berbicara dengannya. Ini kali pertama, nampak marah benar.
“Yalah. Daniel tahu dia bukan taste angah. Siapa cakap angah nak kena kahwin dengan dia supaya dia jadi abang ipar Daniel? Takkan dia nak kahwin dengan along pulak kan? Abang Adam kan ada adik perempuan. Mana tahu Daniel boleh try,” talian diputuskan. Daniel tergelak dalam hati. Kakaknya tentu bengang.

Apa masalahnya kalau dia berkawan baik dengan Adam Najih, satu-satunya senior yang amat mengambil berat tentang dirinya? Adam Najih seringkali mengajaknya untuk mengikuti setiap program anjuran fakulti, anjuran universiti, mengikuti program ilmiah, program keagamaan. Tapi kakaknya? Jangan harap. Sesuatu yang ganjil. Bukankah kita sepatutnya mengamalkan amar makruf nahi mungkar? Bukan mahu mengajaknya ke arah kebaikan, malah melarangnya berkawan dengan Adam Najih yang baik itu. Ini semestinya telah songsang dari konsep sebenar. Kakaknya itu kerap kali berpura-pura tidak menyedari kehadiran Daniel sungguhpun jarak mereka dipisahkan beberapa inci sahaja. Memandangnya pun tidak mahu, inikan pula mahu menegur.

Daniel cepat-cepat meninggalkan kafetaria fakulti. Takut-takut nanti jelingan tajam pula yang dihadiahkan kakaknya. Daniel sendiri tidak mengerti apa yang terjadi antara Adam Najih dan kakaknya itu.

***********************************

Zulaikha melangkah masuk ke bilik mesyuarat persatuan. Kelihatan dua orang juniornya sedang berbual kosong. Syahidah dan Aziera, memang pantang dilihat berdua. Pasti ada sahaja bahan untuk dijadikan cerita. Memandangkan banyak lagi kerja persatuan yang masih tertunggak, Zulaikha membatalkan niatnya untuk menyertai perbualan mereka berdua. Zulaikha terus melabuhkan punggung di kerusi berdekatan dan menumpukan sepenuh perhatian kepada komputer ribanya. Konsentrasi tangan yang sedang mengetuk papan kekunci komputer riba diganggu oleh perbualan dua pelajar perempuan itu. Zulaikha memasang telinga.

“Syahidah, Daniel tu cute kan? Suka tengok dia. Dia selalu bagi tazkirah lepas maghrib kat kolej. Kata-kata dia memang menusuk kalbuku. Kau tahu, budak-budak kolej aku ramai yang syok kat dia, ” suara Aziera yang berkaca mata itu memecahkan kesunyian bilik mesyuarat tersebut.
“Hah. Aku setuju sangat dengan kau. Dia dengan perempuan pun malu-malu je aku tengok. Cutelah. Susah nak cari lelaki macam tu sekarang ni kan?” kali ini Syahidah si muka bulat pula memberikan hujahnya.

‘Apahal budak-budak ni cerita pasal adik aku. Tak ada orang lain ke nak minat? Minatlah kat Adam tu ke, kata handsome sangat. Kenapa adik aku tu jugak diorang nak minat?’ bebel Zulaikha dalam hati. Sakit benar hatinya hinggakan rasa itu diterjemah ke wajahnya.

Tiada siapa sangka Ahmad Daniel Yusof dan Siti Zulaikha Yusof adalah dua insan bersaudara. Ahmad Daniel yang tinggi lampai, susuk tubuh yang sederhana kurus, bermata kecil dan kuyu, bermuka bujur dan berkulit sawo matang manakan seiras dengan Siti Zulaikha yang bermata bundar, alis mata tebal, berkulit kuning langsat, bermuka bulat, sederhana tinggi dan kurus.

“Kak Zulaikha, kenapa akak berkerut-kerut macam tu? Ada masalah ke?” Syahidah memuntahkan persoalan.

“Eh, tak adalah. Akak okey je, jangan risau,” selindung Zulaikha di sebalik senyuman yang manis.

********************************

“Daniel ni benda kecil pun nak gaduh. Kesian kat angah tu. Cubalah mengalah sikit. Angah tu dahlah kurus, Daniel pukul sekuat hati. Daniel lelaki Angah perempuan. Janganlah buat dia menangis lagi. Sedih Umi tengok. Daniel tak kesian kat angah ke? Angah tu basuhkan baju, iron baju sekolah Daniel, kemas rumah, masak, semua dia buat. Kalau umi suruh apa je terus dia buat. Daniel tu nak tolong umi pun susah,” setitis air mata ibu mengalir jua. Daniel kaget.

Sejak hari itu, Daniel pegang erat kata-kata ibunya. Dia tidak akan membiarkan ada titisan air mata mengalir dari tubir mata kakaknya. Pernah suatu ketika, Zulaikha pulang dari sekolah dengan muka yang sembab dek kerana subur dengan aliran air mata. Daniel merasai keperitan yang ditanggung kakaknya. Malangnya keperitan itu tidak dikongsi bersama hingga memaksa Daniel mencari jawapannya dari rakan baik Zulaikha, Umairah. Menurut Umairah, Zulaikha gaduh besar dengan Amir Ridzuan. Daniel berang mendengarkan itu. Dihadiahkan sepak terajang teristimewa buat Amir Ridzuan keesokan harinya. Puas hatinya walaupun terpaksa menanggung hukuman atas kesalahan yang sengaja dilakukan itu. Tambahan pula, abang sulung mereka Ahmad Syuaib baru sahaja terbang ke kota Mesir melanjutkan pelajaran tika itu. Terasa tanggungjawab menjaga adik beradik yang lain berada di pundaknya. Itu kisah lima tahun dahulu. Tapi kini?

Entahlah, Daniel tak faham dengan sikap kakak tunggalnya itu. Dahulu mereka tidak begini. Sebelum ini mereka memang rapat, makan bersama, membeli belah bersama, memandu bersama dan bergurau senda bersama. Indah rasanya saat itu.

Daniel masih teringat akan amaran kakaknya sebaik sahaja mengetahui Daniel ditawarkan di universiti yang sama.

“Kalau Daniel dah masuk UPM nanti, Daniel jangan mengaku angah ni kakak Daniel. Kita buat macam kita ni tak pernah kenal. Faham? Dulu angah terlupa nak ingatkan Daniel supaya jangan apply UPM, jangan apply fakulti ni. Lepas ni jangan selalu sangat tegur angah kat fakulti. Angah tak suka, ingat?” masih lagi terngiang-ngiang kata-kata itu di cuping telinganya. Sejak itu, Zulaikha terus berubah. Pelik.

*******************************

Zulaikha tidak dapat menumpukan perhatian dalam kuliah Prof Faris pagi itu. Kata-katanya langsung tidak didengari malah dipermainkan pula. Geram. Geram dengan insan yang bernama Ahmad Daniel itu. Fikirannya melayang mengenangkan perbualan dua pelajar juniornya petang semalam. Tidak disangka adiknya itu mempunyai peminat tersendiri. Adik kesayangannya, sebetulnya. Zulaikha benar-benar sayangkan Daniel. Jarak umur mereka yang hanya setahun membuatkan mereka lebih rapat. Benar waktu kecil mereka memang suka bergaduh. Pantang ada perkara yang tak memuaskan hati, pasti pergaduhan besar meletus. Ibu suka menyebelahi Zulaikha, itu yang pasti. Sejak melangkah ke alam sekolah menengah, hubungan mereka semakin baik. Masing-masing berebut untuk beralah. Zulaikha ada sebab tersendiri dia berkelakuan begitu sekarang.

“Kenapa Waheeda suka bercerita pasal abang dan adik dia ye? Aku tak suka dengarlah. Aku pun ada abang, ada adik, ada kakak. Tapi adik beradik aku tak ada apa yang boleh dibanggakan. Aku tahulah abang aku rock, abang dia warak. Kakak aku lepasan SPM je, akak dia master. Adik aku otai, adik dia budak surau. Aku kecil hati dengar cerita-cerita dia. Setiap kali dia bercerita, seolah-olah dia menyindir adik-beradik aku. Sedih,” masih segar lagi di ingatan Zulaikha akan kata-kata Syafiqa yang sayup-sayup kedengaran itu.

Bukan dia tidak mahu memperkenalkan Daniel kepada kawan-kawannya. Malu mengaku Daniel sebagai adiknya, jauh sekali. Cuma satu sahaja yang ada dalam hatinya kini. Dia tidak mahu berbangga-bangga dengan adik lelakinya itu. Itu sahaja. Takut-takut ada hati yang terguris. Dia malu untuk menceritakan kebaikan adik mahupun abang sulungnya. Sungguhpun banyak kelebihan yang boleh dikagumi dari kedua-duanya tapi bagi Zulaikha dia akan bersikap tidak adil. Salah satu bentuk diskriminasi, katanya. Dia bukan sahaja punya seorang adik malah dua. Adik bongsunya, Ahmad Uzair tidak mengikut jejak Ahmad Daniel mahupun Ahmad Syuaib. Kedegilan Uzair amat memeningkan kepala.

Dahulu Daniel juga nakal, tapi dia berubah juga akhirnya. Uzair amat berbeza. Keluar malam, merempit, berpeleseran dengan budak-budak nakal merupakan aktiviti sehariannya. Walaupun sudah banyak kali ibu dan ayah menegur, dia tetap sama. Itu belum lagi ditanya tentang solat dan puasanya. Zulaikha hanya mampu menggeleng kepala. Sekadar itu sahaja kudratnya. Bukan tidak pernah menegur, malah ditengking pula. Hanya Daniel yang mempu berdiplomasi degan Uzair setakat ini. Apa perasaan Uzair kalau-kalau dia terdengar betapa bangganya Zulaikha akan kewarakan Syuaib dan kebijaksanaan Daniel? Tentunya dia rasa rendah diri. Jauh di sudit hati Zulaikha, dia berdoa moga-moga hati adik bongsunya itu diberi sentuhan hidayah oleh Allah S.W.T suatu hari nanti.


*************************************

Zulaikha cuak. Pesanan ringkas yang diterima benar-benar membuatkan jantungnya berdegup pantas. Apa yang berada di mindanya hanyalah untuk sampai cepat ke destinasi. Setibanya Zulaikha ke Hospital Serdang, dia terus menuju ke wad yang dimaksudkan. Kelihatan ramai orang yang dikenalinya di situ. Adam Najih pun ada, buat menyakitkan mata sahaja. Tiba-tiba matanya pedih sesedih hatinya. Sedih melihatkan insan yang terlantar di katil hospital itu. Mata bundarnya hanya menunggu saat untuk merembeskan cecair. Akhirnya cecair putih jernih itu tumpah mengalir di pipi mulusnya.

Semua yang ada di situ terkesima melihat Siti Zulaikha. Kenapa perlu dia menangis penuh perasaan? Daniel bukanlah cedera parah, cuma tangannya patah dan sedikit kecederaan di muka, pinggang dan lengan akibat terlibat dengan kemalangan jalanraya. Adam Najih memandang sinis, sah mereka ada hubungan. Tidak perlu lagi sebarang penafian. Tidak semena-mena Zulaikha merapati birai katil. Digenggamnya tangan Daniel yang tidak sedarkan diri itu. Semua mata yang memandang terkejut melihatkan adegan itu. Apa sebenarnya yang berlaku?

“Daniel, angah datang ni dik,” bisik Zulaikha perlahan. Semua yang ada di situ mengurut dada. Tiada lagi rahsia selepas ini. Daniel membuka mata perlahan-lahan. Segaris senyuman terbit dari bibir Daniel sambil tangannya menyeka air mata daripada terus tumpah di tubir mata Zulaikha.

“Angah, akhirnya angah datang jugak. Akhirnya angah ngaku jugak Daniel adik angah depan semua,” Zulaikha tergelak dalam tangisnya. Cubitan manja dihadiahkan buat Daniel. Daniel mengerang sakit. Manja.

3 in 1

~APITku ceria~

kerna dia berwajah baru. aku berusaha menceriakan kostum merahnya yang tak pernah berubah warna.. hatiku berbunga riang. bahagia.. bukan sekadar menempel..

tapi, ada satu perkara yang ingin dikongsi dgn sahabat2 sekalian. sejak seminggu yang mutakhir ini, saya banyak mendengar tazkirah yang bisa meruntun sanubari ini.


Pertama ~ READ BEHIND THE SENTENCE~

Nampak menarik bukan. apa maksud sebenrnya? sekadar perkongsian pendapat dari insan yang hina ini. pernah tak kita terfikir yang selama ini kita kurang sangat membaca buku? pernahkah? mengikut kajian, pelajar malaysia secara puratanya hanya membaca 16 buah buku sepanjang pengajiannya di universiti ( tidak termasuk buku rujukan). rendahnya taraf pembacaan kita. renungan untuk diri ini juga yang susah sgt nak memBACA...
dan selalunya kalau kita baca buku, kita baca camtu je. maksudnya? maksudnya kita tak hayati apa yang kita baca tu (sepatutnya). sebab itulah, mungkin pendekatan yang terbaik untuk meningkatkan penghayatan ialah dengan meneliti sesuatu secara visual bukannya melalui bacaan. kerana orang mudah menangis apabila menonton movie compare dengan membaca novel. (tapi aku tak cam tu pun??) entah..

Kedua ~ni saya salin kat buku nota~

3 perkara yang perlu kita buat apabila merasakan hati dlm keadaan gundah gulana :

1) berkunjung ke masjid kerana di masjid adanya ketenangan untuk hati
2) duduk dekat2 dgn orang yang mengaji kerana mendengarkan alunan ayat suci al-Quran boleh menenangkan hati. ingat - al-quran itu adalah mukjizat dan sukar untuk digambarkan dgn kata2. sebab tu kita suka untuk baca al-quran padahal kita tak faham pun isi kandungannya.
3) mendengar majlis ilmu. lahir dalam dunia serba canggih ini, ilmu bukan sahaja diperoleh melalui majlis2 ilmu. luangkan masa untuk membaca, gunakan teknologi serba canggih spt website islamik, video n mp3 ceramah2 tok guru dan juga radio2 yang berunsurkan imej islam.

terasa terisi kekosongan dalam hati. selalulah muhasabah diri. apa yang ada pada diri ini hanya pinjaman. suatu masa kita akan kehilangannya. jangan riak pada kelebihan diri, sesungguhnya semuanya itu milik ALLAH. terima kasih sahabat untuk peringatan kali ini. semoga kita semua diredhaiNya..


Ketiga ~memetik kata2 TYDP yang disayangi~

tak semestinya orang di bawah tidak boleh menegur orang di atas dan tak semestinya org di atas tidak boleh ditegur.

terkesan dengan kata2 tersebut. betul.. kadang2 orang yg berada di atas ni terlalu tegas dengan orang di bawah sehingga tidak memahami orang yang di bawah. padahal dahulunya dia juga sama2 berasal dari bawah. renungan untuk diri ini juga. rasa serik untuk menegur kerana pernah menegur orang atas tapi hampa dan sia2 sahaja. mungkin ada kesedaran dalam hati itu tapi no action taken. noktah. hasil diskusi bersama seorang senior, beliau menyimpulkan yang masing2 perlu berlapang dada. yang ditegur perlu berlapang dada dgn kritikan dan nasihat yang diberikan dan yang menegur perlu berlapang dada jikalau pandangannya tidak diterima. cuma, apabila menegur, gunakan pendekatan yang berhikmah lantas tadah tangan yang berdoala semga hati2 itu disentuh oleh hidayah ALLAH. kerana, bukan kerana teguran kita yang boleh mengubahnya tetapi dengan izin ALLAH.

semoga ada kesedaran dalam hati2 mereka yang berpenyakit. koreksi diri ini.. kerana sahabat yang baik tidak meninggalkan sahabatnya yang dalam kegelapan, malah membantu bersama2 untuk bangkit dengan nasihat..


Tuesday, February 17, 2009

Cerita Hati

saya terjumpa lagu baru. menurut kakakku, tajuknya bicara hati. puas cari tak jumpa pun. wah3. nk berbicara dari hati ke hati ke? tajuknye cerita hati. best, saya suka melodi lagu ni. lirik x hayati sgt.. hafiz hamidun yang nyanyikan...


Cerita Hati
Album : Hafiz HamidunMunsyid : Hafiz Hamidunhttp://liriknasyid.com

Semalam yang telah pergi

Menghilang tanpa jejak

Membawa bersama cereka

Duka dan ketawa


Dan kini ku mencari

Kalau masih ada kesan

Yang terus tersisa di dada

Pantai permainan


Jalanan yang panjang

Bersimpang haluan

Bagai pentas luahan rasa

Tiada sempadan


Pada awan biru ku melakar kata-kata

Pada langit cerah ku panah semua cerita

Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi

Bertebangan jiwa merentasi pelangi


Gerimis menitis gugur membasahi bumi

Bagai menangisi sebuah cerita hati

Andai kau fahami semua hikayat pendeta

Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga


Mungkin ada esok

tuk ku ukirkan kalimah

Menjadi arca pembuktian

Pengabdian cinta


~SAYA SUKA LAGU INI~

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin