Monday, October 12, 2009

Memori 11 Oktober..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

11 OKTOBER ...

Aku masih ingat lagi..

Tatkala itu, aku sedang khusyuk di meja peperiksaan. Walaupun hakikatnya fikiranku menerawang entah ke mana. Kertas peperiksaan biologi itu kupandang sepi. Lalu mulalah tangan ini menari-menari menconteng beberapa patah perkataan di hujung-hujung kertas, bukan di ruang jawapan yang disediakan. Tanda-tanda bosan dan tiada idea untuk menjawab mula menyerlah. Aku dilanda kebosanan melampau tidak dapat menjawab soalan dengan baik dek kerana tiada persiapan yang rapi untuk kertas biologi ini. Ku imbas kembali memori malam sebelumnya. Mungkin hanya itulah sahaja alasannya. Ku berjanji pada diri untuk melakukan yang terbaik bukan pada diri ini tetapi pada dia yang memenuhi ruang hati ini. Lalu terlakarnya namanya di kertas peperiksaanku..


Aku masih ingat lagi..

Waktu kebosanan melanda dan hampir kesemua kertas peperiksaan itu masih tidak berjawab, kulihat seseorang menuju ke kelasku. Insan yang aku kenal, hanya aku sahaja yang mengenalinya di kelas itu. aku seakan dapat mengagak apa yang akan diluahkannya. jika aku mampu, aku hanya mahu menutup telinga ini semahu-mahunya, membiarkan jarum jam berhenti seketika supaya aku dapat membuat persiapan untuk menerima sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Tapi, aku cuba pujuk diri untuk bersedia dalam beberapa detik itu. Benar, apa yang ku jangka benar-benar berlaku. Rembesan air mata mula memenuhi ruang muka. Aku terduduk di lantai simen. Ku dengar pujukan insan itu lalu membawaku pergi bersamanya.


Aku masih ingat lagi..

Aku berdebar-debar menuju destinasi. Aku masih tertunduk sambil air mata ini tidak berhenti-henti mengalir. Tidak sanggup rasanya untuk aku berhadapan dengan realiti. Dunia ini kurasakan gelap sementara. Pujukan dari insan sekeliling mula kedengaran. Aku tidak hiraukan semuanya sehinggalah aku menangkap ungkapan ini di telingaku..

"Allah sayangkan dia. Semua orang akan pergi, kita pun akan pergi jugak nanti. cuma cepat atau lambat je.Allah sayangkan dia sebab tu Allah jemput dia dulu,"

Tangisanku terhenti seketika. Aku mula tersedar bahawa sememangnya dia sebahagian dari hidupku tapi hakikatnya ALLAH memilikinya, Allah berhak ke atasnya..


Aku masih ingat lagi..

Wajah terakhirnya yang kutatap. Bersih wajahnya dengan kuntuman senyman. Senyuman yang biasa dilemparkan sewaktu hidupnya. Ku kucup wajahnya. Untuk kali terakhir,
Untuk kali terakhir,Untuk kali terakhir. Aku tidak dapat membayangkan hidupku tanpanya pada hari-hatri mendatang.


Aku masih ingat lagi..

Pada hari ini aku masih ingat lagi kisah bertahun-tahun dulu. Sesungguhnya, aku rindukan senyumannya. Senyuman yang bisa menenangkan jiwaku yang resah, mendamaikan kolam hatiku yang terusik, mententeramkan otakku yang serabut. Tapi kini, tiada lagi. Aku belajar erti ketabahan hati, aku belajar erti tangisan jiwa, aku belajar erti kesunyian diri.


Aku masih ingat lagi..

Pada tarikh ini dan tak mungkin untuk aku lupai hingga bila-bila...

Hargailah apa yang kita ada kerana kita hanya tahu menghargai sesuatu apa kita telah kehilangannya..

1 comment:

She_La said...

Agak kurang paham ngn ayat2 ni..
sbb mcm tersirat.. hehe..

neway ayat ni cm penulis novel.. wah..
ade ciri2 penulis upanye haha

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin