Saturday, October 24, 2009

Pakaian Diri

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah S.W.T

Semenjak dua menjak ni, susah sangat nk cari ayat intro. Bila intro payah nak cari, mula la malas nak meneruskan ayat. Tapi, kugagahkan jua jari ini menekan papan kekunci..

Semalam, saya bermalam di rumah seorang sahabat. Best jugak kalau duduk rumah rupenye ye. Tak sure la sem depan nak berteduh di mana. Huhuhu... Time nak tido semalam, tibe2 fikiran melayang jauh. Dan ttbe jugak rasa sedih sebab dah nak habis pengajian kat sini. Tinggal baki setahun setengah je lagi. Semester depan pulak,akan menjalani latihan industri selama satu smester. maka, akan jaranglah berada di bumi UKM tercinta ini. Banyak tanggungjawab yang perlu dibereskan tahun hadapan. Moga-moga ALLAH permudahkan segalanya..

Teringat pulak kat seorang kawan ni yang asyik memberikan kritikan hebat tentang penampilan diri ini. Tudung macam tu la, baju macam baju rayalah, itulah dan inilah. Sebenarnya jauh di sudut hati, saya tak ambil pusing pun tentang itu semua. Saya anggap itu semua gurauan semata2 kerana bagi saya setiap dari mereka yang bergelar kawan saya mempunyai keunikan masing2 dan saya sangat menghargai setiap keunikan kawan2 saya.

Dahulu kala, pernah saya terdengar sahabat saya bercerita tentang dirinya yang diperli kawan baik sendiri. Dialog tersebut lebih kurang begini bunyinya, "tudung kau ni dah macam selimut aku tengok". Dan tanpa disangka2 saya pernah menerima dialog yang hampir sama. Apa nak buat. Senyum sahaja yang dapat diberikan..

Saya terkesan dengan kata-kata itu sebenarnya. Saya lihat kembali foto2 saya ( dengan tujuan ingin membuat penilaian sendiri ). Entahlah, lain manusia lain persepsi. Itu sahaja yang boleh saya perkatakan. Full stop.

Tapi sebenarnya setiap dari kata2 kawan saya tu memberikan saya ruang untuk membuka mata seluas-luasnya. Apa yang ada pada luaran jika dalaman compang camping dengan dosa selautan? saya berfikir lagi. Apalah ada pada harapan jika diri sendiri tak tahu tujuan...

Bagi saya, penampilan diri dan peribadi perlu membangun seiringin. Jika aurat diri sempurna dijaga, sahsiah diri perlu dipelihara. Mulakan langkah permulaan untuk berubah kepada yang lebih baik. Jaga aurat dengan sempurna. Dalam masa yang sama akhlak diri diperbaiki. Berubahlah sedikit demi sedikit, akhirnya penghasilan yang istiqamah. Itu lebih baik.

Itu bagi perempuan, kalau lelaki pula bagaimana? Saya pernah berkata kepada abang saya. Kalau nak tahu fikrah seseorang lelaki itu, tengoklah pada pakaiannya. Abang saya mengerutkan dahi, tanda tak faham dengan apa yang saya perkatakan. Atau lebih tepat sekali tak setuju. Kategori pakaian yang saya maksudkan ini sudah tentu bukannya jubah ataupun baju kemeja. Saya maksudkan di sini kemeja-T. Benar2 maksudkannya. Kalaulah seseorang lelaki itu waras fikirannya, tak mungkin dia akan membeli kemeja-T yang mempunyai lukisan atau tulisan yang bukan2.

Saya pernah tengok rancangan televisyen remaja. Isu yang dikupasnya adalah design kemeja-T. Dan hasil kupasannya mempersetujui bahawa design di kemeja-T melambangkan apa yang sedang berada di fikiran si pemakainya. Tahu apa main point untuk artikel ini? Mari saya beritahu..

Semalam saya pergi ke Hentian Kajang berhajat untuk membeli tiket balik kampung. Ketika mahu memperkir motosikal, saya melihat seorang remaja lelaki berpakaian hitam sedang berdiri, lagaknya seperti menunggu seseorang. Dengan muka tak tahu malu, saya memparkir moto betul2 di sebelahnya. Saya meneruskan langkah ke kaunter tiket yang tidak mendatangkan apa2 hasil. Nampaknya saya tidak berpeluang balik ke rumah minggu ini. Redha jela. Pulang ke motosikal merah saya, eh motosikal merah abang saya, manusia tadi masih tegak berdiri di situ. Saya sempat menjeling nombor plat motosikalnya. bermula dengan huruf J, orang selatan tanah air mungkin. Saya tersenyum. Sekali lagi saya menjeling ke arah tuan punya badan ( baca : jaga mata ye ), saya hanya nampak tulisan di belakang bajunya.

49 : 10

Sedaya upaya saya cuba mangingati nombor tersebut dengan berulang2 kali menyebutnya ketika di atas motor. Sudahnya, saya berangan di atas moto membelah terikan matahari petang itu menuju ke UKM. Dan hari ini, saya kembali mengingati nombor itu. Saya selak helaian kitab suci al-quran. Seakan familiar nombor tersebut. Dan nah... akhirnya jumpa...

"Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. "

(Surah al-Hujurat :10)
Agak2nya apa yang saya nak sampaikan? Simple je. Saya memang tak suka menilai orang dari luaran. Bak kata pepatah Inggeris, Don't judge a book by its cover.Bagi saya, biarlah orang tu nampak sempoi dari luarannya asalkan hati dan imannya dalam redha ALLAH. Jangan pula nilaian manusia padanya cukup tinggi tapi hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa lautan di dunia ini tak dapat menandingi dosanya. Na'uzubillah.. Yang penting nilaian ALLAH, bukan nilaian manusia yang penuh tipu daya.

Tapi, sebagai seorang dai'e kita adalah duta kepada Islam itu sendiri. Jadi, peliharalah penampilan kita sebaiknya. Semoga penampilan kita yang bersih itu sebersih iman di dalam hati.

Apa yang kita pakai, melambangkan diri kita. Kitalah duta ISLAM


Wallahua'lam

Moga bermanfaat

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin