Thursday, June 17, 2010

Kalam Hati Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

“Ana minta maaf kalau selama ini ada tingkah laku ana yang menimbulkan spekulasi dan perspektif yang berbeza-beza dari pelbagai pihak. Oleh itu ingin ana kongsikan apa yang sebenar-benarnya lahir dari hati ana,”


Perlukah penerangan yang panjang lebar diperuntukkan untuk soalan ini? Ah, jawapannya bagaikan artis menjawab gossip yang diajukan wartawan hiburan pula. Mahu atau tidak untuk dia meneruskan? Rasa malu menerjah tiba-tiba, muka kudusnya bertukar rona merah.


Dia mula menjamah satu persatu wajah sahabat-sahabat di sekeliling. Mereka membentuk bulatan, lebih mudah untuk berkomunikasi dengan gaya duduk sebegini. Sebelah kanannya sahabat-sahabat muslimat manakala sebelah kiri sahabat-sahabat muslimin. Majoriti mereka memberi tumpuan penuh, mahu mendengar ayat seterusnya. Benarkah?


Tiba-tiba dia terpandang sahabat muslimat yang berkedudukan betul-betul bertentangan dengannya. Kepala itu menundukkan sedikit, menyembunyikan raut wajahnya. Ya, masih segar lagi dalam ingatannya peristiwa beberapa semester lepas.


“Sumaiyah, kenapa dengan Zulaikha? Ana tengok macam tak sihat je,” ujarnya ketika melewati pintu bilik mesyuarat. Dia gusar benar untuk menegur gadis bertudung biru laut itu. Mungkin Zulaikha tidak mahu diganggu, lantaran itu dia lebih senang bertanyakan Sumaiyah. Dia risau amat andai Zulaikha terbeban dengan kerja-kerja persatuan yang sejak kebelakangan ini semakin menimbun. Tambahan pula, Zulaikha merupakan partnernya. Dia merasakan yang dia perlu mengambil berat akan kebajikan sahabat-sahabatnya.


Sumaiyah mengerutkan dahi demi seribu pertanyaan. Salahkah andai dia mengajukan soalan begitu, atas dasar ingin mengambil berat akan keadaan sahabat? Dia masih lagi menanti jawapan Sumaiyah. Detak hati Sumaiyah sudah tidak bertempo lagi. Pada pemikiran Sumaiyah, soalan itu tidak layak diajukan.


“Dia tak sihat, pening kepala,” lantas Sumaiyah berlalu pergi, begitu juga dengannya. Dia menuju ke kafe dan pulang kembali dengan sebotol air mineral. Sekali lagi dia bertemu dengan Sumaiyah di muka pintu bilik mesyuarat. Sumaiyah berkira-kira untuk keluar tetapi tidak jadi kerana hanya ada Zulaikha di dalam bilik tersebut. Andai Sumaiyah keluar juga, tentu hanya tinggal Zulaikha bersama lelaki ajnabi itu.


“Zulaikha, ni ana belikan panadol,” dia meletakkan dua biji panadol dan sebotol air mineral di atas meja kemudian berlalu pergi. Sebelum keluar, dia sempat menangkap jelingan tajam dari Sumaiyah khas untuk dirinya. Dia bingung, salahkah tindakannya?


“Cepatlah ustaz, kami mahu tahu,” suara Zubaidah mematikan lamunan pendeknya. Ah, adik tahun satu ini benar-benar mahu tahu lagaknya. Dia menganggap Zubaidah ibarat adiknya sendiri walaupun pada awalnya dia sebenarnya kekok untuk bergurau senda begitu.


“untuk pengetahuan semua, ana...


bersambung..





Wednesday, June 9, 2010

Satu Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.



Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia


. ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Tuesday, April 20, 2010

sayang siti mariam

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Siti Mariam, lama kan kita tak jumpa.

Lama tak jumpa you. Eh, ape plak you? Lama tak jumpa Siti.
Rasanya last jumpa time.. time ble pun akak tak ingat. Tapi, akak tak mungkin lupa kat Siti.

Siti adik akak, Siti satu-satunya adik akak. The only one.
Teringat dulu2, waktu kita bahagia.. time kecil2 dulu kan. di samping orang tersayang..

Time kecik2, siti manja. suka nangis, sama la kita. sekarang pun sama. tetap manja.
Akak sayang siti..

Siti blaja elok2 ye kat P.D tu. Akak sentiasa doakan Siti sebab Siti adik akak. Semester depan Siti nk praktikal kan? Elok2 ye Siti. Jaga diri elok2. Akak rindu Siti..

Puas akak cari gambar Siti, jumpa akhirnya..



Last but not least,

Akak sayang siti.


Wednesday, March 10, 2010

Header Baru

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah.. maka dengan ini blog yang saya sayangi ini berwajah baru.

Setelah agak lama bertemankan header blog yang agak skema, maka dengan rasminya header blog ini bertukar kepada style baru yang lebih segar. Header blog ini ditukar bagi memberikan nafas baru kepada blog. Apabila header ditukar, background juga hendaklah fresh untuk tontonan umum. Maka, segala2nya bertukar. Semoga mood blog baru ini memberikan kesan positif terutamanya kepada blog. Bak kata orang, hidup ini perlulah menjalani proses2 penambahbaikan dan transformasi yang lebih hebat.


header lama yang menjadi kenang2an


Header lama yang telah dibuang ini nampak agak berserabut kerana tiada penegasan dalam tulisan. Background gambar di belakang menambahkan lagi keserabutan gambar sunting ini. Dan definisi intrepetasi realiti hati ini tidak dapat diterjemah melalui tulisan2 dalam blog ini. Maka, atas beberapa aspek yang dikaji, maka terhasillah header blog yang baru ini.



Header blog yang baru ini berkemungkinan mencetuskan kontroversi kerana gambar latar belakangnya boleh menimbulkan kekeliruan, adakah pemilik blog merupakan seorang lelaki?. Gambar ini diambil ketika program rehlah bersama geng2. Dan gambar ini nampak menarik untuk disunting menggunakan perisian adobe photoshop. Maka, inilah hasilnya.

Tajuk blog yang baru ~Di Atas Sejadah Cinta~ menggantikan "Intrepetasi realiti hati" sememangnya bersesuaian dengan gambar tersebut. Gambar geng2 sedang bersolat jemaah dapat disimbolkan dengan maksud tajuk ~Di Atas Sejadah Cinta~. Walaupun mereka solat tanpa sejadah, tapi itu tidak menghalang mereka untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba. Begitu jugalah kita. Walau di mana kita berada, janganlah sesekali lupa dan lalai akan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Dan cinta yang hakiki milik ALLAH S.W.T

Maka, lahirkanlah rasa cintamu di atas sejadah cinta..

Semoga penulisan di dalam blog ini lebih matang pada hari2 mendatang..

gambar asal sebelum di'edit'

Sunday, March 7, 2010

Episod kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Kisah hidup yang jarang2 kita dengari, yang jarang ingin kita ketahui..

~~~~~~~~


Umairah termenung lagi. Untuk kali yang entah ke berapa. Runsing memikirkan plot kehidupannya sejak kebelakangan ini. Umairah punyai raut wajah yang cukup menenangkan, sekali pandangan jatuh pada wajahnya hati yang resah bisa mengukir tawa. Benar,bukan seorang dua yang mengungkapkannya. Malah, sudah biasa terdengar dari mulut sahabat2 perkataan yang sama. Umairah merupakan gadis daerah pantai barat tanah air dan sedang menuntut di salah sebuah kampus lembah Klang yang hanya mengambil masa lebih kurang sejam dari kampung halamannya.

Dia sudi berkongsi kisah hidupnya. Minggu lepas, Umairah berkesempatan pulang ke rumah keluarganya. Sebagai anak yang baik, dia selalu pulang ke rumah jika terdapat kelapangan di hujung minggu. walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti di kampus, Umairah tidak lupa untuk pulang menziarahi ibu bapa dan adik beradik yang besar bilangannya.

Umairah merupakan anak ke 6 daripada 9 bagi pasangan Haji Kamaruddin dan Hajah Safiah. Ayahnya merupakan seorang jurutera yang berjaya manakala uminya pula seorang guru. Kedua2 ibu bapanya sangat dihormati orang sekelliling dek kerana akhlak mereka yang soleh dan solehah. Umairah sungguh bangga apabila ada yang memuji kedua-dua ibu bapanya. Aurat dipelihara, solat jemaah yang tidak pernah ditinggalkan, menganjurkan aktiviti keagamaan di kawasan mereka, semuanya sudah cukup membahagiakan Umairah. Walaupun ibu dan ayahnya bukan berada dalam bidang agama, tapi ilmu agama mereka tidak perlu dipertikaikan lagi. Tapi, bila melihatkan deretan adik beradiknya, Umairah mengerutkan muka. Itulah yang merunsingkan fikirannya..

Uniknya mereka kerana anak pertama hingga keenam hanya selang setahun sahaja. Maksudnya, masing2 sudah tentu rapat. Tapi, berbeza sangat2. seolah2 ada kumpulan antara mereka. yang lelaki hanya bergaul dengan lelaki, yang perempuan hanya bergaul dengan perempuan..

Along, abang sulungnya berumur 26 tahun, sudah bekerja dan tinggal berjauhan dengan keluarga. Kerja pun apalah sangat, setakat supervisor di kilang, dek kerana tidak tamat SPM. Dahulu abangnya itu memang nakal, bad boy kata orang. merokok, merempit, mencuri semuanya sudah sebati. Tapi sekarang dia sudah sedikit insaf. Kadang2 solat, kadang2 tidak. ikut mood katanya. Umairah tidak berapa rapat dengan abang sulungnya ini. Sekadar bertanya khabar, itu sudah cukup.

Angah, kakak keduanya masih lagi belajar di kolej berdekatan rumah. Angah akan memandu ke kuliah. Tapi, apabila di hujung minggu, angah akan selalu pulang lewat malam. kata umi, angah buat assignment dgn kawan2. Angah pelik sedikit, jarang mahu keluar bilik dan berbual2 dengan Umairah. Yang Umairah risau setiap kali keluar, Angah kurang meneliti hal pemakaiannya. kadang2 Umairah beristighfar melihat jeans dan baju sendatnya.



Uda, abangnya yang ketiga sedang menuntut dalam peringkat ijazah jurusan pendidikan. bakal guru pendidik bangsa. Tapi, entah kenapa dia kurang bangga dengan abangnya yang seorang ini. Waktu solatnya kurang dijaga, awek keliling pinggang dan ketagihan rokok. Umairah penat berbicara dengan abangnya yang seorang ini. Entahlah, seakan tiada kesudahan..

Alang, abangnya yang keempat baru berusia 23 tahun. Sudah bekerja selepas memperoleh sijil kemahiran. Dek kerana terlalu asyik dengan dunia sendiri, semakin hari Alang semakin hanyut.Walaupun dia tidak kedengaran punya mana2 perempuan, tapi itu bukan hakikat sebenar.

Achik,kakaknya yang kelima, baru berusia 22 tahun. Sudah bekerja tetapi terlalu ramai kawan lelaki. Mungkin Achik lebih selesa bertemankan lelaki berbanding perempuan. Yang jelas, Umairah sungguh rapat dengan Achik kerana mereka sekepala. Achik, selalu pulang lewat, suka berpakaian seksi, bergaul bebas dengan lelaki, semuanya Achik. Solat entah ke mana, itu yang paling dirisaunya...


Dayana, adik perempuan tunggalnya. Dayana bakal menduduki SPM tahun ini. Dia sangat2 mendoakan kejayaan adiknya ini. Dayana sangat baik, menjaga auratnya, menjaga solatnya. selalu membantu umi di dapur dan mengemas rumah. sejuk hati memikirkan adiknya ini

Imran, adiknya yang kelapan. Imran memang nakal, tapi dia baik. Imran selalu ikut ayah ke surau. kadang2 Imran menggantikan bilal, azan di surau. Setiap kali masuk waktu dia takkan terlepas berjemaah di surau. Umairah sayangkan Imran walaupun Imran sememangnya nakal, suka cari gaduh dan suka bertumbuk. yang selalu menjadi mangsa adalah Dayana.

Hilmi, adiknya yang bongsu. Sangat comel dan sungguh mendengar kata. Setiap waktu subuh, dia akan ke surau bersama ayah dan Imran. Sejuk hati Umairah mengenangkan adik2nya.

Masih segar di ingatannya peristiwa malam itu.Sesekali dia mengerling ke arah daun pintu bilik alangnya. Alang yang banyak mendiamkan diri dari bercerita tentang diri. Alang yang semakin hari semakin tidak difahaminya.

Umairah termenung lagi. Seakan susut wajah ceria miliknya yang penuh dengan senyuman suatu ketika dahulu..Jam telah menunjukkan detik 11.25 malam. Tanda-tanda pintu rumah dibuka masih belum kelihatan. Achik masih belum kelihatan. Dia bertambah risau.

Lantas, Umairah mencapai telefon bimbitnya, menekan papan kekunci sekadar perlu.


"Achik, kat mana?Bila nak balik rumah ni?"Pesanan ringkas dari Umairah langsung tidak dibalas. Umairah buntu. Semakin dilayan perasaannya, semakin resah diri. Cuba ditutup matanya rapat-rapat namun semakin galak bayangan resah menjadi tamu di jiwanya.

Benar,Umairah terus menuju ke bilik air, menyucikan diri. Ingin bertemu kekasih hati. Keluar dari bilik air, sepasang mata berlaga dengan empat mata miliknya. Pertemuan tanpa sapaan apatah lagi senyuman. Alang baru pulang.Sudah hampir ke jam 12 malam. Jelingan tajam alang bagai menyiat-nyiat hati lembut Umairah. Masih basah memorinya akan kejadian malam itu...

"Umairah, ko memang *****!! Kau yang bagitau ayah aku pergi clubbing, ko bagitau ayah aku hisap, memang kau kan? Tak guna kau!!" satu tamparan melekat di pipi mulus Umairah. Sumpah,sungguh.. bukan dia. Walaupun dia pernah terjumpa paket2 kecil berisi serbuk putih, berkeping2 CD lucah dan pakaian perempuan di dalam bilik abang-abangnya itu Umairah masih mendiamkan diri. Dia cuba menutup apa yang mampu selagi dia berdaya. Mungkin dia masih boleh mencuba.

Umairah teringat akan abang2nya waktu kecil dahulu, semuanya ke surau apabila tiba waktu solat. Waktu kecil, mereka selalu berkopiah, ada yang berserban. tapi kini, selalu kelihatan mereka berseluar pendek,mendedahkan aurat..



Kakaknya pula, kalau dilihat foto2 sewaktukecil, ayu bertudung bulat. tapikini, entah ke mana tudung mereka. kadang2 ada, kadang2 tiada. Siapa yang mengajar Umairah tentang aurat, siapa yang mengajar Umairah tentang solat qasar dan jamak, siapa yang mengajar Umairah tentang akhlak sewaktu kecil dahulu. Ya,kakak2 nya.

Kenapa kini segalanya berubah. Umi dan ayah sudah terlalu banyak menangis mengenangkan mereka semua. Terasa seakan2 tanggungjawab kini berada dipundak Umairah. Umairah tidak kuat keseorangan. Buntu untuk melafazkan tindakan seterusnya..

Adilkah andai dirinya sibuk di kampus mengulangkaji sedangkan abang dan kakaknya sibk berhibur diluar? Adilkah jika hanya dia seorang meniliti tentang aurat dan batasan pergaulan sedangkan abang dan kakaknya tidak hiraukan semua itu? Adilkah jika dia sibuk ke kuliah agama, usrah dan ceramah menambahkan ilmu agama sedangkan dia membiarkan kakak dan abangnya terkapai2 hanyut dengan tipu daya dunia?



~~~~~~~

kalau sahabat2 jadi Umairah, apa yang sahabat2 buat?




LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin