Sunday, October 4, 2009

7 days more..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.



7 days more to go..
Setiap tahun aku melalui tarikh itu..
Mengingatkan aku pada sesuatu..
Sampai masanya nanti aku ceritakan..

Wednesday, September 16, 2009

Epilog Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Ya ALLAH, Ramadhan semakin berlari pergi, jauh meninggalkan diri ini . Tapi, apakah yang aku perolehi untuk tahun ini..

Ya ALLAH, inikah yang dinamakan ujian buatku? Aku cuba untuk menjadi yang terbaik. Aku cuba untuk buat yang terbaik. Tapi, kenapa aku selalu kalah dalam pertempuran ini..

Ya ALLAH, jika dulu aku mengharap, penuh mengharap. Tapi kini, aku sedar apalah ada pada harapan andai diri sendiri tiada tujuan. Apakah harapan bisa jadi kenyataan jika diri penuh dosa selautan.

Ya ALLAH, aku takut berhadapan dengan nerakaMU, aku gentar akan seksaMu, tapi kenapa diri ini masih enak dibuai mimpi yang tak pasti
.

Ya ALLAH, aku merindui saat-saat lalu. masihkah aku punya waktu untuk mengimbas waktu itu walau sedetik cuma? Apa masih ada sinar untuk diriku? Berilah aku masa, merawat hati ini. Hati yang semakin suram dari cahayaMU, petunjukMu.

Ya ALLAH, kurniakanlah kepadaku petunjukMu.
kurniakanlah kepadaku petunjukMu,kurniakanlah kepadaku petunjukMu. Aku mendamba kasihMu ya ALLAH. Biarlah yang berlalu itu pergi asalkan Kau sentiasa di sisiku. Aku tak mahu kehilanganMu.

Ya ALLAH, aku sentiasa inginkan yang terbaik dariMu. Tapi, apakah aku sudah melakukan yang terbaik untukMU? Aku gentar dengan dosa selautan dan amal sezarah yang aku miliki untuk bertemu denganMu.

Ya ALLAH, andai masaku telah tiba nanti, aku mengharap dengan penuh harapan. KAU bisa menerimaku, bisa menerima amalanku, bisa mengampuni dosa-dosaku...

Aku Takut Ya ALLAH...

Friday, September 4, 2009

Bila Ku Sedih..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.


Dari dulu,
Bila ku sedih,
Aku inginnya sentiasa di sisi,

Tapi,
Bila kusedih
Ku sedih sendirian..

Monday, August 31, 2009

SOLAT WITIR

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.


Mungkin ade yang keliru dengan solat witir. Dulu2, time skola menengah, lepas je terawikh 20 rakaat, saya terus angkat kaki. First, sebab tanak terserempak dengan jemaah muslimin. Maklumlah gadis pemalu, balik rumah berjalan kaki. Kang, jumpa muslim, corner sana corner sini. Secondly, sebabnye ingt nk wat qiam. Tapi, sampai habis ramadhan xpenah pun dibuatnye.. Budak2..

Kat sini, nak kongsi sikit tentang solat witir

Solat Witir

Tuntutan Solat Witir

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Ia
merupakan salah satu dari dari tiga solat sunat (witir-dhuha-sunat sebelum subuh) yang
tidak pernah ditinggalakan Rasulullah. Solat witir ialah solat yang ganjil bilangan
rakaatnya sama ada satu, tiga, lima, tujuh, sembilan dan 11 rakaat. Ia dinamakan dengan
witir kerana ditamatkan dengan satu rakaat dan berbeza dengan solat yang lain.
Rasulullah SAW, bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan
Allah menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud
Dawud dan Tirmizi.

Fadilat Witir

1. Solat sunat witir dikurniakan kepada kita oleh Allah, dan ia satu solat yang lebih
baik daripada unta merah. (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Tirmizi).
2. "Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari daripada
sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada dalam
pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya pahala orang syahid." (Hadis riwayat
at-Thabrani)
3. "Sesungguhnya Allah ‘Azza Wajalla telah menambahkan bagi kamu satu
sembahyang, iaitu lebih baik untuk kamu daripada humrin ni‘am (semulia-mulia
harta di sisi orang-orang Arab), itulah sembahyang witir. Allah jadikannya
(sembahyang witir) untuk kamu di antara Isya’ hingga terbit fajar. (Hadis
riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Kaifiyat Solat Witir

Solat Witir adalah merupakan solat penutup setelah seseorang bangun malam dan
melakukan qiamulail. Ibnu Umar r.a. berkata: Bersabda Nabi saw, “Jadikan penghabisan
(akhir) shalatmu pada waktu malam dengan shalat witir.” (Bukhari - Muslim)
Solat malam disini maksudnya Isya’. Ada 2 jenis solat witir nabi iaitu sejurus selepas
Isya’ dan tengah malam lepas tahajjud. Disunatkan pula untuk tidak melengah-lengahkan
malah disegerakan solat witir itu pada permulaan malam bagi sesaorang yang takutkan
kalau-kalau ia tidak dapat bangun pada akhir malam, Tetapi bagi seseoarang yang merasa
sanggup dan dapat bangun pada akhir malam , maka mengtaakhirnya itulah yang lebih
afdhal. Keterangan hujah diatas adalah terkandung didalam sebuah hadis riwayat Ahmad,
Muslim, Tarmizi dan Ibu Majah.

Sabda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka
berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka
berwitirlah pada akhir malam. (Muslim).

“Dari Abi Hurairah radiallahu ‘anhu, dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam baginda
bersabda: Janganlah kamu witir dengan tiga rakaat (jangan menyerupai
Magrib),berwitirlah dengan lima rakaat atau tujuh rakaan. Dan janganlah (witir kamu)
menyerupai solat Magrib”. (H/R Sahih riwayat Daruqutni. Maksud menyerupai solat
Maghrib ialah dengan membaca tasyahhud (tahiyyat) awal. Agar tidak menyerupai solat
Maghrib, maka lakukanlah solat witir tiga rakaat dengan tidak bertasyahhud awal.

Beza witir dan maghrib ialah:-

Witir 3 rakaat baca surah, maghrib 2 sahaja
Witir 3 rakaat baca nyaring, maghrib 2 sahaja
Witir boleh jemaah bulan Ramadhan sahaja

Tiada Dua Witir Pada Satu Malam

Bagi sesiapa yang telah mengerjakan witir penamat seumpama witir pada penutup solat
tarawikh, kemudian terasa hendak mengerjakan solat sunat sunat yang lain, maka baginya
bolehlah mendirikan semua solat-solat sunat yang hendak dikehendakinya, tetapi tidak
pula mengulangi solat witir untuk kali keduanya pada malam yang sama. Hal ini merujuk
kepada hadis riwayat Abu Daud, Nasa’i dan Tarmizi yang bermaksud:
Saya mendengar Rasullullah SAW bersabda “ Tiada dua kali witir pada satu malam.”
Oleh itu, apabila seseorang telah mendirikan solat witir selepas solat Isyak, ataupun witir
penamat pada solat Tarawikh, maka apabila kita bangun malam untuk mendirikan
sebarang solat-solat sunat, witir yang dilakukan tadi tidak menjadi penghalang untuk kita
melakukan solat sunat yang lain, Maknanya kita boleh mendirikan solat sunat seberapa
banyak pada malam yang sama. Tetapi jangan mengulangi lagi atau mendirikan solat
witir sekali lagi, kerana solat witir telah kita kerjakan pada penutup solat terawikh tadi.
Kerana tiada dua (2) witir dikerjakan pada satu malam yang sama.

Kekeliruan Solat Witir

Terdapat pendapat yang mengelirukan dimana mengatakan bahawa sesudah solat witir itu,
maka tidak boleh dilakukan lagi apa-apa sembahyang sunat. Atau bilamana hendak
dilakukan juga solat sunat yang lain perlulah DIBUKA kembali dengan mengerjakan
solat mutlak dan selepas mengerjakan solat sunat maka hendaklah DITUTUP kembali
dengan sunat witir.

Pendapat ini adalah laro’ samasekali dan tidak mempunyai bukti dari hadis yang sohih.
Pendapat ini adalah sekadar pendapat yang tidak terdapat mana mana kitab yang
muktabar. Kesilapan besar ialah menganggap bahawa witir itu adalah penutup segalagalanya.
Dan lebih mengelirukan lagi, jika dibuat juga sebarang solat solat sunat maka
solat yang dikerjakan itu adalah sia sia dan tidak berpahala langsung dari Allah SWT.

Bacaan dalam witir

“Dari Ubay bin Ka’ab, sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam membaca dalam
solat witir (dirakaat pertama): Sabbihisma Rabbikal A’la. Dirakaat kedua: Qul Ya
ayyuhul Kafirun. Dirakaat yang ketiga: Qul Huwallahu Ahad”. (H/R Nasaii, Abu Daud,
Ahmad dan Ibn Majah)

Wallahua'lam
Moga Bermanfaat


MAHASISWA MINDA MERDEKA

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

“.. Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(Surah Al- Mujadalah :11)

Berdasarkan ayat suci al-Quran tersebut, jelas terbukti bahawa golongan berilmu sangat dipandang tinggi bukan sahaja dari kaca mata manusia malah menurut pandangan Allah juga. Tidak dapat tidak golongan sedemikian turut menyumbang dalam jatuh bangunnya kemajuan sesebuah negara. Persoalannya, siapakah golongan tersebut dalam masyarakat kita pada masa ini?

Lihatlah sekeliling kita dan carilah di mana golongan tersebut. Ya, kitalah golongan tersebut. Ya, kita adalah mahasiswa. Sememangnya tanggunggjawab penting berada di pundak mahasiswa yang menggalas harapan masyarakat untuk melihat bumi Allah ini terus subur maju dan diredhai-Nya. Setiap yang bergelar mahasiswa patut merasakan berat tanggungjawab tersebut. Mahasiswa merupakan golongan terpenting dalam strata sosial masyarakat kerana mereka merupakan pemimpin pelapis di masa hadapan. Hamparan pakej kekuatan fizikal, kekuatan mental, kekuatan semangat dan idealism memberikan kredit kepada mahasiswa untuk bangkit menjadi negarawan terulung.

Mahasiswa lesu merupakan satu fenomena biasa pada kalangan mahasiswa hari ini yang perlu diubah. Mahasiswa perlu mengubah persepsi minda mereka bahawa universiti bukan tempat untuk menuntut ilmu semata-mata malah di sinilah tempatnya mereka belajar mencurahkan bakti kepada masyarakat. Mahasiswa sepatutnya sedar yang sebenarnya bukan ilmu di dalam kuliah sahaja yang perlu mereka kejar. Tidak cukup andai mereka hanya mengaplikasikan curahan ilmu dari dalam bilik kuliah semata-mata sepanjang tiga atau empat tahun berada di perbukitan ilmu ini. Lihat sahajalah negarawan terbilang seperti Tun Dr Mahathir, Dr Fuad Zarkashi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim merupakan figura-figura yang asalnya dahulu merupakan aktivis pelajar. Produk pelajar yang sebeginilah sepatutnya menjadi kriteria paling utama bagi graduan-graduan hasil universiti tempatan mahupun luar negara.

Millenium baru ini, mahasiswa perlu bangkit dengan penuh semangat dan meniupkan roh baru dalam pemikiran mereka dengan beroraganisasi dan menyelami ilmu kepimpinan itu sendiri. Lidah mereka lebih diperlukan untuk menjaga kebajikan masyarakat daripada digunakan untuk cakap-cakap kosong mahupun memperjuangkan hiburan yang bersifat hedonisme. Kampus merupakan lokasi mahasiswa mempersiapkan diri mempelajari ilmu kepimpinan dan medan utama mereka mengaplikasinya adalah apabila sudah berada bersama masyarakat nanti.

Kemerdekaan Negara yang telah mencapai usia 52 tahun sewajarnya menjadi titik tolak bagi mahasiswa turut sama memerdekan minda mereka. Mahasiswa tidak boleh lagi terus dibelenggu dengan sifat pasif duduk di bilik-mentelaah tetapi lebih agresif dan aktif mengeluarkan tajam gigi taring demi misi menjadi pelapis negarawan terulung Malaysia. Kita menjejakkan kaki ke menara gading membawa harapan dari seluruh masyarakat dan pastikan kepulangan kita nanti bersama-sama dengan segunung kejayaan yang boleh dikongsi bersama seluruh masyarakat.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin