Saturday, May 30, 2009

HARAKAH ISLAMIAH : Satu Pengenalan Ringkas.

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.


Selepas kejatuhan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah tanggal 03 Mac 1924 hasil pengkhianatan Musatafa Kamal Attaturk dengan bantuan dari pelbagai negara-negara Barat , maka muncullah satu demi satu gerakan Islam di beberapa buah negara khasnya negara-negara yang pernah menjadi wilayah pemerintahan Uthmaniyyah. Dengan berbekalkan satu matlamat yang sangat besar iaitu untuk mengembalikan semula sistem khilafah ini yang telah mengangkat darjat serta kemuliaan ummah , maka beberapa individu dikalangan ulama’-ulama’ yang sedar memulakan langkah kearah pembentukan semula rasa cinta terhadap agama dikalangan ummat Islam yang telah diserang badai jahiliyah Sekular yang sangat dahsyat.
Berikut adalah beberapa Harakah Islamiah yang ditubuhkan selepas kejatuhan Khilafah :
1924 – Nama : Jama’ah An-Nur
Pengasas : Sheikh Bediuzzaman Said An-Nursi.
Tahun / Tarikh : 1924 ( selepas kejatuhan Khilafah )
Negara : Turki.
Bertahan selama 9 bulan sahaja dan diharamkan.
1928 – Nama : Ikhwanul Muslimin
Pengasas : As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.
Tahun / Tarikh : 1928Tempat : Ismailiyah.
Negara : Mesir.
Rangkaian : Jordan, Syria, Lubnan, Sudan, Afrika Utara, Iraq dan lain-lain.
1941 - Nama : Jama’ah Islami
Pengasas : Sayyid Abul A’la Al-Maududi
Tahun / Tarikh : 26 Ogos 1941
Tempat : LahoreNegara : Pakistan
Rangkaian : Benua India – Sri Lanka, Bangladesh, Afganistan, India ( 1947 – Syah Waliyullah Ad-Dahlawi ).
1944 - Nama : Parti Al-Ummah
Pengasas : Sadiq Al-MahdiTahun / Tarikh : 1944
Tempat : Khartoum
Negara : Sudan· Sekarang Ikhwanul Muslimin – Dr.Hasan Turabi.
1945 - Nama : Majlis Syura Muslimin ( Masyumi )
Pengasas : Haji Mohammad Natsir ( Pak Natsir )
Tahun / Tarikh : 08 November 1945
Tempat : YogjakartaNegara : Indonesia
Diharamkan : 17 Ogos 1960
1947 - Nama : Al-Jamahir Syabiyah
Pengasas : Ust Muhammad Mahmud As-Sawaf
Tahun / Tarikh : 1947Tempat : Baghdad
Negara : Iraq
Diharamkan : 1952·
Sekarang Ikhwanul Muslimin
1948 - Nama : Hizbul Muslimin
Pengasas : Ust Hj Abu Bakar Al-Baqir
Tahun / Tarikh : 14 Mac 1948
Tempat : Gunung Semanggol, Perak Darul Ridzuan
Negara : MalaysiaDiharamkan : Jun 1948
1951 - Nama : Parti Islam Se-Malaysia ( PAS )
Pengasas / Pimpinan : Haji Ahmad Fuad
Tahun / Tarikh : 24 November 1951
Tempat : Bagan Tuan Kecil, Pulau Pinang
Negara : Malaysia
1987 - Nama : Harakatul Muqawwamatil Islamiah ( HAMAS )
Pengasas : As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin
Tahun / Tarikh : 08 Disember 1987
Tempat : Ghazzah ( Gaza )
Negara : Palestin·
Lanjutan dari Ikhwanul Muslimin Palestin – 1948
1989 - Nama : Front Islamic Salvation ( FIS )
Pengasas / Pimpinan : Prof Abbas Madani dan Sheikh Ali Benhaj
Tahun / Tarikh : 18 Februari 1949
Negara : Algeria
Diharamkan : 09 Februari 1992
1998 - Nama : Partai Keadilan Sejahtera ( PKS )
Pengasas / Pimpinan : Dr.Ir Nurmahmudi Ismail dan Dr.Hidayat Nurwahid
Tahun / Tarikh : 20 Julai 1998
Tempat : Jakarta
Negara : Indonesia
2001 - Nama : Parti Keadilan & Pembangunan Turki ( AK Party )
Pengasas / Pimpinan : Recep Tayyip Erdogan
Tahun / Tarikh : 14 Ogos 2001
Negara : Turki· Lanjutan dari Parti Refah – Prof Nejmuddin Erbakan· Lanjutan dari Parti Milli Salamat.

Friday, May 1, 2009

Wajah Baru

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Petang tadi saya baru sahaja selesai menempuh peperangan yang dahsat. Bak kata orang, "killer subject". Memang bisa membunuh. Uhh... Saya serahkan segala urusan kepada ALLAH. Dia yang selayaknya menilai dan menentukan. Semoga saya menjadi insan yang lebih tabah.

Perasan tak wajah baru blog ni? Saya bukanlah peminat warna biru. Tapi, macam tersuka pulak dgn template baru ni. Dan kalau ade yang perasan, background ni nak dekat2 sme dgn seseorang. Sape ye? Opss...Kebetulan!

Berbaki satu sahaja lagi paper, saya ingin menujukan seeklusif penghargaan buat tiga insan yang sebenarnya boleh dikira banyak membantu saya sepanjang minggu exam ini. Insan tersebut adalah rakan2 saya. Ms A, Ms N dan Ms S.

To Ms A - terima kasih kerana sudi mendengar perkabaran diri ini. Teruskan menjadi sahabat yang mengambil berat akan sahabatmu yang lain. Semoga ALLAH menbalas semua kebaikanmu. Maaf andai tercipta jarak antara kita. Dengan adanya jarak itu, putiklah rindu di hati.

To Ms N - As I said, ajakan kita ke jalanNya dalam kita tak sedar kemungkinan menjadi perantara terbukanya pintu hidayah. I'm appreciate it very much, Thanks a lot to be there. Kadang2 kita tak perlu membuka mulut untuk melahirkan rasa hati.

To Ms S (sape?Syamila ke?) - Terima Kasih banyak2. sebab jadi coursemate terbaik. Saat diri ini dalam keadaan kritikal tidak terkata, Ms S hadir dengan jayanya. Semoga ALLAH jua yang membalasnya. Doakan kejayaan bersama.

Tak tahulah kenapa suka sangat beri kata penghargaan kat sini. kat mulut tak terkeluar pulak. Dats y la... Ape2 pun selamat ber"exam" kepada yang sedang dan bakal menempuhi exam. Jangan lupa panjatkan pengharapan yang tinggi kepadaNya. Sesungguhnya Dialah yang menentukan adanya kita di sini saat ini.


Friday, April 24, 2009

Video Best : Baik punya...

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
Lepas exam Food Chemistry pagi tadi, saya membuat keputusan untuk 'online' sebentar. Memanng terasa berat sangat kepala ni sbb ngantuk sngat tapi terpaksa tahan. Untuk membuang rasa mengantuk jauh2 ke barat daya, saya pun bukak lah utube. Ade video best. Terhibur saya. Semoga kalian semua terhibur juga.

Bak kata pepatah, " Nak Seribu Daya, tak Nak seribu Dalih". Ini telah dibuktikan oleh beliau di atas. Sungguh mengkagumkan. Saya yang dah lama dok kat Malaysia ni pun susah sgt nk fhm dialek negeri lain. Kalau nogori tu boleh la sket2. huhuhuhu..

Sekadar ini sahaja. Moga bermanfaat..

Thursday, April 23, 2009

Post Pendek..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

~TAUTLAH UKHWAH SEKENCANG DAKWAH~

Best. Biarlah post ni pendek je. Tapi penuh bermakna buat diri ini. Hanya ALLAH mengetahui segala2nya.

Saturday, April 18, 2009

TAUBAT NASUHA...

Ditulis oleh Dewan Asatidz

Taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat kembali kepada-Nya.Agama Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari ampunan Allah, betapa pun dosa yang telah diperbuat manusia.



Bahkan Nabi Muhammad telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi:

"Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."


Di antara kita pernah berbuat kesalahan terhadap diri sendiri sebagaimana terhadap keluarga dan kerabat bahkan terhadap Allah. Dengan segala rahmatnya, Allah memberikan jalan kembali kepada ketaatan, ampunan dan rahmat-Nya dengan sifat-sifat-Nya yang Maha Penyayang dan Maha Penerima Taubat.


Seperti firman ALLAH;


"Dan Akulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Al Baqarah: 160)

Taubat dari segala kesalahan tidaklah membuat seorang terhina di hadapan Tuhannya. Hal itu justru akan menambah kecintaan dan kedekatan seorang hamba dengan Tuhannya karena sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri.


Sebagaimana firmanNya;


"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."(Al-Baqarah: 222)

Taubat dalam Islam tidak mengenal perantara, bahkan pintunya selalu terbuka luas tanpa penghalang dan batas. Allah selalu menbentangkan tangan-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya.

Seperti terungkap dalam hadis riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy`ari:

"SesungguhnyaAllah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari barat."


Maka rugilah orang-orang yang berputus asa dari rahmat Allah dan membiarkan dirinya terus-menerus melampai batas. Padahal, pintu taubat selalu terbuka dan sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya karena sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang.




Ya ALLAH, terimalah taubatku..

Tepatlah kiranya firman Allah;
"Bersegaralah kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." (Ali Imran ayat: 133)
Taubat yang tingkatannya paling tinggi di hadapan Allah adalah "Taubat Nasuha", yaitu taubat yang murni.
Sebagaimana dijelaskan dalam Al-Quran;
"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam sorga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bresamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan 'Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'". (surah At-Tahrim: 66)


Taubat Nasuha adalah bertaubat dari dosa yang diperbuatnya saat ini dan menyesal atas dosa-dosa yang dilakukannya di masa lalu dan brejanji untuk tidak melakukannya lagi di masa akan datang. Apabila dosa atau kesalahan tersebut terhadap bani Adam (sesama manusia), maka caranya adalah dengan meminta maaf kepadanya.

Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, "Apakah penyesalan itu taubat?", "Ya", kata Rasulullah (H.R. Ibnu Majah). Amr bin Ala pernah mengatakan: "Taubat Nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa sebagaimana kamu pernah mencintainya".

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin