بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
Ada yang menyokong cadangan Menteri Pelajaran Malaysia yang merupakan TPM Malaysia,
Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) antara yang menyokong penuh cadangan Kementrian Pelajaran itu. Difahamkan Presiden PPBMM Profesor Madya Dr Hashim Othman berkata PPBMM berpendapat bahasa Inggeris sesuai dikuasai sebagai bahasa komunikasi tetapi bukan sebagai bahasa ilmu sebagaimana yang dilakukan dalam dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sekarang.
Tidak dinafikan syarat lulus BI untuk pelajar SPM dapat menaikkan semangat dan motivasi adik2 dalam mendalami matapelajaran tersebut. Tetapi, bagaimana pula dengan mereka yang sejak azalinya merasakan tidak serasi dengan matapelajaran ini. Bagaimana pula dengan mereka yang mengharap hanya kepada guru di sekolah tanpa mampu menanggung kos kelas tambahan sekiranya mereka tidak dapat memahami dengan baik pengajaran guru di sekolah?
Natijahnya,ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus. Benar, golongan sebegini yang diharapkan oleh keluarga di kampung untuk merubah masa depan keluarga bakal memusnahkan harapan orang tua mereka sendiri. Tidak mustahil, mereka patah semangat dan mengambil keputusan untuk terus tidak melanjutkan pelajaran atau kata mudah 'berhenti sekolah' kerana tahu usaha mereka hanya sia-sia belaka.
Orang ramai digalakkan mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui saluran telefon di talian 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my.
Semoga keputusan terbaik dapat dicapai dan diteliti melalui pelbagai aspek demi melahirkan generasi intelek pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment