Tuesday, October 18, 2011

enam.sepuluh

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

Taraaa!!!

Hari ni berapa haribulan? Oh, sudah 18 haribulan rupanya.

Hari itu waktu 6 Oktober, hari ulangtahun kelahiran saya. Makanya, saya mahu ceritakan sesuatu.

enam.sepuluh

Intro


Saya ke kelas pagi itu. Jam 7.40 saya sudah terpacak di hadapan kelas 3 Jujur. Sungguh, saya sayang mereka. Melihat wajah mereka satu persatu sangat menenangkan hati. Tapi ada kalanya, menggeramkan gak!


عَنْ جَرِيْرِ بِنْ عَبْدِاللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ لاَ يَرْحَمُ النَّاسَ، لاَ يَرْحَمُهُ اللهُ
(مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)

Daripada Jabir Bin Abdullah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Barangsiapa yang tidak menyayangi (mengasihi) sesama manusia, niscaya Allah tidak akan menyayangi (mengasihi)nya.

Selepas mereka mengucapkan salam, saya menjawab dan meminta mereka untuk duduk. Saya letak beg dan buku di atas meja. Lalu saya teringat akan kiriman sms yang belum lagi dibaca.

Ucapan Selamat Hari Lahir

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik manusia menurut pandangan Allah (Islam) ialah orang yang panjang umurnya dan baik pula perbuatannya, sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk pula perbuatannya" (Ahmad dan al-Hakim)..

Saya senyum-senyum baca memandangkan ianya merupakan ucapan pertama yang saya terima hari itu. Ada juga yang mengingati hari lahir saya rupa-rupanya. Senyum saya tidak berhenti makanya saya menangkap kata-kata ini di pendengaran,

“Cikgu, kenapa cikgu senyum-senyum baca mesej?”

Ah, budak-budak. Apa kamu tahu?


Matematik

Tiba-tiba datang seorang ‘my sayang’ ke meja guru. Namanya Fikri.

“Cikgu, bila birthday cikgu? Dah lepas ke belum?” soalan yang datang dari mulut comel itu begitu mendebarkan. Saya tertanya-tanya.

Dengan tenang saya menjawab, “hari ini,”

“tipu,” spontan dia mencelah.

“Eh, betul lah. Hari ini birthday cikgu,” kita cakap betul-betul, dikatanya kita tipu. Huh!

“Weh, hari ni birthday cikgu la..” khabarnya kepada kawan-kawan. Selepas itu saya lihat mereka membuat sedikit perbincangan yang tak dapat saya kesan agenda-agendanya. Kemudian, saya minta mereka duduk di tempat masing-masing dan saya pun memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Waktu sedang mengajar, saya menyedari perbincangan yang sedari tadi masih belum berkesudahan. Saya tegur mereka supaya senyap, fokus ketika saya mengajar dan jangan mengganggu orang lain.

“Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..”

(Surah An-Nahl: 125)

Tiba-tiba, Fikri bertanya,

“Cikgu, umur cikgu berapa?” eh, waktu sedang belajar pun boleh lagi tanya soalan yang tiada kaitan dengan topic yang dipelajari. Sebagai seorang guru yang sporting, saya menjawab dengan yakin,

“23”

Saya ajar mereka tajuk “Data Handling” hari itu. Memandangkan mereka kelas pertengahan, maka mereka tidaklah sesukar mana untuk memahami tajuk tersebut.


English

Saya masuk semula ke kelas 3 Jujur untuk matapelajaran English selepas mereka rehat waktu pagi. Jam 10 pagi saya sudah masuk ke kelas. Kebiasaannya, selepas waktu rehat sebegini masih ada lagi yang terkedek-kedek menuju ke kelas. Saya mengesan beberapa orang ‘my sayang’ belum masuk ke kelas. Tidak mengapa, saya tunggu sampai mereka datang.

Tunggu punya tunggu, tiba-tiba Aiman Zikri si ketua kelas masuk ke dalam kelas sambil berlari. kencang juga lariannya. Diikuti teman-teman baiknya yang lagi empat orang di belakang.

"Cikgu, nah. untuk cikgu," ucapnya sambil menghulurkan sebuah bungkusan kepada saya.

"Ni cikgu, lagi satu," yang di belakang menambah, cuma saya lupa siapa yang beri kerana saya sebetulnya terkejut, terharu, tak sangka.

Saya tersipu-sipu. Malu tak tahu nak ucap apa.

"Ni untuk apa? terima kasih tau," saya malu-malu keluarkan patah kata. Oh, malunya saya. Entah kenapa..

"Cikgu buka kat rumah tau," saya hanya mengangguk kemudiannya.


Rehat

Waktu rehat, saya mencari mereka di kantin. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan. Saya mencari-cari di kiri dan kanan, maka akhirnya saya jumpa mereka.

Belum sempat saya menyatakan hajat sebenar, Ammar mencelah,

"Ha, Syahmi. Cepatlah bagi," saya berkerut. Bagi apa?

Maka si Syahmi pun mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Belum sempat susuatu itu sampai ke tangan saya, sesuatu itu terjatuh atas meja. Syahmi beri kepada saya seutas gelang tangan. Seperti yang tertera di bawah. Nampak kecil pada mulanya, tapi berjaya juga saya pakai setelah dipaksa-paksa. Hingga sekarang, saya masih pakai gelang ini.


Sebetulnya

Maka, di rumah saya pun membuka hadiah itu. Saya sudah dapat mengagak isi kandungan pemberian istimewa tersebut. Sungguh, sungguh istimewa dalam hati saya.

Sebetulnya mereka lewat ke kelas English hari itu kerana menyiapkan bungkusan pemberian untuk saya. Walaupun tidak sekemas mana, tapi saya betul-betul menghargainya. Saya tahu, mereka kumpul duit ramai-ramai, pergi ke Kedai Buku, membeli hadiah untuk saya beserta pembalutnya sekali. Entah, saya memang terharu.huuuu~

Sebetulnya, pada hari itu mereka ada subjek Pendidikan Seni. Mereka perlu menghasilkan seutas gelang tangan yang diperbuat daripada manik dan tali tangsi. Maka hasil seni yang dihasilkan oleh Syahmi diberikan kepada saya. Sungguh, sungguh istimewa dalam hati saya.

Kata saya,

Saya tak kisah jenis apa pemberian itu, tetapi yang saya kisahkan adalah siapa si pemberi itu. Pemberian dari pemberi yg istimewa sangat2 membuatkan saya tersenyum sepanjang masa.

Saya tak perlukan sesuatu dari orang yang istimewa. Sedikit ucapan dan doa sudah betul2 istimewa. Sebab itu saya tak kisah kalau abang saya tak pernah bagi hadiah kat saya. Sebab setiap tahun, dia akan wish dan kadang2 dia akan nyanyi untuk saya..Kerana itu, dia sungguh istimewa untuk saya.. sorry merepek sikit


p/s : tahniah kepada yang berkenaan. semoga kejayaan sentiasa mengiringi. aminn..

2 comments:

Anonymous said...

So sweet~~ ^_^

nurulsyamila said...

awak pun sama..

sweet mcm sucrose..

*_*

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin