بسم الله الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
Sangat semangat mendengar lagu rasmi Pro M semalam ketika berada di Himpunan Mahasiswa bertempat di parkir motosikal FPI semalam . Sungguh menusuk kalbu.
Bangkitlah pejuang bangkitlah rapatkan barisan rappatkan meneruskan langkah perjuangan suara dan harapan mahasiswa
Kobarkan dirimu kobarkan Kentalkan jiwamu kentalkan Takkan pernah usai pertarungan hingga tertegak kebenaran
Henyahkan rasa takut dan gentar Robohkan segala kebatilan Perjuangan harapan bersama Untukmu varsiti tercinta
بسم الله الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
Semalam saya tidak dapat tidur. hanya apabila jarum jam menunjukkan hampir pukul 6, barulah mata ini dapat dipejamkan. Terdengar azan subuh yang mendayu-dayu dalam keadaan mata yang hampir tidak boleh dibuka. Ternyata subuh saya dalam keadaan yang amat mengantuk. Puas saya paksa diri untuk tidur malam tadi, pelbagai posisi tidur ditukar ganti namun tidak dapat melelapkan mata. Demam yang hampir kebah, namun kepala masih lagi berat. Hanya bisa terbaring dan tidak mampu untuk duduk dalam jangka masa yang lama.
Sepanjang menunggu mata yang tidak dapat terlelap, pelbagai perkara menerjah masuk ke minda. Dan yang menarik perhatian, dua nama ini sentiasa berlegar-legar di fikiran. IMAM SHAHRUL dan IMAM SAIFUL. Siapakah mereka berdua ini? Biar saya ceritakan.
Sedari kecil saya dekat dengan masjid. Rumah saya berdekatan dengan masjid atau lebih tepat lagi di dalam kawasan masjid. Arwah ayah saya bekerja sebagai bilal masjid di Masjid Dato' Bendara Luar Batu Pahat. Tempat yang tidak mungkin saya lupakan. Andai ditanya, di manakah tempat yang paling best untuk didiami, saya akan jawab di rumah saya itulah.
Masjid Dato' Bentara Luar, Batu Pahat
Pernah satu ketika, pada tahun 1997 jika tidak silap, saya berpindah jauh sedikit kira-kira 150 meter dari kawasan masjid. Ini kerana rumah yang saya diami itu terpaksa dirobohkan dan diganti dengan kuarters baru. Hampir tiga tahun menunggu rumah baru untuk siap. Apabila saya berpindah ke kampung, rumah saya dekat dengan masjid juga. Ketika belajar di matrikulasi, saya ditempatkan di blok yang paling hampir dengan masjid. Di UKM juga, pada tahun pertama saya ditempatkan di Kolej D, kolej yang hampir dengan masjid UKM. Hanya apabila melangkah ke tahun dua dan tiga, saya sudah mula jauh dengan masjid. Entah kenapa..
Zaman kecil saya, saya berjiran dengan anak-anak imam, bilal dan noja. Saya paling rapat dengan anak pak Imam Saip. Anak Imam Saip ada 6 orang. seorang perempuan dan selebihnya lelaki. Saya suka berkawan dengan akak (anak perempuan Imam Saip) tapi disebabkan akak lebih tua beberapa tahun dari saya, saya lebih banyak bergaul dan bermain dengan adik-adik lelakinya yang hampir sebaya. Juga anak-anak Pak Thomin ( noja ) yang kesemuanya ada 6 orang, 3 lelaki dan 3 perempuan. Saya juga agaknya lebih rapat dengan anak kembar lelaki Pak Thomin. Saya tidak berapa ingat kenangan semasa kecil tetapi apabila menelek kembali foto lama, banyak gambar-gambar saya dengan mereka. Hanya saya seorang saja budak perempuan dan selebihnya abang bersama jiran-jiran lelaki saya dalam foto-foto tersebut. Tidak sangka, saya punya ramai kawan lelaki sewaktu kecil.
Saya ingin berterima kasih kepada Facebook kerana telah menemukan saya kepada jiran-jiran lama saya ini. Saya suka kenangan zaman kecil dulu. Saya mula menjadi kurang rapat dengan mereka apabila masing-masing berpindah untuk memberi laluan membangunkan kuarters baru. Jiran-jiran lain berpindah dalam kawasan masjid itu juga tetapi saya berpindah agak jauh sedikit, kira2 150 meter dari kawasan itu. Di sini, saya bertemu jiran baru. Tidak silap saya jiran saya seorang guru, namanya cikgu Nafisah. Dia mempunyai 3 orang anak lelaki. Seingat saya nama anak sulungnya Nabil Zaki. dan yang bongsu Qayyum. Cuma anak kedua langsung saya lupa namanya. Yang saya ingat dia seorang yang pendiam dan pemalu. full stop.
Apabila saya berpindah semula ke kawasan masjid, saya bertemu dengan jiran-jiran baru. Di sinilah saya mengenali Imam Saiful dan Imam Shahrul. Apabila teringatkan imam berdua ini, saya mula menyingkap memori bersama jiran2 saya sejak kecil. Imam Saiful, hensem wajahnya, muda dan bersusuk tubuh tinggi. Kusangkakan bujang tetapi telah pun berkahwin. jujur saya mengagumi kecantikan isterinya, kak Amaliah. Cantik sangat. Kak Lia merupakan cikgu sekolah agama. Dan ketika saya di tingkatan 2, pasangan itu telah mempunyai 2 orang anak lelaki. Imam Saiful kemudiannya ditukarkan ke masjid lain dan diganti dengan Imam Shahrul. Saya terlupa langsung nama penuh Imam Shahrul sedangkan dahulu saya selalu skodeng kereta Gen2 nya. Dalam keretanya, ada kad kerja yang digantung terpampang wajah, nama dan i/c nya. Ketika itu saya hafal nama penuh dan i/c nya. Sekarang sudah tentu saya lupa. Imam Shahrul ni agak hensem orangnya, yelah kan orang muka suci ni sejuk je mata memandang. Ramah pulak tu, bila kami berselisih mesti dia senyum ke arah saya. malu saya dibuatnya. Hahaha. Dan jangan terkejut, imam shahrul pun sudah bernikah. Isterinya juga sangat cantik. Kak huda namanya, cantik dan peramah. Serius. Kak Huda pun cikgu sekolah agama juga. Ketika saya di tingkatan 5, anaknya baru seorang. baby girl, ain namanya. sangat cute. serius.
Dan seorang imam yang sangat-sangat-sangat saya kagumi. Imam Musa bin Muda al-hafiz. Jangan terkejut saya ingat nama penuhnya. Huhu. Imam Musa tidaklah terlalu muda seperti Imam Shahrul mahupun Imam Saiful. Imam Musa ni Imam daerah. Setiap daerah di Johor akan ada seorang Imam hafiz. Ketika itu, Imam Musa menjadi imam daerah batu pahat sebelum diganti dengan adiknya Imam Nazri. Saya sangat2 kagum dengan imam Musa. Dan ada satu perkara yang menyebabkan saya kagum dengan dia. tapi, biarlah kekaguman itu menjadi rahsia.Haha. Yang paling saya ingat, kalo imam Musa jadi imam solat terawikh, dia akan baca surah-surah ikut loghat yang banyak2 tu n dia akan terangkan kat para jemaah tentang asal loghat tersebut dan sebagainya. Sungguh, saya sangat kagum dengan dia. Dan isterinya kak aini, juga seorang guru sekolah agama. Abang saya sungguh suka dengan kak aini, katanya kak aini paling cantik kat situ. watever lah... Dan kenapa ye? Kenapa isteri-isteri pak imam ni semuanya cikgu sekolah agama. kalau camtu, nak jadi cikgu sekolah agama jugak lah. Nak jadi isteri imam muda. Boley???
Saya juga berjiran dengan kadi daerah. kadi daerah akan bertukar 4 tahun sekali kot. Entah berapa tahun sebetulnya, tapi yang pasti akan bertukar2 la. Antara banyak2 kadi, Kadi yang paling saya ingat ialah tuan kadi haji Abu Bakar Watak. Kalau kat Johor, femes sungguh tuan kadi ni. Sekarang dah tak jadi tuan kadi lagi. Dah naik pangkat, jadi pe ntah. Saya sangat baik dengan anak2 perempuan dia. Saya tidak tahu berapa ramai anaknya tapi yang pasti saya rapat dengan 2 orang anak perempuannya, asma' dan aisyah. Sedapkan nama diorang Asma' binti abu bakar dan aisyah binti abu bakar? suka2. serius. Saya berkawan dengan mereka ketika umur saya 5-6 tahun mungkin. Asma' dan Aisyah belajar mengaji dengan arwah ibu saya. Mereka berdua akan datang ke rumah saya. Saya suka sangat dengan mereka. cantik, baik hati pulak tu. Kalau mereka datang rumah, mesti bertudung dan baju mereka berdua mesti sama. cantik. Asma' setahun lebih tua dari saya dam aisyah mungkin 1/2 tahun lebih tua. Antara aisyah dan asma', saya lebih suka asma'. Saya tidak pasti kenapa saya lebih suka asma', tapi sungguh Asma' comel dan aisyah pulak cantik sangat. Asma' pernah menghadiahkan saya drawing book, dan dia tulis " Buku ni untuk ***a (nama panggilan saya), jangan bagi pada abang as (abang saya)". Cute kan? Kalau Aisyah jumpa saya, dia ingat lagi tak kat saya?
Kadi2 selepas itu tidak berapa saya kenal. Apa yang saya tahu, isteri 2 orang kadi selepas tu adalah cikgu sekolah menengah. dan kedua-duanya mengajar di High School Batu Pahat. Tuan kadi selepas itu tidak saya kenali kerana saya telah berpindah ke kampung.
Banyak lagi kisah-kisah jiran saya yang tidak saya sebutkan di sini. Saya sungguh suka berjiran dengan mereka. Cuma saya benar-benar tidak suka berjiran dengan orang bujang. Kenapa? Saya ada alasan tersendiri. Huhu. Saya suka berjiran dengan mereka yang majoritinya bertudung labuh, berjiran dengan mereka yang tidak tinggal solat jemaah di masjid, berjiran dengan mereka yang punya raut wajah yang tenang dan menyejukkan mata. Sungguh saya suka. Persis Keluarga Sakinah, motto iklan yang selalu diwar2kan oleh Jabatan Agama Islam Johor. Suasana yang tidak dapat saya gambarkan. Sehinggakan pernah saya tetapkan dalam hati satu hari nanti, saya mesti mempunyai keluarga yang persis seperti ini. Saya sungguh suka melihat keluarga yang menjaga hak ALLAH, mempasakkan ALLAH sebagai tujuan hidup dan saya dapat lihat dari mereka-mereka ini. Saya juga yakin, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Saya nampak sendiri melalui pengalaman hidup saya yang baru setahun jagung ni. Dan saya sungguh percaya seorang suami itu sangat besar tanggungjawabnya dan seorang isteri sangat besar peranannya. Isteri yang baik akan menjadikan seorang suami bertambah soleh dan isteri yang kurang baik boleh menyebabkan suami menjadi kurang baik hanya kerana mulutnya, kerana sifat buruknya dan pelbagai lagi. Dan dari ibu dan ayah yang baik akan lahirlah anak2 yang solehah. Semoga diri ini menjadi hamba yang solehah dan secebis kebaikan yang dilakukan dihadiahkan untuk kedua-dua arwah ibu dan ayah. Semoga roh mereka tenang di sana.
Sungguh benarlah kalam ALLAH :
" Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh Karena Allah Telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan Karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. sebab itu Maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh Karena Allah Telah memelihara (mereka)..."
( An-nisaa' : 34 )
Sehingga bertemu lagi di lain masa.
gambo sape kawen ni. tahla. Tapi pak imam yang nikahkah pengantin tu la imam shahrul namanya. Saya jumpa gamba ni kat intenet. saya takde kaitan pn dgn gamba ni. tp npe imam pakai bj same kale ngan pengantin. kompius i mne stu pengantin
p/s : saya teringin untuk bercerita tentang sekolah agama di johor. kalau ade masa, saya ceritakan.
بسم الله الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
Prinsip saya tentang cinta :
Saya tidak mahu terlibat dengan cinta mana-mana manusia sehingga saya bertemu dengan cinta Hakiki, Cinta Kepada ALLAH melainkan saya benar2 percaya mana-mana manusia tersebut boleh membawa saya berada lebih dekat dengan ALLAH. Saya tahu amat sukar untuk saya merealisasikan semua ini kerana saya memerlukan mujahadah yang tinggi. Semoga ALLAH mendengar kata hati saya kerana saya yakin dan percaya ALLAH tahu saya sedang mengejar cintaNya. Dan saya juga yakin dan percaya ALLAH amat menyayangi saya dan tak akan biarkan saya terkapai-kapai keseorangan jika saya benar-benar ingin merebut cintaNya.
Saya bersyukur kerana tidak terlibat dengan masalah hati kerana bagi saya ALLAH telah beri ujian yang lebih hebat untuk saya buat masa ini. Mungkin benar kata-kata kawan saya, saya patut rasa beruntung kerana tidak diuji dengan masalah sebegini kerana saya sendiri takut melihat keadaan kawan2 saya. Diuji dengan pelbagai ujian yang saya rasakan berat. Kita berusaha untuk menjaga tapi di pihak lain pula sebaliknya. Saya pun takut untuk bercerita tentang muslimin yang belum pun sah menjadi hak milik kita. Kerana bagi saya, tiada siapa pun dalam dunia ini milik kita. Mungkin, suami kita adalah suami kita tapi dia bukan milik kita. Dia milik ALLAH, ALLAH lebih berhak untuk melakukan apa sahaja keatasnya. Bercerita tentang sesuatu yang belum pasti, semoga saya dijauhkan segalanya.
Bertuahnya saya kerna tidak mengalaminya kerana saya dapat menyaksikannya sebelum saya mengalaminya. Apabila saya menyaksikannya, saya dapat menilai mana yang baik, mana yang buruk. Dan apabila tiba masa itu, saya akan berusaha untuk menjadi orang yang menyimpan rahsia peribadi, orang yang tidak bercerita tentang sesuatu yang belum pasti, orang yang teguh pendirian apabila diuji kerana saya telah menyaksikan sebelum mengalami. Bertuahnya kerana saya lambat diuji. Lambat bererti saya sepatutnya matang apabila tiba ujian saya.
Mungkin saya belum berjumpa dengan apa yang dikatakan cinta. Kerana itu saya tidak punya apa-apa keyakinan. Saya tahu urusan yakin ataupun tidak ditentukan dengan keberadaan kita dengan ALLAH, semakin dekat kita dengan ALLAH semakin yakin kita akan sesuatu. Saya faham. Cuma biarlah untuk ketika ini. Saya tak bersedia untuk berbicara tentang keyakinan terhadap sesuatu yang saya sendiri pun tidak enak untuk berbicara soalnya. Sekarang bukan masanya untuk saya fikir soal itu. Banyak perkara lain yang perlu saya fikirkan. Saya yakin setiap apa yang kita ucapkan akan diuji ALLAH. Semoga saya tidak diberi ujian yang tidak mampu saya tanggung.
Untuk apa saya menulis semua ini? Bukan untuk dicanang kepada semua orang. Apa yang penting, ianya sebagai peringatan kepada diri saya sendiri. Puas sudah saya merungkai definisi cinta tapi akhirnya saya benar-benar percaya bahawa inilah sebenarnya definisi cinta bagi saya. Prinsip saya adalah prinsip saya. Andai ada manfaatnya untuk sahabat2, silakan. Andai kata-kata saya langsung tiada guna, hindarinya. Sekian.
بسم الله الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
Segala pujian hanyalah kepada ALLAH yang selayaknya..
Alhamdulillah, peperiksaan akhir semakin jauh meninggalkan pergi. Hanya pergantungan ini kepada ALLAH sahaja tanda tawakal kepadanya setelah berusaha sebaik yang mungkin. Hari ini adalah kertas terakhir bagiku. Menurut kosmet ku, semester inilah yang banyak menggugat kelapangan masa kami. Semester inilah yang memerlukan banyak tumpuan. Rasa terbeban dengan tugasan yang ada. Aku jua begitu, tapi sedih pula hendak meninggalkan semester yang penuh kesibukan ini.
Semakin hari, aku semakin belajar erti kematangan diri. Memikul amanah yang berat dirasakan mengajarku makna pengorbanan. Amanah sebagai hamba ALLAH, amanah sebagai seorang anak, amanah sebagai pelajar dan amanah sebagai khalifah di bumi Tuhan. Beberapa taklifan juga akan dilepaskan dan begitu aku memikirkan sekerat manalah sumbanganku. Memegang amanah dalam Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) bukanlah satu bebanan, bukan jua satu impian. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada rakan seperjuangan.
Kepada YDP, maaf jika tak menjadi pembantu yang terbaik, tentu sahaja YDP selalu menahan rasa dek kerana sikapku yang satu ini.
Kepada TYDP, mungkin sudah banyak menahan sabar akan kerenah diri ini yang banyak beralasan. Aku tahu kadang kala diri ini mengguris hatimu tapi dek kerana ego aku membiarkan segalanya berlalu pergi.
Untuk sahabat2 MT yang lain, maaf andai diri ini pernah mengasari, selalu menyakiti, seringkali menuntun rasa tidak senang di hati. Hanya ungkapan maaf yang bisa diucapkan.
Kepada adik2 exco yang lain, akak yakin dan percaya akan kredibiliti kalian dalam menguruskan organisasi kesayangan kita semua ini.
Dan yang teristimewa, untuk partner ku :
Terima kasih kerana banyak membantu. tatkala diri ini mengisytiharkan kesibukan diri, kau membantu mempersiapkan segalanya. tanpa membantah, tanpa mengeluh. dan terima kasih kerana sungguh aku menyenangimu. Dirimu partner pertamaku yang tidak tahu istilah perli dalam hidup. sungguh, aku tidak bisa bekerja dengan insan yang kuat memerli. maaf, maaf andai diri ini terlalu banyak mengarah. maaf kerana terlalu banyak membebanimu. Jujur aku cemburu bila ade yg lebih rapat denganmu, bila ade yang mengaku dia kakakmu. sedih kerana tidak dapat menjadi partner dan seorang kakak yang baik..
InsyaALLAH hari ini adalah hari terakhir aku berada di bumi UKM sebelum menuju ke destinasi kampung halaman. Kepada sahabat2, entah bila agaknya akan ku pijak bumi UKM ini lagi memandangkan masih banyak lagi amanah yang belum terlaksana sepenuhnya. Maaf kerana tidak dapat turut serta dalam beberapa program yang dirancang. Kita hanya merancang, ALLAH juga merancang tapi perancangan ALLAH itu yang terbaik. InsyaALLAH, terbaik!! Semoga aku terus kuat. Sahabat2, doakan yang terbaik ye.