Sunday, October 18, 2009

Tentang Kita

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.


Sebuah kepercayaan yang dikhianati
Diri ini ingin lari
jauh membawa diri
mencari kebebasan yang hakiki

Diri ini tercari-cari..
masih lagi mencari
erti kehidupan abadi..

Ya ALLAH,
pertemukanlah aku pada jawapan
akan sebuah soalan yg sering menghantui
Sesungguhnya hanya Kau sahaja bisa memahami
akan diri yg lemah ini..

Telah lama aku berkelana
mencari erti tentang diri
semoga suatu hari nanti
Kau pertemukan aku sebuah erti

Tentang kita
tentang kepercayaan dalam sebuah perhubungan
Andai percaya itu musnah
Aku takut aku tidak mampu memberi
Apa yang sepatutnya mesti kuberi

Tentang kita
Maafkan aku andai pernah menyakiti
Sungguh diri ini tidak mengerti
mengapa semua itu perlu terjadi
dunia ini menjadi saksi
Nilai perhubungan yang sejati

Ku sandarkan segalanya padaMu
Sujudku menyembah mengabdi padaMu
Andai semua telah terlukis di kanvasMu
Moga aku merelakan taqdirMu


Dalam Nafas Ini

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Terjumpa artikel yg best dr blog seorang sahabat. Pastu trus copy n paste kat sini. dicetak bulat2 ke dalam blog ini.

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI1. Semalam : Sudah menjadi sejarah2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan3. Esok : Hari yang belum pasti.Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:1. Nafas Naik2. Nafas TurunHargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.


HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:

1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia. Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini

1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.... Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Wassalam.


~Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan kerjakan tiga hari kemudian.~

Wallahua'lam
Moga bermanfaat

Monday, October 12, 2009

Memori 11 Oktober..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

11 OKTOBER ...

Aku masih ingat lagi..

Tatkala itu, aku sedang khusyuk di meja peperiksaan. Walaupun hakikatnya fikiranku menerawang entah ke mana. Kertas peperiksaan biologi itu kupandang sepi. Lalu mulalah tangan ini menari-menari menconteng beberapa patah perkataan di hujung-hujung kertas, bukan di ruang jawapan yang disediakan. Tanda-tanda bosan dan tiada idea untuk menjawab mula menyerlah. Aku dilanda kebosanan melampau tidak dapat menjawab soalan dengan baik dek kerana tiada persiapan yang rapi untuk kertas biologi ini. Ku imbas kembali memori malam sebelumnya. Mungkin hanya itulah sahaja alasannya. Ku berjanji pada diri untuk melakukan yang terbaik bukan pada diri ini tetapi pada dia yang memenuhi ruang hati ini. Lalu terlakarnya namanya di kertas peperiksaanku..


Aku masih ingat lagi..

Waktu kebosanan melanda dan hampir kesemua kertas peperiksaan itu masih tidak berjawab, kulihat seseorang menuju ke kelasku. Insan yang aku kenal, hanya aku sahaja yang mengenalinya di kelas itu. aku seakan dapat mengagak apa yang akan diluahkannya. jika aku mampu, aku hanya mahu menutup telinga ini semahu-mahunya, membiarkan jarum jam berhenti seketika supaya aku dapat membuat persiapan untuk menerima sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Tapi, aku cuba pujuk diri untuk bersedia dalam beberapa detik itu. Benar, apa yang ku jangka benar-benar berlaku. Rembesan air mata mula memenuhi ruang muka. Aku terduduk di lantai simen. Ku dengar pujukan insan itu lalu membawaku pergi bersamanya.


Aku masih ingat lagi..

Aku berdebar-debar menuju destinasi. Aku masih tertunduk sambil air mata ini tidak berhenti-henti mengalir. Tidak sanggup rasanya untuk aku berhadapan dengan realiti. Dunia ini kurasakan gelap sementara. Pujukan dari insan sekeliling mula kedengaran. Aku tidak hiraukan semuanya sehinggalah aku menangkap ungkapan ini di telingaku..

"Allah sayangkan dia. Semua orang akan pergi, kita pun akan pergi jugak nanti. cuma cepat atau lambat je.Allah sayangkan dia sebab tu Allah jemput dia dulu,"

Tangisanku terhenti seketika. Aku mula tersedar bahawa sememangnya dia sebahagian dari hidupku tapi hakikatnya ALLAH memilikinya, Allah berhak ke atasnya..


Aku masih ingat lagi..

Wajah terakhirnya yang kutatap. Bersih wajahnya dengan kuntuman senyman. Senyuman yang biasa dilemparkan sewaktu hidupnya. Ku kucup wajahnya. Untuk kali terakhir,
Untuk kali terakhir,Untuk kali terakhir. Aku tidak dapat membayangkan hidupku tanpanya pada hari-hatri mendatang.


Aku masih ingat lagi..

Pada hari ini aku masih ingat lagi kisah bertahun-tahun dulu. Sesungguhnya, aku rindukan senyumannya. Senyuman yang bisa menenangkan jiwaku yang resah, mendamaikan kolam hatiku yang terusik, mententeramkan otakku yang serabut. Tapi kini, tiada lagi. Aku belajar erti ketabahan hati, aku belajar erti tangisan jiwa, aku belajar erti kesunyian diri.


Aku masih ingat lagi..

Pada tarikh ini dan tak mungkin untuk aku lupai hingga bila-bila...

Hargailah apa yang kita ada kerana kita hanya tahu menghargai sesuatu apa kita telah kehilangannya..

Tuesday, October 6, 2009

Muhasabah Diri Kembali

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.


Solat dan Kita
www.iluvislam.com
Aman Shah
Editor: arisHa27

Apabila solat itu sendiri tidak dapat menjadi pencegah maksiat kepada diri kita, maka benarlah Roh solat itu sendiri tidak dapat meresapi diri manusia yang mendirikan solat itu.

Seseorang muslim yang mengerjakan solat kebiasaannya menempuh tahap-tahap berikut :

1. Tahap ilmu:

Seorang muslim setelah mengetahui kewajipan solat, kemudian mempelajarinya dengan telilti melalui ilmu Fiqh iaitu syarat wajibnya, sahnya, rukun-rukunnya, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkannya dan sebagainya. Tetapi ilmu mengenainya tidak memadai sekiranya tidak disertai keyakinan dan amal.

Ertinya ilmu hendaklah diselaraskan dan diselarikan dengan hati, akal dan perbuatan kita dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Apabila Allah memerintahkan kita mendirikan solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat, maka akal kita tidak boleh ragu dan was-was. Akal mesti mengakuinya. Tetapi bila akal sudah yakin, itu belum cukup. Kita mesti pergi ke tahap yang kedua.

2. Tahap kedua: Menundukkan hati

Sekiranya akal kita sudah tahu secara keseluruhan tentang kepentingan solat tapi hati kita masih berat untuk mengerjakannya seolah-olah menganggap solat itu tidak penting. Sebab itu tahap kedua ini dinamakan tahap mujahadah. Iaitu bermujahadah supaya apa yang diselaraskan oleh akal dan ilmu itu juga diakui oleh hati.

Kalau hati sudah tunduk, tandanya apa yang kita buat terasa lazat. Kalau tidak rasa lazat, kalau rasa menderita sahaja, terasa berat untuk mengadap Allah, maka hendaklah bermujahadah bersungguh-sungguh sehinggalah sampai ke peringkat ketiga.

3. Tahap ketiga: Menjadi tabiat dan istiqamah

Maknanya solat itu sudah menjadi amalan dalam hidupnya secara istiqamah. Tidak perlu dipaksa-paksa lagi. Sebab itu di dalam Islam, para ibubapa hendaklah mengajar anak-anak solat seawal umur tujuh tahun lagi dan anak-anak tadi boleh dipukul ketika umur sepuluh tahun dan ke atas sekiranya mereka cuai dan meninggalkannya.

Tujuannya supaya solat itu menjadi tabiat dan kebiasaannya sehingga ke akhir hayat. Kemungkinan juga saudara/ri terasa berat untuk mengerjakan solat kerana tidak merasai kebesaran dan keindahan solat itu sendiri. Bila membicarakan soal solat ini, kita tidak boleh menganggap bahawa kita sedang surut ke belakang semula. Sebenarnya tidak, kerana solat adalah perkara yang penting.

Kalau hendak dilihat pada kepentingan solat adalah seperti berikut :

Solat merupakan tiang agama:

Jika iman diibaratkan akar tunjang bagi pokok, solat pula ialah batangnya. Kalau hendak mendirikan sebuah rumah, perlu ada tapak dan tiang-tiang serinya. Rumah tidak akan dapat dibangunkan kalau tidak ada tiang serinya. Begitulah Islam, tidak akan dapat dibangunkan jika solat tidak didirikan. Sebab itu dikatakan, solat adalah tiang agama.

Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama. Jadi, sekiranya kita memperumpamakan Islam itu sebagai rumah, maka Islam yang global itu umpama rumah yang serba lengkap. Mempunyai atap,tiang, dinding dan ada segalanya, maka tiang kepada Islam itu adalah solat.

Sekiranya kita hendak membina Islam yang syumul, solat merupakan perkara pertama yang harus kita perkemaskan. Segala kerja kita dalam apa-apa bidang sekalipun sekiranya solat tidak kemas dan dicuaikan, maka kerja-kerja kita itu tidak membuahkan hasil yang baik. Kita sibuk dengan kerja, peranan dan khidmat sedangkan waktu itu kita semakin cuai dengan solat. Ertinya kita tertipu dalam hidup.

Solat merupakan amalan yang mula-mula dihisab di akhirat:

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi &ldots;.."
(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).


Mengandungi ikrar setiap hamba:

Di dalam solat ada ikrar yang dilakukan oleh setiap yang mengerjakannya kepada Allah SWT. Solat yang pertama adalah ikrar yang mula-mula sekali dibuat oleh hamba kepada Tuhannya. Solat yang kedua, ketiga dan seterusnya merupakan ikrar pembaharuan sahaja. Inilah kehebatan solat. Kerana sehari semalam ada 5 kali ikrar yang dibuat sebagai taat setia kepada Tuhan.

Ikrar itu jelas di dalam doa iftitah iaitu ketika mengucapkan :

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam"

Menggambarkan amalan-amalan para malaikat:

Jumlah malaikat yang terlalu banyak itu beribadah kepada Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yang asyik sujud, ada pula yang asyik rukuk dan lain-lain. Para malaikat ini kekal dengan satu-satu amalan itu dengan istiqamah. Yang takbir, takbir sahaja. Begitulah yang bertasbih, asyik bertasbih sahaja. Tetapi dalam solat, manusia telah melakukan berbagai-bagai amalan para malaikat. Di sinilah kehebatan manusia berbanding dengan malaikat. Amalan manusia walaupun tidak sebanyak para malaikat tetapi kepelbagaiannya mengatasi amalan malaikat.

Bermacam-macam bentuk ibadah:


Dilihat dari bacaannya sahaja, bacaan solat terdiri daripada pelbagai bentuk yang mengandungi zikir, selawat, ayat Quran, hadis dan lain-lain. Bacaan Fatihah, adalah ayat Quran. Bacaan tahayyat diambil daripada hadis. Dalam solat juga ada tasbih, tahmid dan doa.

Melibat seluruh anggota lahir dan batin:
Solat melibatkan banyak anggota lahir dan batin manusia. Rukun Qalbi, Qauli dan Fi'li telah melibatkan hati, akal dan anggota badan manusia. Rukun Qauli misalnya, melibatkan lidah dan akal. Lidah menyebutnya, akal memahaminya.





ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

1 per 3

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.


1 per 3 - Tashiru


Mengapa harus terjadi lagi
Hawa nafsuku mengalahkan diri....I don't know
Tanpa ingat dan tersadar
Oh tak kan ku ulangi lagi....yuu

Perut terasa tertekan
Berjalan pun enggan
Padahal Rosul tlah ajarkan
Cara seorang Muslim makan

1/3 dari perutmu
Isilah dengan makanan
1/3 dari perutmu
Isilah dengan minuman

Sisakan 1/3nya lagi untuk pernafasan
Jangan biarkan dirimu
Terbelenggu nafsu syetan

Bukankah Rosululloh tlah mengajarkan
hendaklah engkau makan dengan tangan kanan

Ucapkan Basmalah untuk memulainya
Jangan lupakan Hamdalah ketika akhirnya


Huh, sungguh terkesan dengan lagu ni. berseni sungguh lagu ni. Tapi bila fikir2 balik, besar hikmahnya Rasulullah ajar kita semua membahagi2kan ruangan perut. Kalau perut full dengan makanan pun, kita jadi semakin malas. Oksigen x cukup dan mula lah mengantuk. Sebab tu la di bahagi2kan ruangan perut untuk makanan, oksigen dan air. Dengar tu?? ( khas untuk diri sendiri).

Jangan lupa mulakan dengan lafaz suci basmalah dan diakhir dengan kalimah syukur alhamdulillah. Semoga segala nikmat
yang diterima disyukuri dan tidak dikhianati. sesungguhnya dunia ini hanya sementara, tempat singgahan untu perjalanan menuju akhirat yang abadi.

Wallahua'lam
Moga bermanfaat


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin