Tuesday, October 6, 2009

Muhasabah Diri Kembali

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.


Solat dan Kita
www.iluvislam.com
Aman Shah
Editor: arisHa27

Apabila solat itu sendiri tidak dapat menjadi pencegah maksiat kepada diri kita, maka benarlah Roh solat itu sendiri tidak dapat meresapi diri manusia yang mendirikan solat itu.

Seseorang muslim yang mengerjakan solat kebiasaannya menempuh tahap-tahap berikut :

1. Tahap ilmu:

Seorang muslim setelah mengetahui kewajipan solat, kemudian mempelajarinya dengan telilti melalui ilmu Fiqh iaitu syarat wajibnya, sahnya, rukun-rukunnya, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkannya dan sebagainya. Tetapi ilmu mengenainya tidak memadai sekiranya tidak disertai keyakinan dan amal.

Ertinya ilmu hendaklah diselaraskan dan diselarikan dengan hati, akal dan perbuatan kita dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Apabila Allah memerintahkan kita mendirikan solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat, maka akal kita tidak boleh ragu dan was-was. Akal mesti mengakuinya. Tetapi bila akal sudah yakin, itu belum cukup. Kita mesti pergi ke tahap yang kedua.

2. Tahap kedua: Menundukkan hati

Sekiranya akal kita sudah tahu secara keseluruhan tentang kepentingan solat tapi hati kita masih berat untuk mengerjakannya seolah-olah menganggap solat itu tidak penting. Sebab itu tahap kedua ini dinamakan tahap mujahadah. Iaitu bermujahadah supaya apa yang diselaraskan oleh akal dan ilmu itu juga diakui oleh hati.

Kalau hati sudah tunduk, tandanya apa yang kita buat terasa lazat. Kalau tidak rasa lazat, kalau rasa menderita sahaja, terasa berat untuk mengadap Allah, maka hendaklah bermujahadah bersungguh-sungguh sehinggalah sampai ke peringkat ketiga.

3. Tahap ketiga: Menjadi tabiat dan istiqamah

Maknanya solat itu sudah menjadi amalan dalam hidupnya secara istiqamah. Tidak perlu dipaksa-paksa lagi. Sebab itu di dalam Islam, para ibubapa hendaklah mengajar anak-anak solat seawal umur tujuh tahun lagi dan anak-anak tadi boleh dipukul ketika umur sepuluh tahun dan ke atas sekiranya mereka cuai dan meninggalkannya.

Tujuannya supaya solat itu menjadi tabiat dan kebiasaannya sehingga ke akhir hayat. Kemungkinan juga saudara/ri terasa berat untuk mengerjakan solat kerana tidak merasai kebesaran dan keindahan solat itu sendiri. Bila membicarakan soal solat ini, kita tidak boleh menganggap bahawa kita sedang surut ke belakang semula. Sebenarnya tidak, kerana solat adalah perkara yang penting.

Kalau hendak dilihat pada kepentingan solat adalah seperti berikut :

Solat merupakan tiang agama:

Jika iman diibaratkan akar tunjang bagi pokok, solat pula ialah batangnya. Kalau hendak mendirikan sebuah rumah, perlu ada tapak dan tiang-tiang serinya. Rumah tidak akan dapat dibangunkan kalau tidak ada tiang serinya. Begitulah Islam, tidak akan dapat dibangunkan jika solat tidak didirikan. Sebab itu dikatakan, solat adalah tiang agama.

Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama. Jadi, sekiranya kita memperumpamakan Islam itu sebagai rumah, maka Islam yang global itu umpama rumah yang serba lengkap. Mempunyai atap,tiang, dinding dan ada segalanya, maka tiang kepada Islam itu adalah solat.

Sekiranya kita hendak membina Islam yang syumul, solat merupakan perkara pertama yang harus kita perkemaskan. Segala kerja kita dalam apa-apa bidang sekalipun sekiranya solat tidak kemas dan dicuaikan, maka kerja-kerja kita itu tidak membuahkan hasil yang baik. Kita sibuk dengan kerja, peranan dan khidmat sedangkan waktu itu kita semakin cuai dengan solat. Ertinya kita tertipu dalam hidup.

Solat merupakan amalan yang mula-mula dihisab di akhirat:

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi &ldots;.."
(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).


Mengandungi ikrar setiap hamba:

Di dalam solat ada ikrar yang dilakukan oleh setiap yang mengerjakannya kepada Allah SWT. Solat yang pertama adalah ikrar yang mula-mula sekali dibuat oleh hamba kepada Tuhannya. Solat yang kedua, ketiga dan seterusnya merupakan ikrar pembaharuan sahaja. Inilah kehebatan solat. Kerana sehari semalam ada 5 kali ikrar yang dibuat sebagai taat setia kepada Tuhan.

Ikrar itu jelas di dalam doa iftitah iaitu ketika mengucapkan :

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam"

Menggambarkan amalan-amalan para malaikat:

Jumlah malaikat yang terlalu banyak itu beribadah kepada Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yang asyik sujud, ada pula yang asyik rukuk dan lain-lain. Para malaikat ini kekal dengan satu-satu amalan itu dengan istiqamah. Yang takbir, takbir sahaja. Begitulah yang bertasbih, asyik bertasbih sahaja. Tetapi dalam solat, manusia telah melakukan berbagai-bagai amalan para malaikat. Di sinilah kehebatan manusia berbanding dengan malaikat. Amalan manusia walaupun tidak sebanyak para malaikat tetapi kepelbagaiannya mengatasi amalan malaikat.

Bermacam-macam bentuk ibadah:


Dilihat dari bacaannya sahaja, bacaan solat terdiri daripada pelbagai bentuk yang mengandungi zikir, selawat, ayat Quran, hadis dan lain-lain. Bacaan Fatihah, adalah ayat Quran. Bacaan tahayyat diambil daripada hadis. Dalam solat juga ada tasbih, tahmid dan doa.

Melibat seluruh anggota lahir dan batin:
Solat melibatkan banyak anggota lahir dan batin manusia. Rukun Qalbi, Qauli dan Fi'li telah melibatkan hati, akal dan anggota badan manusia. Rukun Qauli misalnya, melibatkan lidah dan akal. Lidah menyebutnya, akal memahaminya.





ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

1 per 3

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.


1 per 3 - Tashiru


Mengapa harus terjadi lagi
Hawa nafsuku mengalahkan diri....I don't know
Tanpa ingat dan tersadar
Oh tak kan ku ulangi lagi....yuu

Perut terasa tertekan
Berjalan pun enggan
Padahal Rosul tlah ajarkan
Cara seorang Muslim makan

1/3 dari perutmu
Isilah dengan makanan
1/3 dari perutmu
Isilah dengan minuman

Sisakan 1/3nya lagi untuk pernafasan
Jangan biarkan dirimu
Terbelenggu nafsu syetan

Bukankah Rosululloh tlah mengajarkan
hendaklah engkau makan dengan tangan kanan

Ucapkan Basmalah untuk memulainya
Jangan lupakan Hamdalah ketika akhirnya


Huh, sungguh terkesan dengan lagu ni. berseni sungguh lagu ni. Tapi bila fikir2 balik, besar hikmahnya Rasulullah ajar kita semua membahagi2kan ruangan perut. Kalau perut full dengan makanan pun, kita jadi semakin malas. Oksigen x cukup dan mula lah mengantuk. Sebab tu la di bahagi2kan ruangan perut untuk makanan, oksigen dan air. Dengar tu?? ( khas untuk diri sendiri).

Jangan lupa mulakan dengan lafaz suci basmalah dan diakhir dengan kalimah syukur alhamdulillah. Semoga segala nikmat
yang diterima disyukuri dan tidak dikhianati. sesungguhnya dunia ini hanya sementara, tempat singgahan untu perjalanan menuju akhirat yang abadi.

Wallahua'lam
Moga bermanfaat


Sunday, October 4, 2009

7 days more..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.



7 days more to go..
Setiap tahun aku melalui tarikh itu..
Mengingatkan aku pada sesuatu..
Sampai masanya nanti aku ceritakan..

Wednesday, September 16, 2009

Epilog Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Ya ALLAH, Ramadhan semakin berlari pergi, jauh meninggalkan diri ini . Tapi, apakah yang aku perolehi untuk tahun ini..

Ya ALLAH, inikah yang dinamakan ujian buatku? Aku cuba untuk menjadi yang terbaik. Aku cuba untuk buat yang terbaik. Tapi, kenapa aku selalu kalah dalam pertempuran ini..

Ya ALLAH, jika dulu aku mengharap, penuh mengharap. Tapi kini, aku sedar apalah ada pada harapan andai diri sendiri tiada tujuan. Apakah harapan bisa jadi kenyataan jika diri penuh dosa selautan.

Ya ALLAH, aku takut berhadapan dengan nerakaMU, aku gentar akan seksaMu, tapi kenapa diri ini masih enak dibuai mimpi yang tak pasti
.

Ya ALLAH, aku merindui saat-saat lalu. masihkah aku punya waktu untuk mengimbas waktu itu walau sedetik cuma? Apa masih ada sinar untuk diriku? Berilah aku masa, merawat hati ini. Hati yang semakin suram dari cahayaMU, petunjukMu.

Ya ALLAH, kurniakanlah kepadaku petunjukMu.
kurniakanlah kepadaku petunjukMu,kurniakanlah kepadaku petunjukMu. Aku mendamba kasihMu ya ALLAH. Biarlah yang berlalu itu pergi asalkan Kau sentiasa di sisiku. Aku tak mahu kehilanganMu.

Ya ALLAH, aku sentiasa inginkan yang terbaik dariMu. Tapi, apakah aku sudah melakukan yang terbaik untukMU? Aku gentar dengan dosa selautan dan amal sezarah yang aku miliki untuk bertemu denganMu.

Ya ALLAH, andai masaku telah tiba nanti, aku mengharap dengan penuh harapan. KAU bisa menerimaku, bisa menerima amalanku, bisa mengampuni dosa-dosaku...

Aku Takut Ya ALLAH...

Friday, September 4, 2009

Bila Ku Sedih..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.


Dari dulu,
Bila ku sedih,
Aku inginnya sentiasa di sisi,

Tapi,
Bila kusedih
Ku sedih sendirian..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin