Friday, April 17, 2009

Cerita HATI ini...

Dah lama rasanya aku tak jenguk blog ini. Kesian blogku, takde siapa nak jenguk. Menghitung hari menjelang peperiksaan akhir. Entah macam mana persediaanku. Aku cuba untuk mempersiapkan diri di saat jarum jam dirasakan pantas berputar.

Bak kata Huda selepas balik dari program solat hajat tadi, dia gembira. aku? gembira jugak kot. cuma apabila terpandang wajah sahabat-sahabat... yang aku banyak sangat buat dosa dengannya... terasa nak mintak maaf tapi biasalah ego dalam diri. tak mampu untuk diluahkan. Aku hanya mampu ambil jalan mudah, setiap kali dalam doaku, aku selitkan nama itu. moga suatu hari nanti aku tidak lagi menyimpan sebarang sifat mazmumah dalam diri ini.

Maafkan aku sahabat. maaf andai selama ini aku terlalu membebanimu, maaf andai selama ini aku menyusahkan hatimu, maaf andai perilaku diri ini membuatkan kau gelisah.. kerana aku insan biasa, mudah dan kerap kali membuat dosa...


Aku insan kerdil lagi hina. Bisa dan terlalu kerap melakukan dosa tanpa aku sedar. ya ALLAH, ampunilah hambaMu ini. Tiba-tiba aku teringat lagu Hijjaz - RINDU.










Tegasku disini, payah untuk menerima perkataan itu. Hanya ALLAH
yang tahu.
Jangan bicara tentang rindu andai tak sanggup merasai deritanya...

2 comments:

Anonymous said...

sabar ye syamila.. smoga insan itu memaafkan segala kesalahanmu.. ape yg pntg kite kena maafkn kesalahn org2 yang pernah buat salah dgn kite dulu.. ok? stdy molek2. bittaufiq wannajah fil imtihan..typer

khazinatulasrar said...

Duhai sahabat dirimu umpama cermin yang membias dan memantulkan peribadiku..
untuk aku mengkoraksi dan membina mutiara serikandi...
tanpamu sebagai teman...
arahku kelam mencari sinar hidayah ... lemah aku berkekalan...
sesatku tak berkesudahan...
sahabatku....
setiap hari aku merindui ukhwah kita yang terbina kukuhnya dengan akidah...
mesranya dengan iman... semoga dapat kita pertahankan nilai ketaqwaan agar tak runtuh dek kejahilan hati yang penuh titik hitam...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin