Saturday, July 31, 2010

Kalam Hati Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

“Untuk pengetahuan semua, ana merupakan anak kedua daripada 5 orang hero. Ana memang tidak pandai untuk berkomunikasi dengan muslimat. Ana tak pandai menjaga hati muslimat, ana tak biasa untuk bergaul baik dengan muslimat. Tapi..” dia berhenti lagi buat entah ke berapa kali.


Benar, antara mereka adik-beradik mereka tidak pandai untuk berlembut. Kerana yang kasar akan menang, yang tegas akan berkuasa, yang kuat menjadi juara. Dalam keluarga itu, dia terlalu kasihan akan ibunya. Ibu terlalu banyak mengalirkan air mata dek kerana kerenah anak-anak lelaki yang degil dan tidak mendengar kata. Begitu juga dengannya. Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, dia tidak pernah bergaul dengan kawan berlainan jantina. Bersekolah di sekolah yang kesemuanya pelajar lelaki benar-benar menjarakkan dirinya dengan insan yang bergelar perempuan. Begitu baik dan penuh hikmah perancangan Allah.


Satu petang yang hening, masih segar di ingatan. Adik bongsunya meninggalkan rumah selepas menghamburkan kata-kata yang mengecewakan hati seorang ibu. Ah, jiwa remaja yang memberontak akan kehendak yang terhalang mana mungkin mampu dilembutkan sewenang-wenangnya. Dia mendekati ibu, berkira-kira ingin mengelap mutiara yang gugur dari pipi insan yang amat disayanginya. Saat itu, pelbagai rasa bercampur baur, marah, sedih, kasihan bersatu dalam hati. Digenggam penumbuk dan ingin dihadiahkan khas untuk adik bongsunya andai wajah itu menerpa di hadapan muka. Saat itu, dia terlalu berdendam dengan adiknya, kesal kerana tidak punya kesempatan untuk menegur perilaku yang sungguh biadap. Wahai adik, andai kau tahu isi hati seorang ibu. Tentu kau tidak tegar melakukan sedemikian.


Menunggu kepulangan adik berhari-hari memberi kesempatan untuknya mengkoreksi diri. Sungguh, sikap adik merupakan cerminan dirinya sendiri. Dia sudah tidak mampu menghitung juraian air mata ibu atas kenakalannya sendiri. Dia tidak mungkin lupa ibu menahan tangis sewaktu dia dibebaskan dari lokap dek kerana bergaul dengan kaki motor. Dia tidak mungkin lupa akan merah mata ibu saat bertemu dengan kaunselor sekolah atas kesalahnnya merokok. Dia tidak mungkin lupa akan sendu ibu apabila pulang dengan badan lebam dan mata bengkak dek kerana bertumbuk dengan rakan sekolah.



Sejak hari itu, dia berjanji untuk meninggalkan segala kisah hitam yang perit untuk dikenang. Sejak hari itu, dia berazam untuk menjaga hati ibu. Baginya, hati perempuan itu terlalu lembut. Bukankah fitrah seorang wanita itu adalah sifat pengasih dan penyayangnya?


Kata ibu, perempuan itu lemah dayanya. Bantulah mereka di saat mereka perlukan pertolongan.

Kata ibu, perempuan itu, lembut hatinya. Tuturkan perkataan yang baik dan berperilaku sopan kepada mereka.

Kata ibu, perempuan tu mahal air matanya. Jangan sesekali perlakukan sesuatu yang bisa menumpahkan mutiara berharga itu.

Kata ibu, perempuan itu tinggi nilainya. Lindungilah mereka dari perkara-perkara yang membinasakan.


bersambung...


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Thursday, June 17, 2010

Kalam Hati Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

“Ana minta maaf kalau selama ini ada tingkah laku ana yang menimbulkan spekulasi dan perspektif yang berbeza-beza dari pelbagai pihak. Oleh itu ingin ana kongsikan apa yang sebenar-benarnya lahir dari hati ana,”


Perlukah penerangan yang panjang lebar diperuntukkan untuk soalan ini? Ah, jawapannya bagaikan artis menjawab gossip yang diajukan wartawan hiburan pula. Mahu atau tidak untuk dia meneruskan? Rasa malu menerjah tiba-tiba, muka kudusnya bertukar rona merah.


Dia mula menjamah satu persatu wajah sahabat-sahabat di sekeliling. Mereka membentuk bulatan, lebih mudah untuk berkomunikasi dengan gaya duduk sebegini. Sebelah kanannya sahabat-sahabat muslimat manakala sebelah kiri sahabat-sahabat muslimin. Majoriti mereka memberi tumpuan penuh, mahu mendengar ayat seterusnya. Benarkah?


Tiba-tiba dia terpandang sahabat muslimat yang berkedudukan betul-betul bertentangan dengannya. Kepala itu menundukkan sedikit, menyembunyikan raut wajahnya. Ya, masih segar lagi dalam ingatannya peristiwa beberapa semester lepas.


“Sumaiyah, kenapa dengan Zulaikha? Ana tengok macam tak sihat je,” ujarnya ketika melewati pintu bilik mesyuarat. Dia gusar benar untuk menegur gadis bertudung biru laut itu. Mungkin Zulaikha tidak mahu diganggu, lantaran itu dia lebih senang bertanyakan Sumaiyah. Dia risau amat andai Zulaikha terbeban dengan kerja-kerja persatuan yang sejak kebelakangan ini semakin menimbun. Tambahan pula, Zulaikha merupakan partnernya. Dia merasakan yang dia perlu mengambil berat akan kebajikan sahabat-sahabatnya.


Sumaiyah mengerutkan dahi demi seribu pertanyaan. Salahkah andai dia mengajukan soalan begitu, atas dasar ingin mengambil berat akan keadaan sahabat? Dia masih lagi menanti jawapan Sumaiyah. Detak hati Sumaiyah sudah tidak bertempo lagi. Pada pemikiran Sumaiyah, soalan itu tidak layak diajukan.


“Dia tak sihat, pening kepala,” lantas Sumaiyah berlalu pergi, begitu juga dengannya. Dia menuju ke kafe dan pulang kembali dengan sebotol air mineral. Sekali lagi dia bertemu dengan Sumaiyah di muka pintu bilik mesyuarat. Sumaiyah berkira-kira untuk keluar tetapi tidak jadi kerana hanya ada Zulaikha di dalam bilik tersebut. Andai Sumaiyah keluar juga, tentu hanya tinggal Zulaikha bersama lelaki ajnabi itu.


“Zulaikha, ni ana belikan panadol,” dia meletakkan dua biji panadol dan sebotol air mineral di atas meja kemudian berlalu pergi. Sebelum keluar, dia sempat menangkap jelingan tajam dari Sumaiyah khas untuk dirinya. Dia bingung, salahkah tindakannya?


“Cepatlah ustaz, kami mahu tahu,” suara Zubaidah mematikan lamunan pendeknya. Ah, adik tahun satu ini benar-benar mahu tahu lagaknya. Dia menganggap Zubaidah ibarat adiknya sendiri walaupun pada awalnya dia sebenarnya kekok untuk bergurau senda begitu.


“untuk pengetahuan semua, ana...


bersambung..





Wednesday, June 9, 2010

Satu Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.



Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia


. ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Tuesday, April 20, 2010

sayang siti mariam

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Siti Mariam, lama kan kita tak jumpa.

Lama tak jumpa you. Eh, ape plak you? Lama tak jumpa Siti.
Rasanya last jumpa time.. time ble pun akak tak ingat. Tapi, akak tak mungkin lupa kat Siti.

Siti adik akak, Siti satu-satunya adik akak. The only one.
Teringat dulu2, waktu kita bahagia.. time kecil2 dulu kan. di samping orang tersayang..

Time kecik2, siti manja. suka nangis, sama la kita. sekarang pun sama. tetap manja.
Akak sayang siti..

Siti blaja elok2 ye kat P.D tu. Akak sentiasa doakan Siti sebab Siti adik akak. Semester depan Siti nk praktikal kan? Elok2 ye Siti. Jaga diri elok2. Akak rindu Siti..

Puas akak cari gambar Siti, jumpa akhirnya..



Last but not least,

Akak sayang siti.


Wednesday, March 10, 2010

Header Baru

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah,
Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah.. maka dengan ini blog yang saya sayangi ini berwajah baru.

Setelah agak lama bertemankan header blog yang agak skema, maka dengan rasminya header blog ini bertukar kepada style baru yang lebih segar. Header blog ini ditukar bagi memberikan nafas baru kepada blog. Apabila header ditukar, background juga hendaklah fresh untuk tontonan umum. Maka, segala2nya bertukar. Semoga mood blog baru ini memberikan kesan positif terutamanya kepada blog. Bak kata orang, hidup ini perlulah menjalani proses2 penambahbaikan dan transformasi yang lebih hebat.


header lama yang menjadi kenang2an


Header lama yang telah dibuang ini nampak agak berserabut kerana tiada penegasan dalam tulisan. Background gambar di belakang menambahkan lagi keserabutan gambar sunting ini. Dan definisi intrepetasi realiti hati ini tidak dapat diterjemah melalui tulisan2 dalam blog ini. Maka, atas beberapa aspek yang dikaji, maka terhasillah header blog yang baru ini.



Header blog yang baru ini berkemungkinan mencetuskan kontroversi kerana gambar latar belakangnya boleh menimbulkan kekeliruan, adakah pemilik blog merupakan seorang lelaki?. Gambar ini diambil ketika program rehlah bersama geng2. Dan gambar ini nampak menarik untuk disunting menggunakan perisian adobe photoshop. Maka, inilah hasilnya.

Tajuk blog yang baru ~Di Atas Sejadah Cinta~ menggantikan "Intrepetasi realiti hati" sememangnya bersesuaian dengan gambar tersebut. Gambar geng2 sedang bersolat jemaah dapat disimbolkan dengan maksud tajuk ~Di Atas Sejadah Cinta~. Walaupun mereka solat tanpa sejadah, tapi itu tidak menghalang mereka untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba. Begitu jugalah kita. Walau di mana kita berada, janganlah sesekali lupa dan lalai akan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Dan cinta yang hakiki milik ALLAH S.W.T

Maka, lahirkanlah rasa cintamu di atas sejadah cinta..

Semoga penulisan di dalam blog ini lebih matang pada hari2 mendatang..

gambar asal sebelum di'edit'

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin